Khamis, 26 April 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Aktiviti Mengecat <b>di</b> PEYAKIN, <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 15 Apr 2012 09:01 PM PDT

by Shahrir on April 16, 2012

Pedas, Negeri Sembilan, 14 April 2012 - Seramai 9 orang sukarelawan dan pelajar Universiti Islam Antarabangsa, Gombak (UIAM) telah mengikuti program yang dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia(IRM) bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 4 petang dirumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan(PEYAKIN) yang berpusat di Pedas. Program ini merupakan sebahagian dari aktiviti bagi perlaksanaan perpustakaan di rumah PEYAKIN. Akviti mengecat dan menyusun semula ruang rehat untuk dijadikan tempat membaca buku dan mengulangkaji pelajaran ini mendapat sokongan penuh dari pelajar UIAM dan warga- warga PEYAKIN sendiri.

Bagi pengetahuan anda semua program ini akan teruskan lagi dengan menghias dan menyusun buku-buku yang ditempah oleh pihak IRM pada hujung bulan ini, tarikh dan masa akan kami maklumkan kemudian nanti melalui email, facebook ataupun blog. Pihak IRM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PEYAKIN, UIAM dan sukarelawan yang terlibat didalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads