ads

Sabtu, 23 Julai 2011

05 di senawang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di senawang - Google Blog Search


Sekolah menengah <b>di Sikamat</b> diserang Histeria - Unikversiti

Posted: 23 Jul 2011 01:42 AM PDT

SEREMBAN 23 Julai 2011 - Sebuah sekolah menengah di Sikamat di sini, terpaksa 'bercuti' sehari kelmarin selepas 48 pelajar sekolah itu mengalami histeria dalam tiga kejadian berasingan dalam tempoh seminggu dengan kali terakhir, Rabu lalu.
Dalam kejadian pertama pada Jumaat minggu lalu, dua pelajar diikuti kejadian kedua pada Isnin membabitkan tiga pelajar manakala Rabu lalu, 48 pelajar diserang gangguan misteri.
Difahamkan dua hari sebelum kejadian pertama, pihak sekolah melakukan aktiviti perkhemahan untuk pengawas di sebuah kem di Rantau, Port Dickson.
Seorang daripada mangsa, Nabila Mohd Radzi, 14, mendakwa dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada Rabu lalu, dia yang tidak menyertai kem itu turut terkena disebabkan beberapa pelajar dipercayai membawa 'pulang' penunggu hutan berkenaan ketika mengadakan aktiviti berjalan malam atau 'Night Walk' di kem berkenaan.
"Saya terkena histeria selepas terdengar dua pelajar dari kelas berasingan menjerit sebelum pelajar lelaki kelas bersebelahan mendakwa ternampak lembaga hitam di cermin tingkap, sekali gus menyebabkan saya turut dirasuk.
[Oleh Suraya Roslan dan Noozieyantie 'Alia Adnan - Harian Metro]
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved