Rabu, 27 Julai 2011

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Nagari Nan Tuo: Kepenatan 2...................

Posted: 08 Jul 2011 03:22 AM PDT

Isnin, 27 Jun, jam 9 pagi, saya bersama rakan-rakan dari Muzium Adat meneruskan penyelidikan kami mengenai masyarakat Bugis di Linggi di mana kami berkumpul di Muzium Negeri. Kebiasaannya kami akan membuat panggilan telefon atau temu janji sebelum berjumpa responden namun pada hari tersebut kami tidak membuat sebarang temu janji. Ini adalah kerana kesuntukan waktu untuk membuat temu janji. 

Lokasi pertama yang kami tujui ialah rumah bekas Dato' Syahnbandar Sungai Ujong, Dato' Shaari bin Hassan di Kampung Belangkan. Malangnya beliau telah keluar kerana ada urusan kerja di mana kami terlewat lima minit. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan menuju ke rumah emak saudara saya bagi mendapatkan maklumat mengenai Linggi. Kami mendapatkan senarai individu yang boleh ditemubual. Saya sempat mengambil gambar peralatan yang sering digunakan oleh masyarakat Linggi iaitu 'capah'. Capah digunakan di dalam penyediaan pulut kuning, memerah santan dan lain-lain. Ia mempunyai tiga saiz yang berbeza iaitu besar, sederhana dan kecil.

Capah bersaiz kecil

Kami meneruskan perjalanan ke rumah Imam Masjid Linggi. Kami diberitahu bahawa imam tiada di rumah kerana ke pasar. Kami mengambil keputusan ke rumah Imam Masjid Kampung Permatang Pasir dan Imam Masjid Kampung Pengkalan Dian...........Nama sebenarnya kampung ini ialah Pengkalan Dian bukan Pengkalan Durian. Dian membawa maksud pelita, lilin atau lampu. Saya kurang faham kenapa ia menjadi Pengkalan Durian. Mungkin pihak yang berkenaan beranggapan dian bermaksud durian. Memang panggilan durian bagi penduduk Negeri Sembilan ialah dian tetapi bagi kampung ini adalah kurang tepat........kampung ini merupakan pengkalan yang penuh dengan cahaya pelita dan jamung pada waktu malam ketika Linggi menjadi pelabuhan pada zaman kegemilangannya.

Malangnya, kedua-dua imam tidak ada di rumah kerana ada urusan kerja di Port Dickson. Seterusnya, kami menuju pula ke rumah Ketua Kampung Linggi di Rumah Rakyat Linggi. Kami dapati beliau juga tiada di rumah. Selepas berbincang, kami mengambil keputusan untuk ke rumah Imam Masjid Kampung Linggi semula dengan harapan beliau telah balik dari pasar. Alhamdulillah, beliau ada di rumah dan kedatangan kami memang dinantikan. 

Banyak maklumat yang kami perolehi di dalam temu bual dengan imam. Sejarah Linggi, kedudukan Linggi di Negeri Sembilan, adat dan budaya Linggi dan lain-lain. Imam Mustapa merupakan bekas British Army di mana beliau begitu bersemangat menceritakan peperangan ketika Tanah Melayu dijajah oleh Jepun dan juga keadaan zaman darurat. Beliau memaklumkan bahawa salah seorang pegawai tentera Melayu yang dibunuh oleh Jepun kerana mempertahankan prinsip ialah Kapten Yazid Ahmad. Kapten Yazid Ahmad merupakan anak kelahiran Linggi. Mereka diberi pilihan sama ada menyertai pasukan tentera Jepun atau menanggalkan pakaian tentera dan pangkat dan pulang ke kampung. Kesemuanya menolak kedua-dua pilihan yang diberikan oleh Jepun maka mereka telah dibunuh. Rupa-rupanya ramai pemuda Linggi yang menjadi askar ketika zaman penjajahan Jepun dan zaman darurat di mana ada yang terkorban dan ada yang terselamat.

Mungkin ada yang bertanya apa kaitan cerita tersebut dengan adat dan budaya masyarakat Linggi. Memang ada perkatiannya dari segi kehidupan dan latar belakang asal usul orang Linggi itu sendiri. Insya Allah, ia akan dikupas di dalam penyelidikan kami mengenai 'Adat dan Budaya Masyarakat Bugis Linggi di Negeri Sembilan'. Apa perkaitannya dengan Rembau, Naning dan Sungai Ujong, bagaimana corak pemerintahannya di dalam institusi Adat perpatih dan juga adat yang diamalkan oleh masyarakat Linggi.

Temubual

Bentuk rumah di Linggi

 Bentuk rumah di Linggi

__________________________________

P/S : 

haghi ni tak do komen.... sobab ponek....ni duk lam utan..ado kojo skit...nasib baik line internet ando.....bulih juo ngomeh an blog nie....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads