Selasa, 14 Februari 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Tokoh Islam: TUAN GURU HAJI SALLEH MASRI (1875-1971)

Posted: 10 Feb 2012 08:05 AM PST


SINOPSIS

Haji Salleh Masri ialah Haji Salleh bin Baki.Dilahirkan di Kampung Rasah,Negeri Sembilan pada tahun 1875.Keluarganya berasal dari Tembusi, Sumatera.Ketika berusia tujuh tahun,beliau memasuki sekolah Melayu Bukit Nenas, Seremban.Selepas tiga tahun,beliau mula cenderung mempelajari ilmu agama.Pada tahun 1886, Haji Salleh Masri ke Sekolah Agama Bersilam, Langkat, Sumatera.Beliau berguru kepada Syeikh Abdul Wahab, ulama keterunan Arab yang masyhur di Sumatera.Menjelang tahun 1893, beliau pulang ke tanah air.Sesudah itu, beliau terus mendalami ilmu agama dengan berguru kepada Haji Zainal Abidin Al-Fatani( Haji Minal) di Madrasah Sungai Dua, Butterworth, Seberang Prai selama tiga tahun.Fakih Mohd Salleh berguru pula selama tiga tahun kepada Imam Ahmad di Madrasah Padang Lalang, Bukit Mertajam, Seberang Prai.Dengan mendapat galakkan daripada Imam Ahmad, Fakih Salleh akhirnya melanjutkan pengajian Islam di Mesir. Pemergiannya itu dibiayai oleh keluarganya sebanyak RM1,000.

Pada tahun 1899,beliau dikatakan antara anak Melayu yang pertama belajar di Al-Azhar.Ketika di universiti, Fakih Salleh pernah berguru kepada Syeikh Muhammad Khatib, iaitu pejuang islah ynag diutarakan oleh reformis Muhammad Abduh.Apabila bapanya meninggal dunia pada tahun 1903, Fakih Salleh mengambil keputusan pulang ke tanah air kerana orang yang menyara pembelajarannya tiada lagi.Seorang hartawan dari Bukit Mertajam,iaitu Haji Abbas Haji Othman bersedia untuk membantunya.

Pada tahun 1905, Fakih Salleh memperolehi Ijazah Alliyyah.Pada akhir tahun, apabila kembali ke tanah air, Fakih Salleh telah disambut dengan meriahnya di Pelabuhan Pulau Pinang.Akhirnya Fakih Salleh berkahwin dengan Hajah Saadiah Haji Abbas, iaitu anak kepada pembantunya ketika belajar di Mesir yang dianggap sebagai bapa angkatnya.Pada tahun 1906, Haji Salleh Masri menubuhkan Madrasah Al-Masriyah dan mentadbirkannya hingga tahun 1950 sebelum ke Mekah bagi kali kedua.Selepas itu,anaknya mengendalikan madrasah itu.Beliau meninggal dunia pada 30 Mei 1971 di Mekah.

Al-Fatihah.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads