Khamis, 13 September 2012

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Motivasi Kecemerlangan Pelajar <b>di</b> SMK DUMA, <b>Jelebu</b>

Posted: 05 Sep 2012 07:07 PM PDT

2 September 2012, Jelebu : Satu Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar (STUDYTHON) telah diadakan khusus buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj (SMKDUMA) di Kuala Klawang, Jelebu.
Program ini diadakan khusus buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2012 ini. 
Program ceramah bertajuk "Tips-Tips Persediaan Saat Akhir" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah beliau telah berlangsung mulai jam 10.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
Dengan ini EDITOR mengucapkan selamat maju jaya buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini. Dengan ini juga dikongsikan bersama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang progranm ceramah Sdr Syamsul berlangsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads