Selasa, 27 September 2011

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Syiar Islam akan terus berkembang <b>di Negeri Sembilan</b>, Menteri <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 03:41 AM PDT

SEREMBAN, 20 September – 'Majlis Perasmian Penutup dan Pelancaran Program Psikososial Dewasa dan Warga Emas Siri 2' anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Unit Masjid Negeri) sebentar tadi telah disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Majlis yang berlangsung sejak pukul 8.00 pagi tadi di Dewan Solat Masjid Negeri telah diisi dengan ceramah motivasi oleh Pakar dan Perunding Motivasi Bebas iaitu Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dengan seramai satu ribu satu ratus orang mengambil bahagian.

Dalam masa yang sama, Unit Masjid Negeri juga telah melancarkan 'Kelab Warga Emas Masjid Negeri' yang diilhamkan oleh Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan sebagai iltizam mempertingkatkan syiar Islam di Negeri Sembilan. Seramai empat ratus orang ahli telah mendaftar setelah pelancaran di laksanakan sebentar tadi.

Di dalam menegakkan syiar Islam di Negeri Sembilan hari ini Menteri Besar banyak menyentuh berkaitan fungsi masjid yang bukan sahaja untuk kegunaan solat, tetapi ianya juga boleh digunakan sebagai pusat perbincangan dan menambah ilmu pengetahuan kepada semua orang.

Menurut beliau "untuk menjadi manusia yang berjaya keseimbangan Fardu Ain dan Fardu Kifayah perlu diberi penekanan dan keseimbangan barulah manusia yang lahir hari ini menjadi insan yang cemerlang dan tidak kosong ilmu."

Disebabkan oleh itu, Kerajaan Negeri tidak pernah putus dalam usaha membangunkan negeri dari tanah yang subur sehinggalah kepada pembangunan modal insannya.

"Sakit berpunca, mati bersebab. Janganlah pula apabila sesuatu yang berlaku ke atas masyarakat kita  hari ini kita saling menyalahi antara satu sama lain kerana itu tidak akan menyelesaikan masalah. Gunakan lah Institusi Masjid sebaik-baiknya barulah Islam dipandang mulia oleh semua orang." Nasihat Menteri Besar kepada hadirin.

Turut hadir ialah Sahibul Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad , Mufti Jabatan Agama Islam Negeri.

Dato' Haji Mat Ali Hasan selaku Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Razak Mansor , Speaker DUN dan Tuan Johani Hassan, Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam turut hadir sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads