Jumaat, 18 Mei 2012

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Shafie Nor: Gangguan bekalan air <b>di Kuala Pilah</b> esok

Posted: 13 May 2012 09:19 PM PDT

SEREMBAN, ISNIN, 14 Mei, 2012: Beberapa kawasan di Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja pemasangan injap kawalan tekanan di Taman Satelite, Bahau.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan yang bermula dari pukul 8 malam hingga 2 pagi itu melibatkan Jalan Terusan, Bukit Gelugor, Juasseh Kapitan, Rembang Panas dan Taman Putra.

"Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads