ads

Rabu, 29 Jun 2011

05 di linggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


Kemalangan Maut <b>Di</b> Plaza Tol Pedas-<b>Linggi</b>, Negeri Sembilan <b>...</b>

Posted: 28 Jun 2011 09:29 PM PDT

Salam dari hati.....Kemalangan Maut Di Kilometer 231 Plaza Tol Pedas-Linggi, Negeri Sembilan

Malang tidak berbau kepada seorang lelaki yang maut kemalangan di kilometer 231 Plaza Tol Pedas-Linggi Negeri Sembilan kira-kira jam 3.30 pagi. Lelaki tersebut dikenali sebagai Hassan Ahmad Supadi, 39, cedera parah dikepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. Kemalangan itu melibatkan sebuah van yang dipandu Hassan Ahmad Supadi dengan sebuah treler yang sarat dengan kayu gergaji. Pemandu treler, P. Raja, 52, dan kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Sekadar Hiasan

Kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan menuju ke utara tanah air. Dalam kejadian itu van tersebut merempuh belakang treler terbabit, akibatnya van itu terperosok di belakang treler mengakibatkan mangsa, Hassan Ahmad Supadi tersepit di bawahnya. Enam anggota bomba dari Balai Bomba Rembau dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa nahas.

Kepada semua diingatkan supaya berhati-hati dijalan raya. Terlalu banyak kejadian seumpama ini berlaku kini. Bersama-samalah kita berganding bahu untuk mengurangkan kadar kemalangan maut negara. Ingatlah orang tersayang. Cegah sebelum parah. Wassalam.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved