ads

Jumaat, 6 April 2012

05 di mantin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di mantin - Google Blog Search


Ferrari Terbakar <b>di</b> Lebuhraya LEKAS dekan <b>Mantin</b>

Posted: 17 Mar 2012 05:40 AM PDT


SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi ini.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.


Model Smart Ferrari yang Mudah Terbakar: 458 Italia

Salah satu model Ferrari yang terbaru dan menggiurkan ialah 458 Italia yang memuatkan 2 tempat duduk. Model 458 Italia ni baru dilancarkan pada 2009 di IAA Frankfurt Motor Show. Laman rasminya di Laman Ferrari: 458 Italia.

Ferrari 458 Italia ini mendapat anugerah Car of The Year oleh BBC Top Gear pada bulan Februari 2010. Tetapi dalam kesibukan dunia memuji Ferrari Model 458 Italia ni, rupanya ada kelemahan yang berbahaya kepada pemandunya. Sejak ia dikeluarkan pada 2009, terdapat lebih 10 kes kebakaran yang melibatkan Ferrari 458 Italia dan kesemua kes kebakaran tu adalah kebakaran spontan yang tak diketahui puncanya!




0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved