Khamis, 5 April 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Konsert Jamal <b>Di Seremban</b> 27 April

Posted: 05 Apr 2012 12:36 AM PDT

Konsert Jamal Di Seremban 27 April

SEREMBAN — Raja Pop, Jamal Abdillah, akan mengadakan konsert amal di The Royale Bintang Resort & Spa di sini pada 27 April ini.

Beliau akan membuat persembahan selama dua jam dalam konsert yang bertujuan mengutip derma bagi Rumah Seri Kenangan di sini, kata pengarah jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban, Zalifah Azura Mohd Basri.

Tiket berharga RM80, RM150 dan RM300 boleh didapati di pejabat jualan hotel itu mulai sekarang.

"Mereka yang membeli tiket RM300 boleh menyertai Jamal pada satu jamuan lewat malam selepas konsert itu," kata Zalifah Azura.

Mereka yang ingin membuat tempahan atau membeli tiket boleh menghubungi pejabat jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban menerusi talian 06-7666888 / 06-7666208 / 06-7666666.– BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads