Sabtu, 20 Ogos 2011

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Futuwwah Training & Consultancy: Futuwwah & AIMS <b>di</b> MRSM <b>Kuala Klawang</b>

Posted: 29 May 2011 05:19 AM PDT

 [Kuala Klawang, Ahad] – Pada 28 dan 29hb Mei 2011, Futuwwah Training & Consultancy telah dijemput oleh pihak MRSM Kuala Klawang untuk menjadi fasilitator bagi program "Kem Semasa Cuti" untuk pelajar tingkatan 3  bersama-sama fasilitator daripada AIMS Malaysia (Alumni of International Muslim Students). Ini adalah kali kedua pihak Futuwwah menjayakan program di MRSM Kuala Klawang, setelah mengendalikan Kursus Kepimpinan BADAR pada bulan Mac yang lalu.

Program dimulakan pada hari Sabtu tengahari dengan talk oleh Pengarah Urusan Futuwwah, Ir. Faridul Farhan. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk slot LDK, di mana peserta perempuan dipecahkan mengikut kelas, sedang peserta lelaki dipecahkan mengikut "cita-cita" mereka. Arkitek JKR sekaligus alumni Melbourne, Australia, sdr. Amir Farid telah mengendalikan LDK untuk peserta yang berminat di dalam bidang arkitek Arkitek serta mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di Australia. Pelajar Perubatan IMU, sdr. Mohd Asyraf pula mengendalikan LDK untuk mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di dalam bidang perubatan, serta berminat untuk menyambung pelajaran ke Kanada. Manakala fasilitator daripada AIMS, sdr. Akma Azizi pula mengendalikan LDK buat mereka yang cenderung ke Jepun serta bidang kejuruteraan. Ketiga-tiga fasilitator lepasan luar negeri ini telah berkongsi pengalaman mereka ketika belajar di Negara masing-masing, serta latar-belakang kursus yang telah mereka ambil.

Selepas solat Asar, peserta telah dipecahkan mengikut "Negara" seperti di dalam LDK, dan telah mengadakan pertandingan "Osom Gergasi." Selepas itu, para peserta serta fasilitator telah sama-sama menunjukkan skil masing-masing dalam permainan futsal.

Selepas makan malam dan solat Maghrib, saudara Fitri telah memberikan tazkirah Maghrib, disusuli presentation daripada saudara Zaid (AIMS) berkenaan video program-program yang pernah beliau lalui semasa menuntut di New Zealand. Selepas solat Isyak, LDK diteruskan dengan para fasilitator menceritakan kepentingan ukhuwah terutamanya bagi mereka yang menuntut di luar Negara.

Selepas qiamullail dan solat Subuh yang diimamkan oleh sdr. Afif, pihak sekolah telah berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada barisan fasilitator daripada Futuwwah dan AIMS.

Pihak Futuwwah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MRSM Kuala Klawang di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada kami untuk beroleh amal soleh, juga kepada rakan-rakan AIMS di atas ukhuwah islamiyah yang mereka hulurkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads