ads

Sabtu, 29 September 2012

05 di juasseh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: DAIRI HARI RAYA <b>DI</b> J.B

Posted: 12 Sep 2012 07:43 PM PDT


 Tengah hari raya kedua selepas singgah beraya rumah kakak aku kat pekan Pilah, aku bertolak ke Johor Baharu, lewat petang baru sampai rumah mertua aku, tak da aktiviti berat berat dah lewat kan, anak anak sibuk nak mandi 'swimming pool', dah petang, besok saja la. Hanya aktiviti bermaaf maafan saja, lepas tu makan nasi beriani pak cik aku masak, nasi beriani gam kambing lagi, memang mashukk!!.
    Raya ketiga start la aktiviti kunjung mengunjung ziarah menziarah, pagi ada saudara datang, petang tiga biji kereta pegi rumah 'Tok Timah' nenek la ni, makan bihun, sembang sembang lebih kurang lepas tu balik. Petang tu hujan pulak, tak jadi la dia orang nak mandi swimming pool.
   Besok nya raya ke empat, raya rumah saudara pulak, pulun makan kuih raya dengan 'air gas' siap ada ais krim lagi. Balik dah lewat petang, cuaca pun tak bagus, tak jadi lagi dia orang nak mandi swimming pool. Malam nya lagi ada akiviti ziarah, rumah satu lagi saudara, makan 'spegeti ' sembang sembang terus balik.
   Aku dan anak bini sepatut nya balik ke K.L malam tu jugak, tapi bini aku mintak 'pos pon' esok malam nya, pasal mak cik dia nak buat 'parti kapal wap' (steamboat) esok malam, aku pun setuju la, tak nak hampa kan, lagi pun best jugak tu.
   Besoknya dah raya ke lima, ada lagi aktiviti ziarah menziarah, rumah mertua adik ipar pulak, pegi jugak la, makan nasik lagi, duduk duduk kejap sembang lebih kurang, habis balik rumah. Sampai rumah tiba tiba Pak mertua aku cakap ada saudara atau kawan dia nak datang beraya satu keluarga, berbelas orang jugak tu, aku malas dah, penat nak melayan.
   Cuaca baik, aku 'decide' bawak budak budak pegi 'swimming pool' kat 'Bayu Marina', hotel tempat mak cik aku 'stay', walau hari dah lewat jugak kul 6 cam tu, tapi masih sempat lagi, aku kesian tengok budak budak tu, asyik 'frust' je, ada je halangan, hujan la, nak pegi sana sini la, masa ni pulak cuaca baik tapi tak da sapa nak bawak pasal sibuk nak beli barang nak buat 'steamboat' malam tu.
   Aku bawak budak budak, memang seronok gila dia orang, tempat pun best, 'view' kat situ memang 'klas', swimming pool kat tingkat 7 atau 9 aku tak ingat, dari sana kita boleh lihat pemandangan sungai, padang golf dan bandar J.B, aku ambik gambar tapi aku tak berapa pandai ambik 'view'. Memang tak menghampa kan, rugi aku tak mandi sekali, memang aku tak nak mandi takut letih, malam ni nak 'drive' balik K.L.

   Lepas budak budak bersihkan diri kat bilik hotel, terus balik rumah, 'parti kapal wap' tak ready lagi, tunggu pulak satu family lagi nak join sekali, tunggu lambat sangat kami 'on' dulu. Selain 'steamboat' ada 'mee jawa' kemudian ada 'lasagna', aku makan semua tapi tak 'heavy'. 
  
Apa yang aku 'discover' kat sini, kalau kita buat 'steamboat' ni tak boleh terlalu ramai, cukup cukup je satu meja, kerana kita perlu 'enjoy' makan bahan bahan tu dengan sos cili dia dan lain lain. 'Parti kapal wap' kami ni terlalu ramai, ada berapa famili dalam tu, jadi aku tak dapat 'enjoy the food' jadi aku sudah cepat, bagus untuk aku, kolestrol boleh kontrol.

   Lepas mandi aku tido sekejap, malam tu dekat dekat pukul 12 tengah malam aku bertolak ke Kuala Lumpur, aku kembali ke K.L dengan membawa kenangan yang tak seberapa tapi dengan membawa perut aku yang semakin membuncit hanya beberapa hari berhari raya, kolestrol yang aku kumpul mampu bertahan untuk sebulan lagi berpuasa, sugar level mungkin tinggi, aku tak pernah 'check' mungkin lebih tinggi dari sebelum ramadhan dan makin bertambah sebelum syawal, balik ni aku kena 'work up' sikit. Dengan itu maka berakhir la 'diari Hari Raya'aku kat Johor Baharu.
Sekian 'Maaf Zahir Batin' ikhlas dari 'Juasseh Cafe'. 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved