Isnin, 7 Mei 2012

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


UMNO Online - Pantun Ketua Menteri Melaka Meriahkan Majlis <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 08:46 AM PDT

Kategori Hari UMNO 66

Pantun Ketua Menteri Melaka Meriahkan Majlis Penyerahan Bendera Sang Saka Bangsa

Oleh : Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah

MUAR, 6 Mei – Larian Bendera Sang Saka Bangsa Zon Selatan berakhir pagi ini apabila  Bendera Sang Saka Bangsa bertukar tangan daripada UMNO Negeri Johor kepada UMNO Negeri Melaka apabila  Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam secara rasminya menerima bendera tersebut daripada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bertempat di Dataran Sungai Rambai sempadan Johor-Melaka.

Dalam majlis tersebut, peserta larian Sang Saka Bangsa berjumlah lebih 300 orang diarak meriah dengan paluan kompang dan gong menuju ke pentas di mana upacara penyerahan bendera akan dilakukan. Lebih 2000 orang ahli UMNO Johor dan Melaka termasuk masyarakat setempat hadir dalam majlis tersebut.

Selain dari itu, majlis tersebut juga meriah dan terhibur dengan aksi spontan ketua Menteri Melaka yang membacakan lebih dari tiga pantun dalam ucapan perasmiannya dengan aksi beliau yang bersahaja.

Antara pantun beliau berbunyi 'Lari-lari kita lari, Lari-lari Hari UMNO, UMNO UMNO Parti Kita, Pembela rakya seluruh negara, Memang Banyak Buat Jasa, Jangan-jangan kita lupa, Jatidiri Nusa Bangsa'.

Selain daripada itu, Datuk Seri Ali Rustam mengingat ahli-ahli UMNO, terutama golongan  pemuda agar tidak melupakan sejarah perjuangan parti UMNO yang begitu banyak berjasa dalam menegakan Agama, Bangsa dan Tanahair sebelum dan selepas merdeka.

"UMNO adalah parti yang berjaya menundukkan Malayan Union yang mahu menghilangkan kemuliaan Islam, hak-hak bangsa Melayu serta kedaulatan Raja-Raja di negara ini.

"Dengan kesatuan dan perpaduan yang melambangkan keutuhan dan kekuatan orang Melayu di bawah payung UMNO, penajajah British akhirnya terpaksa akur dengan desakan dan tuntutan UMNO yang mewakil orang-orang Melayu," tegasnya dalam ucapan perasmiannya.

Justeru itu, beliau meminta agar ahli-ahli UMNO kembali menghayati semangat perjuangan pejuang-pejuang terdahulu dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang dalam usaha untuk kejayaan BN dan UMNO khususnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Puteri UMNO Johor, Ketua Puteri UMNO Pagoh dan juga Ketua Bahagian dari parti MCA, MIC dan beberapa parti komponen BN yang lain.

Acara larian Sang Saka Bangsa akan diteruskan oleh peserta larian UMNO Negeri Melaka bermula di Sungai Rambai pada pagi ini menuju ke Paya Rumput yang dijangka tiba disebelah petangnya. Selepas itu, larian akan diteruskan ke sempadan Melaka-Negeri Sembilan di Linggi dan bakal disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Semalam Pada 11:46 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads