Khamis, 29 Mac 2012

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


Seminar Kecemerlangan Pelajar <b>di</b> SMK Seri <b>Ampangan</b>

Posted: 26 Mar 2012 12:12 AM PDT

24 Mac 2012, Seremban : Satu Seminar Kecemerlangan Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan, Seremban khusus buat para pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2012 ini. Program ceramah ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah bagi menyuntik semangat dan kesedaran kepada para pelajar tentang peri penting mengecapi kejayaan di dalam peperiksaan.

Ceramah berkaitan kecemerlangan ini telah disampaikan oleh Sdr. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). beliau telah menyampaikan ceramahnya mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Dengan tajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan", ceramah tersebut dilihat benar-benar berjaya membuka minda dan meniupkan semangat kepada para pelajar untuk berusaha meraih kejayaan di dalam peperiksaan yang bakal tiba.

Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program tersebut berlangsung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads