Khamis, 29 September 2011

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


<b>Rembau</b> Hari Ini | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 28 Sep 2011 07:14 PM PDT


Rumah terbiar bahayakan penduduk di Rembau

Posted: 27 Sep 2011 11:50 PM PDT

Rumah terbiar bahayakan penduduk di Rembau
Harakahdaily

REMBAU, 28 Sept 2011 : Memalukan dan menyakitkan mata bila di pandang, tulisan dan lakaran yang berunsur lucah, kata-kata yang bersifat penghinaan terang-terang di tulis di dinding sebuah rumah penduduk yang di tinggalkan di sebabkan kerja-kerja pembinaan semula rumah berkenaan belum selesai lagi.

Rumah yang terletak di Taman Rembau Utama tersebut seperti di biarkan sekian lama sehingga berlaku kerosakan struktur di bahagian dalam rumah.

Menurut kata penduduk keadaan rumah tersebut sejak dahulu semasa menduduki taman tersebut lebih 6 tahun dulu hingga sekarang masih tidak berubah langsung, tiada usaha pemulihan di buat oleh pemilik rumah berkenaan.

Keadaan dalam rumah berselerakan dengan sampah sarap juga di jadikan tempat permainan kanak-kanak di sekitar taman yang sepatutnya tidak di jadikan tempat permainan didalam rumah terbiar tersebut.

Ini kerana bahaya akan dihadapi sekiranya ada individu yang berniat jahat bersembunyi di situ, akan melakukan serangan kepada kanak-kanak yang memasuki rumah berkenaan.

Keselamatan penduduk setempat terganggu sekiranya tiada usaha membersihkan sekitar di rumah berkenaan di lakukan.

Dari tinjuan yang di buat di lokasi di dapati terdapat juga berapa rumah yang gagal di siapkan oleh pihak pemaju yang membina taman berkenaan sekitar tahun 80an.

Rumah yang gagal di siapkan di biarkan tanpa di jaga sehingga ditumbuhi semak samun juga telah menjadi tempat persembunyiaan haiwan berbisa yang menunggu masa menyerang mangsa sekitar kawasan berkenaaan.

Keadaan rumah yang tidak siap hanya di biarkan tanpa ada usaha membersihkan atau memperbaiki keadaan rumah amat mengecewakan jiran-jiran yang menduduki taman berkenaan.

Kelihatan strukturnya amat teruk sekali telah berkulat, berkarat juga struktur kayu di dalam rumah ada yang telah di makan anai-anai menunggu untuk runtuh.

Saya mengharapkan pihak yang berkuasa melihat keadaan di sini, yang perlu di bersihkan dan di ambil tindakan segala masalah rumah conteng, kata seorang penduduk yang mahu di kenali makcik Habibah, 65, ketika di temui.

Keluhan yang sama turut dirasai oleh seorang lagi penduduk taman itu.

Fauzi, 28, ketika di hubungi, mengharapkan sesuatu dibuat pada tuan rumah yang membiarkan rumah mereka terbiar seperti memberi amaran keras agar kembali membina rumah yang mereka beli atau menyarankan jual kepada mereka yang berminat untuk mendiami rumah berkenaan.

Oleh Sapar Sutir saparsutir@yahoo.com
Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/79-negeri-sembilan/5642-rumah-terbiar-bahayakan-penduduk

Rugi RM50,000

Posted: 27 Sep 2011 09:28 PM PDT

Rugi RM50,000
Sinar Harian 28 Sep 2011

REMBAU – Seorang pengurus sebuah pasar raya, dekat sini, terpaksa mencampakkan beg berisi wang RM50,000 ke arah dua lelaki selepas diacukan parang berikutan bimbang dengan keselamatan dirinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi pada 26 September lalu, pengurus terbabit didatangi dua penjenayah yang menaiki motosikal dengan salah seorangnya bertindak berani mengacukan parang mengugut untuk menetaknya.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, ketika kejadian, mangsa iaitu lelaki berusia lingkungan 40-an menuju ke arah keretanya yang diletakkan kira-kira 50 meter di kawasan perumahan berhampiran dengan pasar raya.

Menurutnya, difahamkan, ketika mangsa mahu masuk ke dalam kereta, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Suzuki Cup warna kuning berhenti dan salah seorang daripadanya mengacukan parang ke arah mangsa.

"Mangsa yang tergamam ketakutan selepas diacukan dengan objek tajam dan bimbang cedera terus membaling beg berisi wang RM50,000 ke arah suspek.

"Sebaik sahaja mendapat apa yang dihajati, kedua-dua penjenayah terbabit terus melarikan diri," katanya.

Mizan berkata, sejurus selepas kejadian, mangsa membuat laporan polis dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

Katanya, sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil ke hadapan dan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran.

"Bagaimanapun, diharap orang awam terutamanya membawa sejumlah wang yang besar nilainya supaya lebih berhati-hati dan tidak leka sehingga memberi ruang kepada individu tidak bertanggungjawab melakukan jenayah," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9571302.asp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads