Selasa, 30 Oktober 2012

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Ibadah Korban Anjuran Pemuda UMNO Bahagian <b>Kuala Pilah</b>

Posted: 28 Oct 2012 11:48 PM PDT

DSC_3184

KUALA PILAH –  Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah juga turut menganjurkan ibadah korban pada tahun ini. Seramai 35 orang telah mengambil bahagian dan tujuh ekor lembu telah disembelih pada 27 Oktober yang lepas.

Sembelihan telah disempurnakan oleh Imam Masjid Kg Parit, Kuala Pilah dan Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Kuala Pilah, Tn Hj Maradzi.

Ajk-ajk PPU BKP dan para belia telah sama-sama bergotong royong untuk melapah dan membahagi-bahagikan bahagian lembu korban untuk diagih-agihkan kepada penduduk sekitar dan juga golongan susah yang telah dikenalpasti.

Menurut Tn Hj Adnan Abu Hassan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah merangkap Adun Pilah berkata, program ini adalah hasil daripada perbincangan jawatankuasa dalam mesyuarat dua bulan lepas, dan jawatankuasa telah melaksanakan tugasan yang dibahagikan sejak dari itu untuk menjadikan program pada hari ini satu realiti.

Masjid Kg Parit telah dipilih sebagai lokasi untuk upacara korban pada tahun ini adalah memandangkan kepada lokasi masjid yang terletak di tepi jalan dan kawasan untuk melaksanakan upacara penyembelihan 7 ekor lembu yang luas dan sesuai.

Daging korban yang telah siap dibahagikan telah diagihkan kepada penduduk Kuala Pilah dan juga dimasak untuk jamuan tengahari secara bergotong royong.

Majlis tahlil dan doa selamat juga turut diadakan pada jam 12 tengahari dan selepas selesai majlis tahlil, semua jemputan dan hadirin telah menikmati hidangan jamuan tengahari bersama-sama.

Menurut salah seorang yang mengambil bahagian dalam ibadah korban Pemuda UMNO Kuala Pilah, Pn Zurina Zainudin berkata, beliau memilih untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini di Kuala Pilah adalah untuk mensyukuri segala nikmat  yang dirasai.

Beliau yang bekerja di Kuala Lumpur juga berkata, suasana bergotong royong di kampung beliau sendiri juga adalah salah satu faktor untuk beliau memilih melaksanakan ibadah korban di kampung.

Beliau juga berharap agar umat Islam di Malaysia sama-sama mensyukuri nikmat sebagai umat Islam di negara Malaysia kerana ramai umat Islam yang menderita di luar negara. Beliau berharap agar kerajaan Barisan Nasional yang mendaulatkan agama Islam akan terus menerajui negara ini.

YB Hj Adnan Abu Hasan,  Adun Pilah turut melapah daging korban

YB Hj Adnan Abu Hasan menyampaikan daging korban kepada yang layak



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads