Selasa, 27 November 2012

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Perak perlu bangkit segera <b>di Paroi</b>

Posted: 01 Sep 2012 12:00 AM PDT

Piala Malaysia New 300x300Perak perlu bangkit segera jika mahu melangkah lebih jauh dalam aksi Piala Malaysia musim 2012 walaupun berdepan dengan misi yang amat perit.

Sehubungan dengan itu, Perak perlu mengutip mata penuh dalam perlawanan kumpulan C dengan juara bertahan, Negeri Sembilan di Paroi malam ini.

Skuad yang dibimbing oleh Jang Jung itu terumbang-ambing selepas dua perlawanan kerana hanya seri dan kalah sekali.

Sebelum ini, Perak hanya mampu seri 1-1 dengan Sime Darby tetapi tewas mengejut 2-4 kepada Felda United di Stadium Perak Sabtu lalu.

Skuad Jang Jung yang berada di tangga ketiga kumpulan C mesti mengutip mata penuh dalam perlawanan yang dianggap menentukan hidup mati Perak dalam Piala Malaysia.

Selepas ini, Perak akan berdepan Negeri Sembilan bagi kali kedua di Ipoh pada 1 September nanti.

Oleh itu, Negeri Sembilan boleh dianggap sebagai pasukan yang akan menentukan hala tuju skuad Seladang dalam Piala Malaysia.

Namun begitu, penolong jurulatih, Chong Yee Fatt tetap optimistik bahawa Perak mampu merebut mata daripada juara bertahan itu dan seterusnya menghidupkan peluangnya ke suku akhir.

"Perak sudah memperbaiki beberapa kelemahan Sabtu lalu dan akan memberi tentangan sengit kepada Negeri Sembilan malam esok (malam ini)," jelas Yee Fatt di Ipoh semalam.

Oleh itu, ketua pasukan, Shahrulnizam Mustafa dipinta memainkan peranan yang lebih aggresif dalam usaha mencorak serangan dari bahagian tengah.

Selain itu, penyerang utama, Albert Bodjonggo diingatkan supaya segera menjaringkan gol jika berpeluang dan bukannya mengelecek ke sana sini.

Yee Fatt berharap para pemain akan memberi komitmen yang tinggi bagi menghadapi cabaran yang paling getir itu.

Artikel asal di PerakNews.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads