Selasa, 14 Jun 2011

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Tampin</b>, Jempol dan Port Dickson Rabu ini <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2011 08:02 PM PDT

Beberapa kawasan di daerah Tampin, Jempol dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam mulai 8 pagi pada Rabu ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata kawasan terlibat di daerah Tampin ialah pekan Tampin, Taman Indah, Taman Clonlee, Taman Mutiara, Taman Bukit Ria, Jalan Seremban-Tampin, pekan Gemencheh, Kampung Gedok, Kampung Sri Asahan, Gemencheh Lama, Kampung Sungai Jernih, Kampung Ulu Rokan dan Felda Bukit Rokan.

Selain itu, Felda Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, pekan Gemas dan kawasan sekitar, Taman Morris, Taman Desa Bakti, Taman Desa Permai Gemas, KTM Gemas,Taman Sungai Gemas, Rumah Rakyat Gemas, Kampung Tiong, Kampung Tionf Tambahan,Kampung Bukit Masjid, Kampung Londah, Kampung Bangkahulu, Kampung Bintangor,Kampung Ulu Ladang, Kampung Ladang, Kem Gemas, Nasional Feedlot Gemas, FeldaBukit Jalur, Air Kuning dan kawasan sekitar serta Kampung Mantai.

Di daerah Jempol pula melibatkan kawasan Felda Palong 2 hingga 11 (KompleksPalong) manakala daerah Port Dickson ialah seluruh kawasan Sunggala, seluruh kawasan Taman Negeri, Desa Permai, Kuala Lukut, seluruh pekan Lukut, seluruh kawasan Teluk Kemang, seluruh kawasan Jalan Pantai dan pekan Bukit Pelandok.

Azlan berkata gangguan di daerah Tampin dan Jempol kerana kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam air berjadual manakala di daerah Port Dickson berikutan kerja-kerja penggantian paip dan injap.

Katanya bekalan air dijangka pulih secara beransur-ansur pada 8 malam hari tersebut, tetapi beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Katanya pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna.

Para pengguna yang memerlukan bantuan diminta menghubungi talian bebas tol1-800-88-6982.

– Bernama

Related article

KomunitiKini

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads