Jumaat, 2 November 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: [VIDEO] Perhimpunan <b>Di Seremban</b> Esok <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2012 12:01 AM PDT

PPra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok (Sabtu) tetap diteruskan walaupun tiada kebenaran permit daripada polis, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau berkata, tidak timbul isu permit kerana tapak himpunan itu nanti akan diadakan di tanah lapang milik persendirian di Taman Seremban Jaya, kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Senawang, Seremban.

"Tak perlu permit. Kalau di Dataran Merdeka sebelum ni tiada permit pun boleh berjalan, inikan pula tempat persendirian," katanya ketika dihubungi FMT.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin kelmarin dilaporkan berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan permit kerana penganjur gagal mengisi maklumat permohonan dengan lengkap.

Sekaligus perhimpunan itu dianggap sebagai melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

Namun Mat Sabu berkata beliau mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada polis bagi memastikan program pada hari itu berjalan lancar.

Beliau juga optimis himpunan itu nanti akan mendapat sambutan sekurang-kurangnya 50,000 penyokong.

Ini merupakan kali ketiga lokasi berubah selepas usaha untuk menganjurkan himpunan di Majlis Perbandaran Seremban terpaksa ditukar kerana gagal mendapat kebenaran daripada pihak perbandaran dan polis.

Penganjur juga pada awalnya merancang untuk mengadakan himpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil namun dalam sidang media mengumumkan terpaksa ditunda atas alasan mahu memberi laluan kepada perlawanan bolasepak Piala Suzuki AFF 2012.

Namun, FMT mendapati tiada sebarang perlawanan berlangsung di Bukit Jalil pada hari berkenaan, sebaliknya Piala Suzuki bermula pada 24 November depan di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Manakala Stadium Nasional hanya digunakan untuk perlawanan antara Harimau Malaya menentang Singapura pada 25 November ini.

Himpunan besar-besaran bagi mengumpul kekuatan sejuta penyokong di Bukit Jalil katanya akan diteruskan pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada tahun depan.

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Polis: Himpunan 3 Nov <b>di Seremban</b> langgar akta | Portal Rasmi <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 05:01 PM PDT

SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

"Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin

Beliau berkata, polis sebelum ini sudah memberi peluang kepada penganjur untuk melengkapkan semula borang permohonan mengikut peruntukan undang-undang, bagaimanapun tiada maklum balas penganjur diterima dalam tempoh diberikan.

"Saya telah berjumpa dengan wakil penganjur kelmarin dan memaklumkan secara rasmi mengenai dua perkara.

"Satu, polis mengambil maklum akan program perhimpunan tersebut dan kedua, permohonan penganjur tidak dapat diproses memandangkan pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads