Rabu, 1 Februari 2012

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Gaya kediaman moden <b>di Bahau</b> - Utusan Malaysia Online

Posted: 06 Nov 2011 11:14 AM PST

Gaya kediaman moden di Bahau

Gaya kediaman moden di Bahau

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KALAU dulu, jika disebut dekorasi kediaman, golongan luar kota metropolitan atau pinggiran bandar memilih gaya seringkas yang boleh. Menjengah dekorasi kediaman mereka, masih lagi terdapat elemen lama seperti perabot kayu dan rotan.

Tanpa terikat dengan tema tertentu, pemilik kediaman lebih selesa menghias mengikut gaya 'suka-suka'. Konsep ini cenderung kepada kemampuan isi rumah atau sekadar melengkapkan perabot di ruang tamu, dapur mahu pun bilik tidur.

Memadai sekadar memiliki keperluan asas seperti tilam, katil, televisyen dan almari kecil.

Berbeza sekarang, golongan itu juga dilihat semakin peka dengan dunia hiasan dalaman. Bahkan, mereka turut ghairah menata rias rumah dengan memastikan setiap ruang dari dapur hingga ke kamar beradu, tampil menarik hingga sesetengahnya mengalahkan rumah kelamin.

Sama ada memilih gaya moden , retro, Inggeris, tropika, Bali, ala rumah pelancongan dan sebagainya, yang penting dekorasi memenuhi cita rasa dan mengikut trend semasa.

Melewati sebuah pusat perhentian hiasan kediaman di Bahau, Negeri Sembilan, penulis berpendapat penduduk di situ lebih berminat kepada konsep kediaman moden.

Kelengkapan

Pusat sehenti kedai perabot, Ilham Design Furniture (IDF) yang terletak di Bahau memberi ilham kepada penduduk sekitarnya untuk mencari perabot moden dengan warna-warna yang lebih berani.

Bercirikan reka bentuk moden , IDF mencerminkan pemiliknya, Mejar Wan Munadi Wan Mamat (B) yang dinamik dan sofistikated.

Menarik perhatian penduduk di sekitar Bahau , ia menawarkan pelbagai koleksi kelengkapan rumah daripada yang kecil sehinggalah kepada sebesar-besarnya.

Ditambah pula dengan hiasan dalamannya yang sepadan dengan konsep kediaman, pastinya membuatkan tetamu teruja dan kagum dengan sentuhan emas pemiliknya.

Klasik kontemporari dan moden , begitulah konsep percaturan hasil idea kreatif yang popular sekarang.

Bagi yang melangkah ke rumah baru khususnya pasangan pengantin, inilah peluang terbaik untuk menyusun kediaman sendiri menjadi cantik dan kelihatan moden dan bergaya.

Pelbagai pilihan dan idea hiasan untuk kediaman dengan tema kediaman desa Perancis ke Victoria, gaya Timur, Safari Afrika, gabungan kontemporari dan oriental.

Kontemporari

Sofa berciri moden digabungkan dengan fabrik warna terang menepati ciri klasik kontemporari.

Malah setiap perabot membawa konsep berbeza dengan set sofa paling popular ialah bercirikan moden.

Set bilik tidur yang mengetengahkan warna merah misalnya, menyerlahkan elemen moden sesebuah kediaman.

Dalam pada itu, setiap katil yang dijual mempunyai pilihan 15 warna merangkumi keperluan pasangan suami isteri, kanak-kanak, anak gadis dan pengantin baru.

Ruang berehat keluarga seperti sofa boleh direka sendiri menggunakan gabungan warna putih dan hitam amat praktikal.

Secara peribadi, keupayaan Wan Munadi memperkenalkan kediaman mewah khusus untuk warga luar kota metropolitan seperti di Bahau yang inginkan konsep moden dan menawan sememangnya mengkagumkan.

Mengakui dekorasi sentiasa mengikut perubahan semasa, Wan Munadi berpendapat orang ramai mula bijak mencari panduan menghias rumah sama ada yang tinggal di kampung mahupun luar bandar.

Memenuhi hasrat tersebut, IDF yang terletak di Bahau ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai.

Dalam pada itu, cawangan IDF yang baru di buka 23 Oktober lalu menawarkan harga runtuh khususnya untuk penduduk Bahau. Manakala pasangan pengantin baru boleh mendapatkan set kelengkapan bilik tidur dengan harga yang istimewa. Orang ramai yang berbelanja RM 3 ribu ke atas turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah percuma.

Full content generated by Get Full RSS.

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah Jempol (MJL) Terkini 2012

Posted: 29 Jan 2012 08:23 PM PST

Tarikh Tutup Permohonan: 17 Februari 2012

Majlis Daerah Jempol ditubuhkan pada 1 Ogos 1980 sebagai tindakan lanjut pada latihan kembali batas bahagian Kuala Pilah. Latihan kembali batas telah mencipta sebuah kabupaten baru yang dikenali sebagai Daerah Jempol sebelum ini dikenali sebagai bahagian Bahau Kecil yang terletak di bawah pentadbiran bahagian Kuala Pilah. Majlis Daerah Jempol berfungsi selaras dengan tujuan utama dari tatacara itu, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang Kerajaan Daerah UU 1876 171. Pada prinsipnya, fungsinya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk dalam wilayah bekerja dalam hal kesihatan awam, pengurusan sisa, perancangan bandar dan negara, perlindungan alam sekitar, bangunan kawalan, meningkatkan penyelenggaraan infrastruktur sosial dan ekonomi, dan bandar.

Majlis Daerah Jempol kini menjemput individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong seperti berikut:

1. Penolong Akauntan (W2-1)

2. Penolong Pegawai Tadbir (N3-1)

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Incoming search terms:

  • jawatan kosong majlis daerah jempol 2012
  • jawatan kosong di majlis daerah jempol (mjl)
  • jawatan kosong di bahau 2012
  • majlis daerah jempol jawatan kosong 2012
Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia Zoom » Peniaga pekan <b>Bahau</b> resah bau sampah

Posted: 01 Feb 2012 03:04 PM PST

JEMPOL 1 Feb. – Bau busuk dan keadaan kurang menyenangkan sudah menjadi sajian biasa bagi penduduk sekitar pekan Bahau dekat sini berikutan timbunan sampah di tepi jalan dekat sini.

Mana tidaknya, timbunan sampah tidak terurus ditambah lagi dengan sikap segelintir pihak untuk mencari jalan mudah membuang sampah, bukan sahaja memburukkan keadaan sekali gus memberi tanggapan negatif terhadap pekan utama daerah ini.

Bagi seorang penduduk, Lim Boon Hiong, 25, masalah itu telah berlarutan sejak setahun lalu namun masih tiada jalan penyelesaian.

"Sudahlah busuk, sampah pula bersepah-sepah di tepi jalan. Bayangkan bau busuk itu juga dapat dihidu walaupun berada di dalam kenderaan.

"Senario itu sudah pastinya mencemarkan imej pekan ini apatah lagi ramai orang luar datang ke Bahau dengan menggunakan perkhidmatan bas. Turun sahaja di perhentian, mereka akan di sajikan dengan pemandangan kotor," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Phung Er Cheng, 54, pula mempersoalkan sikap segelintir peniaga yang seolah-olah mengambil mudah dengan membuang sampah sesuka hati di tempat larangan.

"Saya sudah menetap di sini sejak sekian lama, dulu tempat ini cantik dan banyak kemudahan yang disediakan. Namun sekarang dengan keadaan seperti ini sudah tentu ia memalukan warga pekan ini," katanya.

Er Cheng meminta supaya pihak berkuasa tempatan untuk memperbanyakkan kempen kesedaran tentang bahayanya hidup dalam persekitaran yang kotor bagi menjana kesedaran orang ramai mengenainya.

"Malah cara yang lebih baik adalah menyediakan lebih banyak tong sampah berskala besar bagi membolehkan para peniaga membuang sampah di tempat yang disediakan," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads