Selasa, 6 Mac 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Kisah Pelarian Islam 20 Feb 2012 <b>di Seremban</b> - Tranung Kite

Posted: 17 Feb 2012 12:58 PM PST

Oleh: amkns

"

KISAH PELARIAN ROHINGYA

"Umat Islam Tanpa Negara"

Bersama Ustaz Mahmud Ayaz (Wakil Arakan Rohingya Network/ Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Muslim Rohingya)

Tarikh : 20 Februari 2012, ISNIN

Masa : 7:30 mlm

Tempat : Surau Al-Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

 

Maklumat Lanjut hubungi Sdr Suhaire Sulaiman (010-5492867) , Sekretariat CIMMA

Kutipan derma akan dilancarkan untuk membantu Ustaz Mahmud Ayaz yang sekarang ini mengurus sebuah Madrasah  Anak Yatim Rohingya (Umat Islam Tanpa Negara) 

************

Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan yang mereka ada? 

Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian. 

Kisah selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2009/11/pelarian-islam-tak-layak-dapat-zakat-di.html  

Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia. 

Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara. 

Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah tentu akan merugikan semua pihak. 

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang "Burma Citizenship Law of 1982".

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads