Khamis, 1 November 2012

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


tip pancing ikan jejulung <b>di</b> kelong pozi <b>lukut</b> - aku suka memancing

Posted: 28 Oct 2012 08:57 PM PDT

Sebenarnya aku rasa malu nak tulis sesuatu yang agak remeh ni, tetapi memandang ramai yang masih kurang tahu tentang spisis ikan ini. Ikan jejulung ialah rupa seakan todak dan ramai yang beranggapan ikan jejulung ini ikan todak. Bagi aku rupa jejulung memang seakan rupa todak cuma yang membezakan ialah mulut jejulung panjang dibahagian bawah dan tiada gigi yang tajam seperti todak. Lagi pun jejulung memang enak digoreng berbanding rasa ikan todak yang tawar. 
setahu aku yang pernah lihat jejulung terdapat 2 jenis iaitu jejulung biasa dan jejulung mulut itik. Jejulung mulut itik merupakan umpan yang baik kalau hendak memancing siakap di kawasan lukut dan bagan lalang.
Jejulung mulut itik agak susah didapati berbanding jejulung biasa yang bergerak dalam lawanan yang besar mungkin beribu2 ekor. Tetapi di kelong Pozi tak pernah la aku tengok sampai ribuan ekor. 
Kalau anda berminat memancing jejulung boleh la mencuba tip yang saya tulis ni. Ikan jejulung seperti todak bergerak di permukaan air. Jadi jika mahu memancing jejulung perlulah anda menggunakan pelampung. Manakala perambut tak perlu panjang dalam lingkungan sejengkal hingga 2 jengkal sudah memadai. Mata yang halus saja yang perlu digunakan seperti mata udang galah memandangkan jejulung mempunyai mulut yang kecil sahaja. Kalau malas buat perambut, guna sahaja mata apolo saiz 4,5 atau 6. Aku selalu menggunakan perambut apolo sahaja kerana cepat dan efisyen. 
Umpan yang aku selalu guna dikelong pozi ialah udang yang dipotong kecil. Ada juga pemancing yang menggunakan umpan pumpun. Sebenarnya, mana2 pun boleh tetapi jika mahu lebih tangkapa gunalah umpan udang.
Di lain tempat, jejulung sentiasa ada tetapi di kelong Pozi, jejulung aktif makan semasa air mula bergerak pasang dan arus bergerak perlahan. Cuba lontar perambut bersama umpan sejauh yang boleh kerana jejulung yang besar2 berlegar agak jauh dari kelong. 
Ikan jejulung yang ditangkap boleh dibuat lauk atau pun dipotong2 menjadi kecil lalu dicangkuk pada mata kail untuk dijadikan umpan. Aku selalu menggunakan umpan jejulung apabila tiada umpan atau kehabisan umpan. Aku berharap semoga serba sedikit tip yang aku tulis ini membantu anda memaning ikan jejulung. Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads