Rabu, 22 Februari 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


{ Gambar} Tempat Makan Best dan Sedap <b>di Seremban</b> : Popia <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2012 05:24 PM PST

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat blogger semua, hari ini saya ingin memperkenalkan sebuah lagi tempat makan yang sedap di sekitar Seremban. Jika sebelum ini saya banyak memperkenalkan tempat makan untuk kita menikmati makan malam, entri ini saya memperkenalkan sebuah tempat makan yang sedap untuk kita nikmati minum petang pula ( mana tau sahabat semua singgah di Seremban belah petang kan hihihhih) .

Cuma yang peliknya, walaupun lokasinya di Seremban tetapi ia bukanlah makanan dari Seremban. Ia diimport dari Kuala Kangsar, Perak. Tempat makan yang saya maksudkan adalah Gerai Popia Kuala Kangsar. Menu utamanya adalah popia itu sendiri yang agak besar dan ia mungkin berasal dari Kuala Kangsar ( atau mungkin pengusahanya berasal dari Kuala Kangsar ?)

Persoalannya, dimana letaknya Gerai Popia Kuala Kangsar ini dan bagaimana mahu ke sana? Ia terletak di Medan Selera Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban ( gelanggang utama untuk Skuad bolasepak Negeri Sembilan ya). Tidak susah mahu kesini. Kalian hanya perlu memasuki bandar Seremban, dari teruskan memandu ke arah Kuala Pilah. Ia terletak di Jalan Seremban - Kuala Pilah dan lokasinya di sebelah kiri jika kita datang dari arah Seremban. Jika dari Lebuhraya Utara Selatan, hanya perlu ambil susur keluar Senawang, dan teruskan ambil Jalan Senawang menuju ke Kuala Pilah.

Jadi, jom kita lihat apa yang ada di Gerai Popia Kuala Kangsar ini.


Inilah papan tanda gerai ini. No 1 di Seremban ini saya tak pasti siapa yang beri. Mungkin maksudnya satu-satunya popia Kuala Kangsar yang terdapat di Seremban.


Antara menu yang terdapat di gerai makanan ini. Cuma pada pandangan saya, pengusaha patut meletakkan sekali harga makanan agar ia tidak mengelirukan pengguna.


Sedikit suasana di gerai ini. Pada masa ini, jam menunjukkan sekitar jam 3.30 petang. Kebiasannya, pelanggan akan ramai tiba pada jam 4.00 petang dan ke atas. Datang awal, orang tak berapa ramai kan.


Inilah menu utamanya. Terdapat dua jenis popia iaitu popia basah dan popia goreng. Cucur udang campur juga terdapat disini.


Gerai air. Hidangan utama pastilah ABC dan cendol.


Ini cucur udang campur. Harganya RM 2.50. Yang terdapat didalamnya adalah cucur udang, tauhu goreng, timun, taugeh dan begedal. Saya harus puji sambalnya. Ia sangat sedap. Cucur udang yang digoreng rangup juga begitu menyelerakan.


Ini popia goreng. Harganya RM 1.00 sekeping. Dalam gambar ini, ia dibelah 3 kerana ia agak besar. Sekali lagi kredit harus diberikan pada sambalnya. Terasa kesedapan sambal itu.


Ini ABC biasa. Harganya RM 2.50. Sesuai dinikmati ketika panas sang mentari di sebelah petang.


Cendol juga terdapat disini. Walau bagaimanapun, ia agak kurang menarik kerana tidak banyak lauk pauknya. Hanya cendol semata-mata. Kalau letak kacang merah atau jagung, mungkin lebih meriah.

Jadi, kepada sahabat yang berkira-kira untuk berkunjung ke Seremban, bolehlah singgah sebentar menikmati minum petang di Gerai Popia Kuala Kangsar ini. Pasti sahabat tidak dapat melupakan tahap kesedapannya kelak. InsyaAllah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads