Rabu, 12 September 2012

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Gangguan kualiti air disebabkan penurunan kualiti air mentah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 02:53 AM PDT

SEREMBAN- Gangguan kualiti air yang dilaporkan di beberapa kawasan di daerah Port Dickson, Rembau dan Rantau didapati berpunca daripada penurunan kualiti air mentah di Sungai Linggi.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata bermula awal bulan ini, kadar kandungan ammonia, iron dan manganese pada air mentah di sungai tersebut meningkat melebihi spesifikasi parameter piawaian air mentah biasa.


"Penurunan kualiti air mentah di sungai tersebut menyebabkan kualiti bekalan air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air Sungai Linggi terjejas.

Kandungan ammonia dan manganese ini adalah antara punca aduan air berbau yang dilaporkan oleh pelanggan di kawasan terbabit," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata Sains mengambil tindakan untuk meningkatkan kualiti air di loji berkenaan, termasuk menambah pengudaraan air mentah untuk mengurangkan kadar iron dan manganese.

Langkah lain ialah meningkatkan pengedosan 'hydrated lime', mengaktifkan pengedosan 'activated carbon' bagi mengurangkan bau serta menjalankan pencucian kolam mendapan dan penapis dengan lebih kerap.

Azlan berkata pihaknya telah dan sedang melaksanakan pencucian paip 'scouring' dan kolam simpanan air di kawasan terbabit.

"Tindakan ini akan terus diambil sehingga kualiti air mentah di Sungai Linggi kembali pulih ke tahap yang asal," katanya.

Beliau memohon semua pihak supaya menyumbang terhadap pemeliharaan sungai utama di negeri ini yang menjadi sumber untuk rawatan air, terutamanya Sungai Linggi untuk mengelak gangguan seperti ini daripada berulang.

Sumber: Bernama

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads