Jumaat, 4 Mei 2012

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Karnival Mesra Belia sajikan pelbagai aktiviti menarik | Anak-Anak <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 12:41 PM PDT


SEREMBAN 3 Mei - Pelbagai aktiviti hebat dan menarik menanti pengunjung Karnival Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Jelebu di Kuala Klawang, Jelebu mulai esok hingga Ahad ini.

Antara aktiviti tersebut ialah jom kayuh, sukan rakyat, autoshow, bola keranjang 3 on 3, pertandingan masakan/gubahan, forum perdana dan X-Tream Zone.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, turut diadakan ialah pertandingan teh tarik, karaoke, futsal dan bola jaring.

Beliau berkata, karnival itu yang diadakan di Stadium Mini Kuala Klawang dimeriahkan dengan pameran agensi dan konsert oleh artis tanah air.

"Karnival itu dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Pejabat Daerah Jelebu, Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu, Pejabat Parlimen Jelebu dan Polis Diraja Malaysia.

"Kami menyasarkan kunjungan kira-kira 15,000 orang ke karnival ini," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Menurutnya, penganjuran karnival itu diharap dapat mengukuhkan jati diri belia dengan semangat patriotisme dan cintakan negara selain mengurangkan tohmahan bahawa kepimpinan kerajaan tidak turun padang memberi perhatian kepada belia di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, usaha mengurangkan jurang dan hirarki masyarakat antara belia dengan pemimpin juga menjadi faktor kepada pelaksanaan program tersebut.

"Kami berharap orang ramai terutamanya para belia meluangkan masa mengunjungi karnival ini," katanya lagi.

Sumber: Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads