Rabu, 17 Oktober 2012

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


PRU 12 : Antara PKR, PAS & DAP, Parti Mana <b>...</b> - N01 Kuala <b>Linggi</b>

Posted: 02 Oct 2012 06:57 PM PDT

Jika Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12), boleh dijadikan petunjuk untuk PRU 13, maka perlu dinilai kembali, di antara PKR, PAS dan DAP, parti manakah yang lebih berkuasa ?

Dalam PRU12, PKR meletakkan calon parlimen paling ramai, 97 orang, PAS di tempat kedua dengan 66 orang, manakala DAP hanya meletakkan calon 47 orang.

Setelah dianalisis keputusan PRU, PAS mengalami kerugian besar, apabila parti itu kalah di 43 kerusi dan menang 23 parlimen, berbanding dengan DAP yang kalah 19 kerusi berbanding menang 28 kerusi parlimen.

PKR pula kalah di 66 kerusi berbanding dengan menang 31 kerusi parlimen.

Namun bilangan kerusi PKR semakin berkurangan, apabila Anwar gagal mencapai misi membentuk kerajaan baru 16 September 2008, di mana 5 ahli parlimennya bertindak keluar parti menjadikan jumlah merosot kepada 26 kerusi parlimen.

Dengan kedudukan terbaru itu, secara automatik, DAP menjadi parti dominan, di mana parti itu mengekalkan jumlahnya 28 kerusi, diikuti dengan PKR, 26 dan PAS, 23 kerusi.

Satu video bertajuk "Tanah Melayu Dilanggar Todak" mengupas secara lebih terperinci persoalan ini.

"Ketua Pembangkang diberi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun DAP mendapat mandat tertinggi dalam PR demi mencapai agendanya yang lebih besar iaitu Malaysian Malaysia.

"Adakah pemberian DAP itu ada udang disebalik batu?," lapor video itu.

Video itu turut merakamkan apa yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang pasca PRU 12.

Sejarah merakamkan, Di Perak Institusi Kesultanan dihina, Lim Kit Siang Penasihat DAP mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri DAP memulau majlis perlantikan Menteri Besar yang diperkenan oleh Sultan.

Buat pertama kali dalam sejarah, institusi Kesultanan disaman oleh Karpal Singh Pengerusi DAP yang tidak berpuas hati dengan Sultan.

Kerana tiada pilihan lain, akhirnya DAP bersetuju beri jawatan Menteri Besar boneka kepada Melayu, iaitu wakil PAS dengan dikawal oleh Speaker dan 6 orang exco dari DAP.

Di Selangor pula, DAP menjadi 'mastermind' kerajaan negeri apabila diberi jawatan Speaker dan exco-exco kanan.

Teng Chang Khim ADUN Sungai Pinang dilantik sebagai Speaker, Teresa Kok mengetuai portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Ronie Liu pula portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan dan Ean Yong Hian Wah, portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram.

Malah DAP berjaya memegang posisi-posisi penting dalam kerajaan tempatan.

Ronnie Liu, exco kerajaan negeri, wakil dari DAP memperlekehkan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan penjualan minuman keras.

Beliau mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan kembali arak yang dirampas di kedai serbanika di kawasan majoriti Melayu walaupun ditentang oleh Datuk Dr Hassan Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu.

Sekaligus membuktikan DAP tidak pernah hormat prinsip PAS.

Jawatankuasa Rumah Ibadat yang sebelum ini dipegang oleh orang beragama Islam telah diberikan kepada Teresa Kok, Ronnie Liu dan Dr Xavier Jayakumar.

Mereka memansuhkan peraturan sedia ada yang menghadkan saiz rumah ibadat serta menambah peruntukan daripada RM 3juta kepada RM8juta dalam bajet kerajaan negeri.

Selepas 2 tahun pemerintahan DAP, rumah-rumah urut dan pelacuran meningkat sebanyak 70 peratus. Pekerja-pekerjanya adalah warganegara China yang bekerja secara haram.
Ronnie Liu didapati menyalahgunakan kepala surat kerajaan negeri untuk memberi kelulusan kegiatan pelacuran dan rumah urut.

Sebelum ini Ronnie Liu telah menghalang penguatkuasa menyita hotel yang menjalankan kegiatan pelacuran di Bandar Puchong Jaya.

Di Pulau Pinang menjadi kota DAP, selain menguasai jawatan Ketua Menteri dan 8 orang exco, DAP membina kekuatannya di dalam kerajaan tempatan.

Rakan kongsinya, PKR hanya diberi 3 kerusi exco termasuk Timbalan Ketua Menteri I, manakala PAS tidak diberi apa-apa jawatan exco, meskipun wakil PAS terdapat dalam kerajaan negeri.

"Sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan angkuh berkata beliau akan memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang.

"Beliau turut membawa ayahnya Lim Kit Siang, Penasihat DAP ke menara KOMTAR Pulau Pinang untuk menunjukkan kejayaan DAP menakluk negeri tersebut," lapor video itu.

Lim Guan Eng tidak mahu mendiami kediaman Seri Teratai yang disediakan oleh kerajaan negeris, sebaliknya menyewa sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn dengan segala perbelanjaan ditanggung kerajaan negeri.

Guan Eng juga digelar sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz, meskipun sikap dan perbuatannya tidak sama dengan khalifah Islam itu.

Pada 16 Februari 2009, sebanyak 80 premis perniagaan peniaga Melayu yang diusahakan sejak 30 tahun lalu telah dirobohkan di Batu Feringgi.

4 September 2009 pula, 23 buah rumah keluarga India di Kampung Buah Pala dirobohkan.

Manakala 1 Julai 2010, sebanyak 16 buah rumah Melayu di Kampung Pokok Asam mengalami nasib yang sama seperti Kampung Buah Pala.

Malahan kedai makan Do Re Mi, Kampung Binjai, Kampung Tengah dan Medan Ikan Bakar Gold Coast Sungai Nibong juga turut dimusnahkan.

Seterusnya, 10 Ogos 2010, Lim Guan Eng melarang 27 peniaga Melayu berniaga di kawasan bangunan KOMTAR sedangkan sebelum ini semasa bulan Ramadhan disitulah tempat peniaga-peniaga Melayu mencari rezeki.

Sumber AIDC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads