ads

Sabtu, 9 Julai 2011

05 di kuala pilah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Pesta Persukuan Adat Perpatih 2011 <b>Di Kuala Pilah</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 08 Jul 2011 04:04 AM PDT

SEREMBAN – Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bersempena Pesta Persukuan Adat Perpatih 2011 pada 16 hingga 17 Julai ini di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan berkata, antara aktiviti yang akan diadakan termasuk majlis syarahan Negeri Sembilan, forum adat, persembahan adat perkahwinan Orang Asli.

"Turut diadakan adalah demostrasi peralatan adat, pameran daripada luak-luak, demonstrasi dan pertandingan masakan, pameran jabatan serta demonstrasi permainan tradisional.

"Selain itu turut diadakan pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan membaca tromba dan pertandingan Bongai antara sekolah serta persembahan kesenian tradisional Negeri Sembilan," katanya di sini hari ini.

Mat Ali yang juga Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan berkata, Pesta Persukuan Adat Perpatih 2011 antara lain bertujuan menonjolkan keseluruhan budaya Adat Perpatih kepada masyarakat umum.

Tambahnya, pesta itu juga bertujuan memartabatkan dan memperkasakan budaya Adat Perpatih di Negeri Sembilan sekali gus mampu mengekalkan budaya Adat Perpatih di negeri ini.

Jelasnya, penganjuran program seumpama itu dilihat dapat menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, katanya, penganjuran pesta tersebut pada tahun ini memberi ruang kepada masyarakat bukan Melayu termasuk Cina, India dan Orang Asli untuk mempamerkan keunikan budaya masing-masing sejajar dengan konsep 1Malaysia.

"Buat pertama kalinya juga pada tahun ini pesta ini akan memperkenalkan lagu tema Adat Perpatih," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved