Isnin, 28 Mei 2012

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Kuala Pilah</b> Esok | MyNewsHub

Posted: 13 May 2012 08:49 PM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja pemasangan injap kawalan tekanan di Taman Satelite, Bahau.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan yang bermula dari jam 8 malam hingga 2 pagi itu membabitkan Jalan Terusan, Bukit Gelugor, Juasseh Kapitan, Rembang Panas dan Taman Putra.

"Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pengguna yang memerlukan bantuan pada hari berkenaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-6982, katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads