Ahad, 26 Jun 2011

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


11 premis makanan <b>di Port Dickson</b> diarah tutup sementara kerana <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2011 12:00 AM PDT

No of View :171

Sebanyak 11 premis makanan di Port Dickson, di sini diarah tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana tidak mengikut tahap kebersihan dan keselamatan makanan ditetapkan.

Tindakan itu diambil dalam operasi yang dijalankan minggu lalu, yang menyaksikan 18 premis makanan di daerah itu diperiksa dan dinilai tahap kebersihannya.Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Zailan Adnan, berkata daripada 18 premis yang diperiksa, 14 diarah tutup sementara mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana pelbagai kesalahan.

Katanya, ia termasuk tahap kebersihan dan sanitasi makanan rendah, pengendali makanan tidak mendapat suntikan pencegahan penyakit tifoid, tidak memakai apron dan penutup kepala, perkakas dan peralatan memasak tidak bersih, tiada kemudahan tempat mencuci pinggan, keadaan premis kotor serta tiada tempat pembuangan sampah yang sempurna.

"Sehubungan itu, semua pengusaha premis yang terbabit sudah diarah untuk meningkatkan tahap kebersihan premis masing-masing," katanya di sini.

Dr Zailan berkata, tujuan utama operasi itu dijalankan bagi memastikan setiap pengusaha kedai makan mematuhi peruntukan mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Selain itu, katanya, jabatan kesihatan juga mahu memberi penekanan dan pendidikan terhadap pemakaian apron, tudung atau topi dan cara pembuangan sampah yang teratur dan bersih.

Related posts:

  1. 4 Kedai makan di Jalan Masjid India diarah tutup kerana kotor
  2. 60 jenis makanan sihat akan dijual dikantin sekolah
  3. 15 Jenis makanan yang dilarang jual di kantin sekolah
  4. Tua tidak semestinya tidak sihat
  5. Makanan yang dilarang jual di kantin sekolah
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads