Rabu, 29 Februari 2012

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Umno Janji lapangan terbang mainan <b>di Rembau</b>? - Tranung Kite

Posted: 28 Feb 2012 03:34 AM PST

Oleh: amkns

"Lear with Tower21 Feb 2008 akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil, sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Terkini Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin berkata bahawa kerajaan negeri tidak pernah berjanji membina landasan kapalterbang betul tetapi landasan kapalterbang mainan.

Itu adalah apa yang dilaporkan dari laman web Pusat Aduan Rakyat Chembong. 

Baiklah, jika lapangan terbang mainan, nak buat di mana, berapa kosnya, bila tender akan dikeluarkan? 

Dari laman web Pusat Aduan Rakyat Chembong :

Hari ini dekat Pekan Pedas Rembau Negeri Sembilan, berlangsungnya majlis penyampaian duit BR1M, dan yang datang menyampaikan sumbangan adalah Ahli Parlimen Rembau Khairi Jamaluddin. 

Di samping itu dalam ceramah Khairi Jamaluddin ada juga beliau sebutkan bahawa janji Umno untuk membina lapangan terbang di Rembau telah diputar belitkan pembangkang, dimana beliau tidak pernah berjanji untuk membina lapangan terbang yang benar di Rembau, sebaliknya beliau hanya berjanji untuk membina lapangan terbang permainan untuk kanak-kanak, bukan lapangan terbang sebenar seperti yang dijaja pembangkang.

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau 

Utusan Malaysia 21 Feb 2008 

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. 

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite." 

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam. 

Dari Pusat Aduan Rakyat Chembong http://parchembong.blogspot.com/2012/02/janji-lapangan-terbang-oleh-kj-sudah.html

 "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads