Jumaat, 14 September 2012

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


<b>Nilai</b> Kemerdekaan dengan rasa syukur | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2012 10:09 AM PDT

SEREMBAN, 30 Ogos – Seluruh masjid dan surau di Negeri Sembilan, hari ini mengadakan majlis bacaan yassin, tahlil kepada pejuang kemerdekaan serta doa kesyukuran sempena menyambut hari kemerdekaan kali-55 tahun Malaysia.

Di Peringkat Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat di Masjid Negeri, Seremban bermula dengan solat maghrib, bacaan yassin, tahlil dan doa kesyukuran kemudiannya solat Isya berjemaah.

Majlis  bacaan Yassin, tahlil dan doa kesyukuran ini dipimpin oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Sahibus Fadhilah Tn Nor Azamir Alias.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengetuai seluruh rakyat negeri ini dan mengambil fadhilat serta keistimewaan malam Jumaat bagi menyambut kemerdekaan dengan penuh keinsafan dan keredhaan.

Hadir sama isteri beliau, Raja Datin Seri Hajah Salbih Tengku Nujumuddin.

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali-55 bertemakan 'Janji Ditepati bersifat universal dan tidak terbatas kepada fahaman budaya, bangsa dan agama.

Malahan tema ini sangat bertepatan dengan perjuangan, janji pembangunan negara mengikut fasa kepimpinan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehingga Perdana Menteri Malaysia keenam, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini.

Di peringkat Negeri pula, melalui tema 'Janji ditepati', banyak pembangunan dan insfrastuktur sedang dimajukan. Malah, melalui dasar-dasar yang diperkenalkan Menteri Besar selama ini telah memberi kebaikan kepada seluruh rakyat negeri ini.

Antara dasar-dasar yang berjaya ialah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial, Dasar Pencahayaan dan Dasar Pelajaran.

Sementara Dasar Menyayangi Warga Emas yang baru diperkenalkan turut di terima semua bangsa dan agama.

Walau apa juga bentuk kejayaan yang telah dikecapi, rakyat negeri ini perlu bersyukur dengan kenikmatan dan kesejahteraan  selama ini.

Turut hadir, Dato' Abdul Razak Mansor, Yang diPertua Speker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Dato' Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan beragama Islam dan Pengarah-Pengarah Jabatan di Negeri Sembilan.

<b>NILAI</b>, 09 SEPTEMBER 2012 – Dato&#39; Seri Utama Hj Mohamad Hj <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 12:11 AM PDT

80 anak-anak <b>Negeri Sembilan</b> USIM terima sumbangan | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2012 09:03 AM PDT

NILAI, 05 Sept. – Yayasan Negeri Sembilan (YNS) menyediakan sumbangan sebanyak RM16,500 untuk diagihkan kepada 80 anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai sesi akademik 2012/2013.

Menteri Besar hadir bagi menyampaikan sumbangan tersebut kepada anak-anak Negeri Sembilan yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai, petang tadi.

Kata beliau, sumbangan ini merupakan satu imbuhan kepada para pelajar bagi menampung perbelanjaan di awal semester.

"Para pelajar jangan berhenti setakat di peringkat ijazah tetapi teruskan ke tahap yang lebih tinggi dan percaya pada diri sendiri bahawa kejayaan adalah milik setiap individu.

"Curahkan segala bakti kepada masyarakat jika sudah berjaya. Jangan sesekali belot sehingga sanggup menggadai agama, bangsa dan tanahair," tegas beliau.

Beliau turut mengingatkan para pelajar agar tidak melupakan ibubapa di kampung yang telah banyak berkorban demi anak-anak.

Hadir sama, Naib Cancelor USIM Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Dato' Jamaludin Abu Bakar, Timbalan HEP dan Alumni USIM, Timbalan Naib Canselor Akademik dan AJK Pengurusan Universiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads