Sabtu, 11 Jun 2011

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


DUNIA ITU: 3 maut kemalangan babit 9 kenderaan <b>di</b> Jalan Mahsan-<b>Bahau</b>

Posted: 10 May 2011 06:23 AM PDT

BAHAU — Tiga lelaki terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga lori, tiga kereta dan tiga motosikal di simpang tiga berhampiran lampu isyarat Jalan Bahau-Mahsan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt. Mohd. Sabri Muhamad berkata, mereka yang mati di tempat kejadian ialah pemandu treler Abdul Halim Omar, 33, dan kelindannya, Nordin Amat, 45, kedua-duanya dari Labis, Johor, serta penunggang motosikal, seorang pelajar Kolej Komuniti Jempol, Muhammad Izwan Noorazman, 20, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur.

"Mayat mereka dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd. Sabri berkata, dalam kejadian pada 11.20 pagi tadi, sebuah treler yang sarat dengan muatan kayu getah tiba-tiba merempuh dua buah lori kosong, tiga kereta, tiga motosikal dan sebuah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat itu kerana lampu merah.

Katanya akibat rempuhan itu, Abdul Halim dan Nordin yang tersepit dalam treler yang dinaiki mereka mati di tempat kejadian manakala Muhammad Izwan terperosok di bawah treler itu.

"Kemalangan itu dipercayai berpunca apabila pemandu treler berkenaan yang menurun jalan bukit di situ tidak dapat mengawal kenderaannya lalu merempuh semua kenderaan itu yang sedang berhenti di lampu isyarat tersebut," kata Mohd. Sabri.

Katanya, lima orang yang cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Mereka terdiri Mohd Afiq Ghazali, 21, Muhd Faiz Mohd Nasaruddin, 26, dan Mohd Haidir Nordin, 20, kesemuanya dari Kolej Komuniti Jempol, serta Ariffin Ahmad, 50, dan Loh Kim Hoon, 34. — Bernama

10 Mei 2011

Ucapan terakhir anak


JEMPOL: "Sempena Hari Ibu baru-baru ini, dia anak pertama memberi ucapan kepada saya dan itu juga kali terakhir saya bercakap dengannya," kata Rosni Abdul Samad, 50, ibu Muhammad Izwan Noorazman, 20, seorang daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di sini, semalam.

Rosni berkata, Allahyarham yang juga pelajar Kolej Komuniti Jempol menyampaikan ucapan Hari Ibu sehari lebih awal iaitu pada Sabtu lalu ketika menghubunginya melalui telefon.

TRAGEDI...kenderaan yang terbabit kemalangan di Jalan Mahsan-Bahau, semalam.


"I love you, I miss you (saya cinta dan saya rindu pada ibu). Itu antara kata-katanya ketika menelefon saya," kata ibu kepada enam anak itu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jempol, di sini, semalam.

Selain Muhammad Izwan, dua lagi yang terbunuh dalam kemalangan pada jam 11.20 pagi di Jalan Mahsan-Bahau itu ialah pemandu treler yang sarat dengan kayu getah, Abd Halim Omar, 33, serta kelindannya, Nordin Amat, 45.

Kejadian berlaku apabila treler dipandu Abd Halim yang dalam perjalanan menuju Bahau gagal dikawal ketika menuruni bukit lalu melanggar sembilan kenderaan lain iaitu dua lori, tiga kereta, tiga motosikal dan sebuah pacuan empat roda Perodua Kembara.

CEDERA...seorang mangsa dibawah treler.

REMUK...kenderaan yang terbabit kemalangan.

BANTU...orang ramai membantu mangsa di tempat kejadian.

TUTUP...mangsa yang maut.

PARAH...mangsa yang parah dibawa ke Hospital Jempul.

MUHD FAIZ...cedera


myMetro
11 Mei 2011

Tiga maut treler terbabas

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Abd. Halim yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Mahsan-Bahau, Jempol semalam.


JEMPOL - Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan sepuluh buah kenderaan di Kilometer 1 Jalan Mahsan-Bahau di sini semalam.

Kenderaan yang terlibat ialah sebuah treler 21 tan, Proton Iswara, dua buah lori, Perodua Kembara, dua buah motosikal, Proton Wira, Proton Waja dan Toyota Avanza.

Kejadian pukul 11.20 pagi itu mengakibatkan pemandu treler, Abd. Halim Omar, 33, dan kelindannya, Nordin Ahmad, 45, maut di tempat kejadian selepas tersepit di dalam treler. Turut maut ialah pelajar Kolej Komuniti Jempol, Muhammad Izwan Noor Azman, 20, yang menunggang sebuah motosikal Yamaha Lagenda. Mayatnya terperosok di bawah perut treler.

Mereka yang cedera pula ialah Mohd. Afiq Ghazali, 21; Mohd. Faiz Mohd. Nasarudin, 26; Mohd. Haidir Nordin, 20; Loh Kim Hoon, 34, dan Mohd. Ariffin Amat, 50.

Kosmo
11 Mei 2011

Sempat ucap Selamat Hari Ibu

Abd Halim Omar (kiri) dan Muhammad Izwan Noorazman.


Pelajar kolej antara tiga maut dalam nahas 10 kenderaan di Bahau

BAHAU: Seorang pelajar Kolej Komuniti Jempol yang maut bersama dua orang lain dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di simpang tiga Jalan Mahsan-Bahau di sini, semalam, sempat menelefon ibunya Sabtu lalu, untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi semalam, Muhammad Izwan Noorazaman, 20; pemandu sebuah treler, Abd Halim Omar, 33, dan kelindannya, Nordin Amat, 45, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Muhammad Izwan yang menunggang motosikal, terperosok di bawah treler, manakala pemandu dan kelindannya tersepit di tempat duduk masing-masing.

Lima mangsa yang parah pula adalah tiga pelajar kolej sama yang menunggang dan membonceng motosikal, iaitu Mohd Afiq Ghazali, 21; Muhd Faiz Muhammad Nasaruddin, 26, dan Mohd Haidir Nordin, 20. Dua lagi adalah penunggang motosikal, Loh Kim Hoon dan pemandu kereta, Ariffin Ahmad.

Ibu Muhammad Izwan, Rosni Abdul Samad, 50, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur, berkata anaknya yang kini di tahun akhir Sijil Kejuruteraan Elektrik sempat menelefon mengucapkan Selamat Hari Ibu, tengah malam Sabtu lalu.

"Dia ucapkan Selamat Hari Ibu, I love you (saya sayang ibu) dan I miss you (saya rindu ibu). Dia anak pertama memberi ucapan itu tahun ini dan lebih menyedihkan, itu kali terakhir saya bercakap dengannya," katanya yang tiba di Hospital Jempol dekat sini bersama bapa mangsa, Noorazman Ahmad, 53.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Mohammad, berkata siasatan awal mendapati treler dipercayai membawa muatan kayu getah yang menuruni bukit, hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

"Treler itu merempuh dua lori tanpa muatan, empat kereta dan tiga motosikal sebelum berhenti di tengah jalan. Akibat rempuhan itu, pemandu dan kelindan yang tersepit serta seorang penunggang motosikal yang terperosok di bawah treler, mati di tempat kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di sini, semalam.

Rakan Muhammad Izwan, Nor Faizal Mayusran, 20, yang kebetulan berada di kedai motosikal berhampiran tempat kejadian mendakwa treler terbabit melanggar beberapa kenderaan sebelum merempuh sekumpulan rakannya yang dalam perjalanan ke Bahau untuk membeli rojak.

"Saya tergamam kerana empat penunggang dan pembonceng motosikal itu rakan saya. Saya melihat Muhammad Izwan bersama motosikalnya terperosok di bawah treler dalam keadaan berlumuran darah, badannya menggigil sebelum terdiam dan berhenti bergerak," katanya.

Berita Harian
11 Mei 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads