Jumaat, 10 Februari 2012

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Pembinaan Hospital <b>Rembau</b> bermula April ini – Menteri Besar | N9 <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2012 08:30 AM PST

SENAWANG, 25 Jan – Dakwaan Pakatan Rakyat mengenai Kerajaan Negeri mungkir janji untuk membina hospital di Rembau adalah tidak benar.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau menjawab isu ini di hadapan tiga ribu penduduk di kawasan Paroi ketika Majlis Penyerahan Baucar BR1M kepada 631 orang penerima pusingan pertama.

Penyerahan Baucar BR1M ini di adakan di Dewan SMK Seri Pagi, Senawang, petang tadi.

Seperti program penyerahan sebelumnya, penerima baucar BR1M boleh menunaikan baucar tersebut di kaunter  sementara CIMB  yang di sediakan.

Menurut Menteri Besar, Kerajaan Negeri tidak pernah mungkir janji kepada rakyat, melainkan Kerajaan Negeri akur dengan prosedur-prosedur pelaksanaan yang perlu dilalui.

Hospital Rembau yang di pohon oleh penduduk Rembau telah diluluskan pembinaanya melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RM ke-9). Namun ketika itu, pembinaan hospital ini di berikan kepada kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta.

Perkara ini menyebabkan Kerajaan Negeri tidak bersetuju dan memohon kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia agar pembinaan diserahkan kepada JKR Pusat melaksanakannya.

Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.

Pemilihan kawasan itu berikutan hampir dengan jalan utama yang menghubungkan hospital dengan Bandar Seremban.

Walaupun telah diluluskan melalui RM ke-9, hospital ini akan di bina melalui peruntukan RM ke-10 di mana Kerajaan Negeri telah menerima peruntukan tersebut.

Menurut Menteri Besar lagi, "tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan  orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang."

Dengan kewujudan Hospital di Rembau ini nanti maka lengkap lah seluruh daerah di Negeri Sembilan memiliki Hospital daerahnya sendiri.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyempurnakan Penyerahan Baucar BR1M bagi kawasan DUN Paroi petang tadi.

Turut bersama-sama Menteri Besar hari ini ialah YB Tn Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau, Dato' Mohd Firdaus Harun, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Tn. Abdul Halim Abdul Razak, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan En Razif Jamaluddin, Pengetua Cemerlang SMK Seri Pagi, Senawang.

Oleh : Dudi Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads