Khamis, 1 Mac 2012

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Felda <b>Serting</b> Hilir Pada 12 Okt

Posted: 08 Oct 2011 02:47 AM PDT

BAHAU – Felda Serting Hilir 1 hingga 7 dekat sini akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 9 pagi 12 Okt ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata ini berikutan kerja-kerja pencucian kolam Temangau yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) pada 12 Okt.

"Bekalan air akan disambung semula pada pukul 9 pagi keesokkannya (13 Okt) dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya Sains akan berusaha mendapatkan sumber bekalan alternatif agar kawasan gangguan dapat dikurangkan.

"Kita ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para pelanggan semasa pelaksanaan penutupan sementara ini," katanya.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads