ads

Ahad, 21 Oktober 2012

05 di mantin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di mantin - Google Blog Search


3 maut kereta bertembung <b>di</b> Jalan <b>Mantin</b>-Beranang | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2012 12:00 AM PST


1 Rabiull awal 1433H. [MOD] - BAHAGIAN depan Proton Saga dan Toyota Vios remuk teruk selepas bertembung di Jalan Mantin-Branang tengah hari tadi. Tiga mangsa termasuk pasangan suami isteri maut dalam nahas itu. - Foto Hazreen Mohamad
NILAI: Tiga individu termasuk sepasang suami isteri, terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Mantin-Beranang dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Toyota Vios yang dinaiki pasangan suami isteri itu bertembung dengan Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa yang maut ialah penumpang belakang Toyota Vios iaitu Lim Fong Len, 74, dan isterinya, Chong Yoon Ying, 57, yang berasal dari Mantin, serta pemandu Proton Saga, Tee Chan Hen, 23, yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Yusoff Awang, berkata Chong meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Mantin manakala Lim maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.
Katanya, pasangan suami isteri itu dan pemandu Proton Saga meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Beliau berkata, tiga lagi mangsa dalam Toyota Vios itu, iaitu pemandu berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 40-an serta anak saudara perempuan mereka berusia tiga tahun dilaporkan parah dan dirawat di HTJ.
"Ketika kejadian, lima beranak yang menaiki Toyota Vios itu dalam perjalanan menghala ke Beranang manakala Proton Saga itu menghala ke Mantin," katanya.
Mohd Yusoff berkata, pemandu Proton Saga terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kemalangan masih disiasat.
"Semua mayat dibawa ke HTJ untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga masing-masing," katanya.
Seorang saksi, Zakaria Mohd Kadir, 23, yang berada berhampiran tempat kejadian sewaktu kemalangan itu, berkata dia bersama tiga lagi rakannya sedang membaiki paip bocor di tepi jalan itu sebelum terdengar dentuman kuat.
Katanya, mereka terkejut apabila mendapati dua kereta remuk teruk selepas bertembung kira-kira 20 meter dari tempat mereka berada.
"Saya bersama rakan yang lain terus berkejar ke arah kereta terbabit dan cuba membantu mengeluarkan penumpang dari Toyota Vios yang mengerang kesakitan.
"Pemandu Proton Saga itu pula saya lihat sudah tidak bernyawa dan tersepit dalam kenderaannya yang remuk," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved