Isnin, 3 Oktober 2011

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Majlis Sambutan Hari Raya ISMA <b>Kuala Pilah</b> meriah | ISMAWeb

Posted: 02 Oct 2011 06:01 AM PDT

YDP ISMA Kuala Pilah menyampaikan duit raya kepada remaja yang hadir

KUALA PILAH, 10 September - Majlis Sambutan Hari Raya ISMA Kuala Pilah yang julung kali diadakan secara besar-besaran disambut dengan suasana yang meriah di sini. Majlis itu telah dihadiri kira-kira 200 orang yang terdiri daripada ahli-ahli ISMA, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.

"Majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan masyarakat Kuala Pilah kepada ISMA. Selain itu kita ingin memberi pendedahan kepada ahli-ahli ISMA Kuala Pilah dalam tatacara menganjurkan program besar dengan harapan tenaga ISMA Kuala Pilah akan lebih menyerlah di masa akan datang", ujar saudara Faisal selepas majlis berlangsung.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu VIP yang terdiri daripada Nazir Masjid Kuala Pilah, Ketua JKKK Kg. Jawa, YDP ISMA Seremban, penerima dan penyumbang Semai Kasih ISMA Kuala Pilah 2011. Majlis juga turut dimeriahkan dengan bacaan Al-Qur'an dan persembahan nasyid daripada Anak-anak Nadi Al Azim Kuala Pilah dan SMA Sains Kuala Pilah.

Sumber: Laman Web ISMA Negeri Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads