Jumaat, 6 Julai 2012

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Penantian penduduk <b>di</b> sekitar <b>Paroi</b> berakhir - N9Kini

Posted: 06 Jul 2012 05:31 AM PDT

SENAWANG, 06 Julai – Kerajaan Negeri membuktikan bahawa janji yang dikota selama ini akan terlaksana tidak lama lagi dengan terbinanya sebuah Dewan Orang Ramai pada Januari 2013 kelak.

Kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, dewan ini merupakan salah satu kemudahan yang dinanti-nantikan oleh penduduk di Paroi, Flat Seroja, Kampung Sentosa, Taman Tasik Jaya dan di kawasan sekitarnya.

"Oleh kerana kepadatan penduduk di segenap kawasan ini dan setelah mendapati tiada kemudahan untuk orang ramai, maka kerajaan negeri telah mempertimbangkan permohonan penduduk untuk membina sebuah dewan orang ramai," ujar beliau.

Menurut beliau, projek yang berkeluasan 80 x 120 kaki persegi ini akan menempatkan sebanyak 70 lot tempat letak kereta, sebuah pentas dan sebuah gelanggang futsal di atas tapak yang sama.

"Projek yang menelan belanja RM1.8 juta ini boleh memuatkan seramai lebih kurang 1000 orang dan pelbagai aktiviti upacara boleh dijalankan seperti majlis perkahwinan, program kemasyarakatan, acara kesukanan dan riadah," jelas beliau ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Orang Ramai Taman Tasik Jaya di tapak pembinaan Dewan Taman Tasik Jaya, di sini, hari ini.

Beliau berharap agar kontraktor yang dipilih untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan dewan ini dapat mematuhi  tempoh yang telah ditetapkan iaitu selama enam bulan mulai esok.

Dalam majlis tersebut, Menteri Besar turut menyampaikan alatan sukan kepada badan-badan NGO belia dan sukan.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai, Dato' Haji Abd. Halim Bin Haji Abd. Latif, Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Mohammed Najeeb Bin Abdullah, dan Ahli Parlimen Rembau, Tuan Haji Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads