Rabu, 4 Julai 2012

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Industri penerbangan <b>di Nilai</b> | Anak-Anak <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 04 Jul 2012 03:22 AM PDT

SEREMBAN 3 Julai - Kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan industri penerbangan di sekitar Nilai dekat sini yang dianggap berpotensi untuk memacu serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bidang tersebut diyakini mampu melonjakkan pendapatan negeri dengan mewujudkan perkhidmatan sokongan seperti penyediaan dalam aspek penyelenggaraan termasuk penghasilan komponen alat ganti kapal terbang.


''Ini kerana kita mahu memanfaatkan lokasi serta kedudukan negeri ini yang strategik untuk pembangunan industri terbabit berikutan negeri ini terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT).

''Inisiatif ini merupakan antara cadangan serta hasil kajian yang dikemukakan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) kepada kerajaan negeri dalam menentukan Pelan Strategik Ekonomi Negeri Sembilan berada di landasan yang tepat," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif MIER, Dr. Zakariah Abdul Rashid.

Menurut Mohamad, pihaknya turut berhasrat untuk menjalankan kerjasama dengan syarikat luar yang berminat untuk menerokai bersama industri terbabit.

''Kami menerima baik usul yang dibentangkan oleh MIER ini dan kini kita akan menjalankan kajian secara terperinci sebelum dapat dilaksanakan.

''Namun, saya yakin menceburkan diri dalam bidang ini sedikit-sebanyak akan memberikan nilai tambah kepada pertumbuhan ekonomi negeri, sekali gus boleh dimanfaatkan oleh dua syarikat penerbangan terbesar negara iaitu Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia," ujarnya.

Sementara itu, Zakariah memberitahu, kewujudan industri tersebut di negeri ini bukan sahaja akan merangsang pertumbuhan ekonomi, malah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan termasuk penduduk setempat.

''Tetapi apa yang lebih penting, industri ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam kalangan tenaga profesional, sekali gus mempengaruhi pendapatan isi rumah dengan jumlah gaji yang lebih tinggi bakal ditawarkan melalui bidang tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, tambah Mohamad, melalui kajian MIER, pihaknya juga akan memberikan tumpuan serta mengambil beberapa langkah terhadap membangunkan industri pertanian, pelancongan, pendidikan dan juga pembuatan.

''Melalui perangkaan MIER, Negeri Sembilan diyakini mampu mencapai status negeri maju menjelang 2018 dengan mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.7 peratus," katanya.

Sumber: Utusan

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads