ads

Khamis, 22 September 2011

05 di paroi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Penyu &#39;rebah&#39; <b>di Paroi</b> – Selangor sekadar seri « Bola Sepak Malaysia

Posted: 13 Sep 2011 05:59 PM PDT

Negeri Sembilan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala Malaysia apabila mengatasi Terengganu 1-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Negeri Sembilan terpaksa menunggu minit ke-64 untuk mencipta jaringan apabila Shahurain Abu Samah yang dapat melepasi benteng pertahanan lawan,  menolak masuk bola ke dalam gawang Terengganu.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, pasukan PKNS Selangor turut mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sime Darby di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Dalam saingan Kumpulan A, Perak mengutip tiga mata penuh dalam saingan kumpulan yang sama, Perak mengalahkan Kedah 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Pasukan Perak terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-15 hasil jaringan Mohd Syafiq Jamal diikuti Mohd Failee Mohd Ghazali pada minit ke-36 manakala gol tunggal Kedah disumbangkan oleh Mohd Khyrill Muhymeen (min-34).

Manakala, Sabah mengekalkan kedudukan teratas kumpulan apabila mengalahkanJohor 3-1 di Stadium Likas, Sabah.

Gol Sabah dihasilkan menerusi Radzi Mohd Hussin seawal minit kesembilan dan dua gol hasil Zainizam Marjan pada minit ke-35 dan 54, manakala gol saguhati Johor dijaringkan oleh Mohd Azuwad Mohd Arip pada minit ke-20.

Dalam saingan Kumpulan C, Johor FC menang tipis 1-0 kepada Sarawak hasil sepakan penalti, Eddy Helmi Abd Manan pada minit ke-48, di Stadium Negeri, Kuching.

Johor FC memperoleh tendangan penalti apabila Mohd Ridwuan Ma'On dijatuhkan oleh pemain pertahan Sarawak, Chun Kheng Hong dalam kawasan kotak penalti.

Dalam saingan Kumpulan D, pasukan kelab T-Team menjaringkan dua gol pada setiap babak untuk mengatasi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol T-Team tersebut dijaringkan oleh Zairo Anuar Zailani pada minit ke-43, Nor Fazly Alias (min-45), Mohd Fitri Omar (min-65) dan Nor Farhan Muhamad (min-78).

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, Kuala Lumpur mengekalkan kedudukan tangga teratas kumpulan apabila seri tanpa jaringan dengan Selangor di Stadium Selayang.

Info Terkini BolaSepak Malaysia

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved