Selasa, 4 Oktober 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


PERKASA NS PROTES MAT SABU <b>DI SEREMBAN</b> | Pribumi Perkasa Negara

Posted: 24 Sep 2011 09:19 PM PDT


Perkasa 24 Sept.2011: Pada jam 7.00 malam semalam ahli ahli Perkasa NS seramai lebih 100 orang telah berkumpul berhampiran kedai Man Tomyam Jalan Jelebu, Seremban kerana di jangka Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) akan menghadiri Majlis Hari Raya Anjuran PAS Negeri Sembilan.

Kumpulan yang di pimpin oleh Bendahari PERKASA NS iaitu Mejar (B) Razali Zakaria dan juga AJK Perkasa NS, Abang Usop bercadang untuk memhantar memorandum protes kepada Mat Sabu yang telah menghina pasukan keselamatan dan menyangjung komunis dalam ceramah beliau di Tasek Gelugor beberapa bulan yang lalu.

Mad Sabu Tim. Presiden PAS beberapa minggu lalu yang telah mengeluarkan kenyataan yang menguris perasaan ramai bekas anggota keselamatan dan keluarga mereka terutama yang terlibat dengan kejadian serangan Bukit Kepong,apabila mengangkat komunis sebagai wira pejuang kemerdekaan.

Hampir 3 jam menunggu Mat Sabu masih belum kelihatan dalam majlis tersebut dan pada masa yang sama pihak penganjur terus berceramah dan mengeluarkan perkataan provokasi ke atas ahli ahli Perkasa dan kerajaan. Mereka menuduh Perkasa di upah RM 50 seorang oleh Umno dan berbagai bagai lagi tohmahan yang tidak berasas sehingga ada ahli ahli perkasa yang tidak tahan dengan tohmahan membalas balik kata kata tersebut.

Kehadiran Mat Sabu dikesan hampir jam 10.00 malam dan kami cuba bertindak menahan kenderaan Mat Sabu untuk berjumpa dengan beliau namun rupanya Mat sabu telah di bawa masuk melalui jalan belakang..

Pada lebih kurang jam 10.15 malam Mat Sabu telah memulakan ceramah dan Mejar Razali dan beberapa ahli perkasa telah memohon untuk masuk berjumpa dengan Mat Sabu untuk menyampaikan bantahan, namun telah dihalang oleh Unit amal PAS secara beramai ramai sehingga menimbulkan kekecohan dan tolak menolak, baling botol air dan ada juga yang membaling air panas dari gerai berhampiran.

Keadaan semakin panas apabila lebih ramai penyokong penyokong pas datang menghalang sehingga berlakunya kekasaran fizikal pada kedua dua belah pihak. Keadaan tegang berlarutan hampir satu jam sehinggalah pihak polis datang untuk meleraikan keadaan.

Akhirnya pada jam 11.30 malam ahli ahli Perkasa Ns telah bersurai secara aman walaupun diwaktu itu Mat Sabu masih belum berhenti berceramah

Alias Mohammed
Setiausaha Perkasa N.Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads