ads

Sabtu, 30 Julai 2011

05 di port dickson - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Jenayah semakin menjadi <b>di Port Dickson</b>

Posted: 28 Jun 2011 10:23 PM PDT

Enjin bot nelayan dicuri
Sinar Harian 29 Jun 2011
PASIR PANJANG – Dua nelayan di Pengkalan Nelayan Balak, Pasir Panjang, dekat sini hilang punca pendapatan apabila enjin bot masing-masing yang disimpan di pondok nelayan pengkalan tersebut dicuri awal pagi Ahad lalu.

Kejadian itu menyusul tidak sampai sebulan selepas beberapa nelayan di pengkalan nelayan berhampiran kerugian puluhan ribu ringgit disebabkan kegiatan mencuri perkakasan nelayan menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Nelayan, Mohd Zainal Mad Sah, 62, yang lima tahun lalu pernah mengalami kerugian mencecah RM4000 kerana kehilangan bot fibernya sekali lagi terpaksa berhadapan situasi yang sama selepas enjin botnya pula dicuri.

Menurutnya, dia menyedari kehilangan enjin botnya itu ketika mahu turun ke laut seperti kebiasaannya pada jam 5 pagi semasa kejadian.

"Akibat daripada itu, saya hilang punca pendapatan dan mengalami kerugian mencecah RM5800," katanya ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Balak, semalam.

Mohd Zainal berkata, kebiasaannya dia akan tidur di pondok nelayan tersebut yang terletak hanya 20 meter dari rumahnya, namun pada malam kejadian dia tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun, saya tidur di beranda rumah dan tidak menyedari botnya dicuri dan berasa sangat terkilan," katanya.

Menurutnya, dalam kejadian sama, lima bot fiber yang diletakkan di pengkalan itu turut dipotong tali penambatnya.

"Mujur semasa kejadian air surut dan bot tidak boleh digerakkan, jika tidak pasti ramai nelayan yang akan menanggung kerugian memandangkan bot berkenaan setiap satu mencecah RM7000.

"Walau bagaimanapun, dalam kejadian sama di sebuah lagi pengkalan berhampiran, sebuah bot berjaya dilarikan dipercayai dilakukan penjenayah sama sementara satu lagi bot milik seorang nelayan wanita tidak sempat dilarikan setelah kegiatan mereka disedari penduduk," katanya.

Malah katanya, kegiatan curi seumpama ini memang sudah sering berlaku di pengkalan nelayan perairan Port Dickson dan semakin menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini.

"DAHULU, SEKITAR PERAIRAN PASIR PANJANG MENDAPAT KAWALAN DARIPADA TENTERA, NAMUN SELEPAS KAWALAN TERSEBUT DIHENTIKAN, PENCURI SEMAKIN BERANI NAIK KE DARAT.

"Sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, pasti akan ada nelayan yang menjadi mangsa curi. Bukannya mereka tidak mengadakan kawalan, tetapi penjenayah dilihat seperti mampu menghidu pergerakan kawalan yang dilakukan sehingga membolehkan mereka melakukan kegiatan jenayah ini dengan berleluasa," katanya.

Dalam kejadian sama, seorang lagi nelayan, Mahat Musa, 37, turut mengalami kerugian apabila enjin botnya yang disimpan bersebelahan enjin bot Mohd Zainal turut dikebas.

"Nelayan adalah punca pendapatan utama untuk menanggung tiga anak yang bersekolah termasuk seorang yang baru berusia setahun," katanya yang turut menanggung rugi mencecah RM5800 atas kehilangan bot Yamaha 15 kuasa kuda.

Mahat berkata, enjin botnya diletakkan bersebelahan dengan enjin milik Mohd Zainal dan sebuah lagi enjin milik rakan saya.

"Tetapi pencuri tidak sempat melarikan enjin ketiga, namun mangga dan rantai berjaya dibuka pencuri itu," katanya lagi yang telah membuat laporan dibuat di Balai Polis Pasir Panjang pada hari kejadian tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9240235.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved