Ahad, 4 November 2012

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Suara Generasi Baru » Program Qurban Gerakan Massa Generasi <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 04:20 AM PDT

SEREMBAN – Bertempat di Kg.Kayu Ara, Mambau, Seremban telah berlangsung program Qurban Gerakan Massa Anjuran Bersama Persatuan Belia Kelana Putra dan Pejabat  Belia dan Sukan Daerah Seremban. Seekor lembu telah disembelih korban pada dan diuruskan oleh ahli persatuan dan penduduk kampung.

Program bermula seawal jam 8 pagi dan lembu telah disembelih oleh penyembelih bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

Menurut pengerusi persatuan, Saudara Mohd Fairos Rusli, aktiviti ini adalah salah satu daripada  program tahunan mereka dan telah mendapat kepercayaan daripada Jabatan Belia & Sukan Daerah Seremban untuk penganjurannya.

Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk merayakan Aidiladha dan mengingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail demi melaksanakan suruhan Allah SWT.

Sesi melapah daging lembu yang diadakan di persekitaran Surau Kg.Kayu Ara, Mambau itu juga turut disertai oleh ahli belia dan penduduk setempat.

Selepas ditimbang dan dibahagikan, ahli-ahli persatuan telah mengagihkan daging korban tersebut kepada penduduk setempat.

Program ini juga turut dihadiri oleh En Hazan Hj Dahari, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.

Persatuan Belia Klana Putra juga adalah merupakan salah satu pemenang gangsa Anugerah Persatuan Belia sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan 2012 yang lepas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads