Selasa, 15 Mei 2012

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Kuala Pilah</b> esok | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 14 May 2012 01:20 AM PDT

SEREMBAN: 14 Mei – Beberapa kawasan di Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja pemasangan injap kawalan tekanan di Taman Satelite, Bahau.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan yang bermula dari jam 8 malam hingga 2 pagi itu membabitkan Jalan Terusan, Bukit Gelugor, Juasseh Kapitan, Rembang Panas dan Taman Putra.

"Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pengguna yang memerlukan bantuan pada hari berkenaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-6982, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads