Selasa, 5 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 05 Apr 2011 11:38 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Berkat segulung benang

Posted:

Berkat segulung benang

Berkat segulung benang

Oleh RAJA JAAFAR ALI
rencana@kosmo.com.my


BUSANA pengantin berasaskan kain songket dan renda Perancis yang ditawarkan di butik Imma.


BERMULA dari duit 50 sen bagi membeli segulung benang, seorang pengusaha andaman berjaya membuka sebuah butik perkahwinan hasil duit titik peluhnya.

Siti Armah Md. Shahri, 36, atau lebih mesra dengan nama Imma berkata, bermula menjahit secara kecil-kecilan dia akhirnya berjaya membuktikan bahawa wanita sepertinya mampu membina perniagaan yang diberi nama Andaman dan Koleksi Imma.

Butik yang berpangkalan di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor itu baru saja dilancarkan pada 31 Disember lalu.

"Saya mula belajar menjahit sejak daripada anak dara lagi kerana saya minat dengan jahitan, tapi tak terfikir untuk membuka butik andaman," kata ibu kepada empat orang anak itu.

Menurutnya, bagi memantapkan lagi hasil jahitan, dia sanggup mengambil kursus jahitan di Politeknik Johor Bahru selama enam bulan demi mencapai cita-citanya menjadi seorang usahawan muda.


SITI ARMAH (kiri) menunjukkan koleksi pakaian pengantin yang dihasilkan dalam pelbagai potongan dan warna.


Berkat ketekunan dan usaha yang berterusan, Siti Armah anak kelahiran Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi itu membuktikan dirinya mampu membuka sebuah butik idamannya.

Siti Armah berkata, kedainya bukan sekadar butik tetapi turut menjalankan pelbagai perkhidmatan berkaitan pertunangan dan perkahwinan.

Dia yang mendapat galakan daripada suaminya Othman Sabran, 43, berkata, orang ramai terutama bakal pengantin tidak perlu pening kepala apabila hendak melangsungkan perkahwinan kerana semuanya ada di sana.

Menurut Imma, butik andamannya turut menyediakan perkhidmatan andaman pengantin, gubahan hantaran, video dan fotografi, kanopi, sistem pembesar suara, DJ serta kompang.

Turut disediakan di koleksi Imma ialah tarian zapin, katering, jahitan pakaian, kelas jahitan dan sulaman.

"Semuanya ada di butik saya," jelasnya.


SELAIN pakaian dan kanopi butik Imma turut menyediakan perkhidmatan pelamin.


Terdapat beberapa pakej istimewa sempena pembukaan butik andaman itu, antaranya pakej bertunang RM500 yang menyediakan baju bertunang perempuan, pelamin mini dan solekan.

Bagi pakej yang berharga RM600 pula, pihak perempuan akan disedikan sepasang baju persandingan, solekan, dandanan rambut atau tudung, bunga tangan, payung pengantin dan aksesori tanpa pelamin.

Sementara itu, bagi pakej perkahwinan pula disediakan pakej istimewa iaitu bermula dari RM2,000 hingga RM3,500 dan pakej dewan berharga RM4,500 hingga RM5,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bergelap demi mesej murni

Posted:

Bergelap demi mesej murni

Bergelap demi mesej murni

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


PERSEMBAHAN hiburan oleh Tugu Drum Circle dan beberapa artis tempatan lain telah sama-sama memeriahkan acara bergelap di ibu negara 26 Mac lalu.


KEPEKATAN langit malam dan kerdipan bintang-bintang menemani ratusan sang pencinta alam di Forest in the City, Rooftop Garden, pusat beli-belah Lot 10, Kuala Lumpur pada 26 Mac lalu.

Kehadiran pencinta alam itu secara beramai-ramai di bumbung bangunan itu adalah untuk menyahut seruan kempen Earth Hour 2011 anjuran YTL Corporation dalam usaha mengurangkan fenomena pemanasan global.

Tatkala jarum jam menunjukkan pukul 8.30 malam, suasana di sekitarnya yang sebelum itu terang-benderang berubah wajah menjadi gelap-gelita. Ia menunjukkan sokongan padu pencinta alam itu terhadap kempen Earth Hour.

Mereka tidak mahu ketinggalan bersama jutaan masyarakat dunia dan tempatan dalam merealisasikan impian kempen Earth Hour yang antara lain berusaha mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida tahunan sebanyak lima peratus, sekali gus mengawal fenomena pemanasan global.

Kempen yang mula digerakkan oleh Tabung Hidupan Liar (WWF) Australia itu telah dilaksanakan buat pertama kali melibatkan hanya bandar raya Sydney, Australia pada Mac 2007. Ia seterusnya mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dunia sehingga hari ini.

Naib Presiden YTL Hotels dan YTL Land, Joseph Yeoh berkata, terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan tujuan dan hasil kempen Earth Hour.

"Ada yang mendakwa sambutan yang dilakukan sempena Earth Hour akan menyebabkan lebih banyak pencemaran udara dan pengeluaran karbon dioksida sekali gus bertentangan dengan semangat kempen ini.

"Bagaimanapun, hakikatnya apabila kita bersatu bersama berbilion penduduk global, kami percaya kepentingan Earth Hour terletak pada mesejnya iaitu untuk menunjukkan setiap individu mempunyai kuasa untuk mengubah dan secara bersatu dapat melakukan perubahan," katanya.

Dalam kempen Earth Hour tersebut, orang ramai turut menyalakan lilin sambil dihiburkan kumpulan Tugu Drum Circle dan beberapa artis tempatan seperti Reza Salleh, Narmi serta Diandra Arjunaidi.

Usaha YTL dalam melindungi alam sekitar telah berkembang sejak sedekad lalu termasuk memberi dana kepada kumpulan pemuliharaan alam sekitar, menyokong penyelidikan dan pembangunan untuk teknologi hijau dan banyak lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 05 Apr 2011 09:21 AM PDT

Utusan Online - Johor


Pokok membahayakan

Posted:

Pokok membahayakan

Pokok membahayakan


Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru yang menjadikan pokok kelapa sebagai landskap jalanan di bawah lebuh raya bertingkat Jalan Skudai, Taman Perling, Jalan Pasir Gudang dan Johor Bahru, baru baru ini. – utusan/ Nasirruddin Yazid


Sebagai warga bandar raya ini, saya berasakan usaha Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengindahkan persimpangan bertingkat Lebuhraya Skudai-Taman Perling-Pasir Gudang dengan menanam kira-kira 220 pohon kelapa gading tidak sesuai dan tidak praktikal.

Ini kerana pokok kelapa berkenaan yang kini tingginya sudah mencecah kira-kira tiga meter boleh meninggi sehingga melebihi 10 meter dan keadaan ini, jika dibiarkan akan menyebabkan pohon kelapa itu boleh condong menghala ke jalan raya.

Keadaan itu membahayakan para pengguna jalan raya termasuk kereta, lori, bas dan motosikal yang mana jalan berkenaan merupakan jalan utama dan sering sibuk, khasnya pada waktu puncak.

Apabila pohon kelapa berkenaan condong ke jalan raya, dahan kelapa tersebut boleh menghalang dan mengganggu pemandangan para pengguna.

Lebih membahayakan apabila pokok itu menghasilkan buah, sudah pasti ia akan gugur pada bila-bila masa ke jalan raya dan sudah pasti mengundang pelbagai bencana kepada orang awam.

Begitu juga dengan kewujudan besi penyeri yang berlambangkan pohon lada hitam juga satu pembaziran kerana ia tidak berfungsi apa-apa dan lama kelamaan besi berkenaan menjadi lusuh dan berkarat.

Sehubungan itu, MBJB sewajarnya mengambil perhatian berhubung projek landskap persimpangan bertingkat itu yang melibatkan kos kira-kira RM1.2 juta.

Untuk itu saya mencadangkan agar pohon kelapa berkenaan digantikan dengan pepohon rendang seperti pokok bunga tanjung, kenanga dan melor.

Manakala besi penyeri yang berlambangkan pohon lada hitam boleh digantikan dengan pergola bagi menyokong pokok lada hitam yang menjalar di pergola tersebut.

Warga MBJB Berprestasi Tinggi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjual ayam tipu timbang

Posted:

Penjual ayam tipu timbang

Penjual ayam tipu timbang

Rabu lalu seperti biasa saya bersama keluarga membeli beberapa kilogram (kg) ayam di sebuah pasar raya yang baru dibuka pada tahun lalu di Masai, Pasir Gudang, Johor.

Sebagai peniaga runcit, saya membeli dengan jumlah agak banyak iaitu 6kg kerana harganya murah iaitu RM5.80 untuk sekilogram berbanding biasa iaitu RM6.80.

Bagaimanapun, apabila balik ke rumah dan menimbang semula ayam yang dibeli dengan menggunakan alat timbang di kedai saya, beratnya hanya 5kg dan tidak sampai 6kg.

Sebenarnya ini adalah kali ketiga saya 'terkena' dengan peniaga ayam di pasar raya itu, sebelum ini pernah mengalami pengalaman yang sama dengan dua peniaga ayam berlainan.

Pada mulanya saya berpendapat alat timbang peniaga itu kurang baik tetapi selepas tiga kali berturut-turut mengalaminya, saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Saya berpendapat pihak peniaga berkenaan bersekongkol dengan pengusaha pasar raya itu dengan meletakkan harga murah tetapi menipu dengan cara demikian.

Melihatkan keadaan ini, saya percaya mungkin banyak cara lain digunakan untuk memperdaya pelanggan tanpa kita sedari.

Sehubungan itu, saya meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera mengenai perbuatan tersebut dan tidak melindungi sesiapa pun dalam hal ini.

Apa yang menyedihkan, semua ayam itu dibeli di kedai peniaga Melayu dan adakah mereka tidak berasa bersalah memperoleh rezeki haram dengan menipu pelanggannya?

Pasar raya tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai di sekitar Masai, Pasir Gudang, Seri Alam dan kawasan sekitarnya.

ABDUL LATIF SHARIP, PASIR GUDANG.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 05 Apr 2011 03:30 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


ED simptom awal sakit jantung

Posted:

ED simptom awal sakit jantung

ED simptom awal sakit jantung

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN


Angel Choi (kiri) dan Tara Zewar melancarkan kempen Make A Stand di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MATI pucuk atau istilah perubatannya dysfunctional erection (ED) keadaan di mana seseorang lelaki tidak mampu dan sukar mencapai atau mempertahankan ejakulasi dalam tempoh lama.

Keadaan itu menyebabkan mereka tidak puas dan tertekan dengan kehidupan seksual.

Laporan terkini yang dikeluarkan Pfizer menunjukkan lebih 150 juta lelaki di seluruh dunia mengalami ED.

Jumlah itu mampu bertambah dua kali ganda menjelang 2025.

Manakala di Asia, bilangannya dijangka mencecah kira-kira 200 juta lelaki pada tahun sama.

Di Malaysia pula, kaji selidik Kesihatan Seksual dan Kesihatan Keseluruhan Asia Pasifik (AP SHOW) yang turut dijalankan Pfizer membuktikan 62 peratus lelaki tidak berpuas hati dengan kehidupan seksual.

Sementara 40 peratus lagi mengalami ketegangan separuh matang atau suboptimal erction.

Pengarah Perubatan Pfizer, Dr. Vicknesh Wellupillai berkata, ED adalah simptom awal bagi penyakit kardiovaskular dan lazimnya ia berlaku seiring dengan kencing manis, hipertensi, kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

Justeru tegasnya, ia perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelak bertukar menjadi penyakit kardiovaskular dalam jangkamasa kira-kira tiga tahun.

Bagaimanapun, jelasnya, kebanyakan penghidap ED tidak mendapatkan khidmat nasihat pakar atau mendapatkan rawatan. Mereka membiarkan masalah itu berlaku kerana kebimbangan dari segi psikologi.

Menurut Vicknesh, menyedari hakikat itu dan bahaya ED, Pfizer Malaysia dan pusat gimnasium, Celebrity Fitness bekerjasama menganjurkan kempen Make A Stand bertujuan memberi kesedaran serta pendedahan mengenai ED.

Katanya, melalui kempen itu, golongan lelaki akan ditawarkan maklumat terperinci berhubung ED, cara mengesannya lebih awal dan keperluan mendapatkan nasihat doktor jika mengalami gejala berkenaan atau suboptimal erection.

Vicknesh memberitahu, Make A Stand akan diadakan di cawangan terpilih Celebrity Fitness di seluruh negara.

Proses pemeriksaan dan khidmat nasihat akan dilakukan dalam bilik persalinan lelaki pusat kecergasan tersebut serta dilengkapi modul yang mudah difahami peserta.

"Kempen ini dianjurkan secara tertutup di bilik persalinan bagi menggalakkan seseorang yang mempunyai gejala ED lebih terbuka dan tidak segan berbincang dengan pakar yang mengendalikannya.

"Selain itu, keadaan tertutup ini membolehkan peserta membezakan peringkat ereksi berlainan melalui ujian sentuhan mudah yang akan menunjukkan di mana kedudukan mereka di dalam Skor Kesukaran Ereksi (EHS).

"Ujian EHS adalah kaedah mudah dan mampu mengukur secara tepat tahap ketegangan dengan skala satu hingga empat bagi memudahkan penentuan jenis rawatan atau senaman yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Kempen Make A Stand di Celebrity Fitness, Bangsar Village II, Bangsar, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Pfizer Malaysia, Angel Choi dan Pengurus Pilates Celebrity Fitness Malaysia, Tara Zewar.

Pada masa sama, Vicknesh mengatakan, Pfizer berminat menganjurkan Make A Stand kerana ia sejajar matlamat penubuhannya untuk sentiasa menggalakkan kesihatan di kalangan masyarakat di negara ini.

Kerjasama melalui kempen itu juga mampu menyedarkan lelaki mengenai keperluan dan kebaikan mengetahui tahap kesihatan seksual diri sendiri.

Sementara itu, Tara berkata, rutin senaman yang konsisten bukan sahaja mampu membantu mengurangkan berat dan tekanan darah tetapi juga menyihatkan jantung.

"Di kalangan lelaki, senaman juga mempu mengurangkan risiko komplikasi apa sahaja penyakit yang mana puncanya dikaitkan dengan kehidupan tidak aktif," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keselesaan pesakit diutamakan

Posted:

Keselesaan pesakit diutamakan

Keselesaan pesakit diutamakan

Oleh SITI AISHAH YUSOFF


IHeal Medical Centre menggunakan peralatan berteknologi tinggi.


MENJAGA kesihatan tubuh badan supaya terhindar daripada penyakit berbahaya merupakan tanggungjawab setiap individu.

Hal yang sama turut ditekankan oleh IHeal Medical Centre yang sejak penubuhannya mendukung konsep setiap insan bertanggungjawab terhadap menjaga sendiri kesihatan mereka.

Pusat perubatan yang mula beopersi kira-kira setahun lalu, menawarkan pelbagai pakej rawatan kesihatan dan pencegahan yang berkonsepkan suasana keselesaan seperti spa dan rumah.

Kelainan ini pasti dirasai kerana seawal kaki melangkah di pintu masuk, tiada bau ubat-ubatan yang mencucuk hidung seperti yang seringkali kita rasai ketika berkunjung di pusat rawatan kesihatan lain.

Pelanggan juga akan dapat melihat konsep susunan dan reka bentuk dalaman yang menjanjikan kelainan daripada pusat-pusat rawatan lain yang terdapat di Malaysia.

Pengasas IHeal Medical Centre, Dr. David Khoo Sin Keat, menjelaskan idea penubuhan pusat kesihatan ini adalah berdasarkan beberapa aspek penting yang dapat memberikan kemudahan kepada para pesakit.

"Penubuhan pusat kesihatan di tengah-tengah kota metropolitan ini sangat bersesuaian kerana tempat ini merupakan kawasan tumpuan orang ramai di samping penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi.

"Ini juga merupakan satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan di rantau Asia," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa fokus utama penubuhan pusat kesihatan ini iaitu perubatan pencegahan, perubatan pemulihan dan perubatan genetik .

Selain itu, terdapat lima bidang rawatan yang ditawarkan iaitu, pusat jantung dan paru-paru, rawatan penyakit usus, klinik rawatan penyakit hidung, telinga, tekak, alahan dan masalah dengkuran, pusat kecantikan kulit dan pembedahan plastik.

Jelas Dr. Sin Keat, terdapat dua pakej menarik yang ditawarkan kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan iaitu ujian saringan untuk menentukan penyakit jantung dan kanser, berserta pakej untuk menentukan risiko penyakit kanser.

Beliau juga menjelaskan keistimewaan IHeal Medical Centre adalah berdasarkan kepada aspek perkhidmatan kepada pelanggan, penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi dan kemudahan rawatan yang disediakan.

"Alat pengimbasan berteknologi (CT) tinggi merupakan yang pertama digunakan di Malaysia oleh IHeal Medical Centre," katanya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai IHeal Medical Centre yang terletak di tingkat 7 dan Midvelley ini bolehlah melayari www.Iheal Medical Centre.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 04 Apr 2011 11:09 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Pelajar disaran kuasai bahasa Jepun

Posted:

Pelajar disaran kuasai bahasa Jepun

Pelajar disaran kuasai bahasa Jepun

PUTRAJAYA 4 April - Para pelajar sekolah menengah disaran mengambil kesempatan menguasai bahasa Jepun sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit itu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, sehingga kini terdapat 51 sekolah berasrama penuh (SBP) dan 40 buah sekolah menengah harian yang menawarkan mata pelajaran bahasa Jepun.

"Bagi mengukuhkan lagi penguasaan pelajar, 120 guru bahasa Jepun telah disediakan untuk mengajar di SBP dan sekolah menengah harian yang terpilih.

"Untuk menilai tahap pencapaian murid, peperiksaan pencapaian di bawah pengelolaan Bahagian Perkembangan Kurikulum akan diadakan bagi pelajar tingkatan empat," katanya ketika berucap pada Majlis penyerahan Cek Perolehan Peralatan Pengajaran Bahasa Jepun di Sekolah-Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu Abd. Ghafar menerima replika cek bernilai RM40,000 daripada Pengarah Yayasan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Jepun Malaysia (JACTIM), Kenji Kojima bagi menanggung kos pembiayaan peralatan pembelajaran bahasa Jepun untuk 35 buah sekolah di negara ini.

Menurut Abd. Ghafar, bagi pelajar yang menduduki peperiksaan bahasa Jepun, sijil penguasaan bahasa Jepun akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Yayasan Jepun Kuala Lumpur.

Selain itu katanya, penguasaan bahasa Jepun di sekolah bukan sahaja bermatlamat untuk melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan semata-mata tetapi bertujuan mendedahkan budaya cemerlang masyarakat Jepun itu sendiri.

"Bagaimanapun menjadi satu kelebihan kepada pelajar terlibat melanjutkan pelajaran di negara itu dan pendedahan awal ini memudahkan mereka membuat persedian apabila belajar di sana," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - GenK

Posted: 04 Apr 2011 09:09 PM PDT

Kosmo Online - GenK


Apabila budaya Komanwel bersatu

Posted:

Apabila budaya Komanwel bersatu

Apabila budaya Komanwel bersatu

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my



DHANUSHKA Gayashan, 22, muncul di pentas persis seorang perwira zaman silam abad ke-16. Warganegara Sri Lanka itu tidak berbaju namun dadanya hanya ditutupi manik dekoratif. Dia hanya mengenakan dhoti dengan paduan warna jingga dan putih serta bertanjak. Di tanah airnya, pakaian itu dinamakan Ves.

Kemudian, lelaki itu mengangkat tangan dan terus menghela nafasnya. Rupa-rupanya itu merupakan indikator jelas bagi meminta muzik dimainkan segera.

Bukan berentak kontemporari, ia sebaliknya merupakan alunan suara klasik yang mendendangkan sebuah lagu rakyat yang bercerita tentang haiwan dalam bahasa Sinhala. Melodi asing itu ternyata membuatkan pengunjung yang hadir ke Plaza Sungei Wang terkesima seketika. Secara jujurnya, telinga rata-rata penonton memang tidak mampu menghadam muzik unik itu.

Pandangan mata terus terpaku melihat Dhanushka memusingkan genderang dengan hanya menggunakan jari telunjuk tangan kanan. Sudah cukup pusingan, instrumen itu diletak ke atas kayu yang berupa dahan, satu persatu mengikut ritma lagu. Ia dilakukan hingga ke genderang yang kesembilan.

Sesungguhnya, persembahan tarian tradisional Kandyan yang dipentaskan selama lebih kurang 12 minit itu memukau pandangan ratusan pengunjung termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek sendiri.

Barangkali, budaya dan warisan Sri Lanka atau pernah dikenali sebagai Ceylon, jarang sekali dapat ditonton di negara ini. Ia satu pengalaman dan pendedahan baru kepada semua.

Tetapi pada Selasa lalu, bukan saja budaya dari Sri Lanka, himpunan apresiasi seni muzik dan budaya negara-negara seperti India, Maldives, Bangladesh, Brunei, India termasuk Malaysia disatukan pada Majlis Sambutan Hari Komanwel.

Berlangsung dengan tema Wanita Sebagai Ejen Perubahan, program itu telah dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan, Commonwealth Youth Programme Asia Pacific Centre dan dengan kerjasama pihak Plaza Sungei Wang.

Sebanyak 31 belia terbaik dari enam negara terpilih mengikuti sambutan yang diadakan selama tiga hari di negara ini.

Sebenarnya, Hari Komanwel disambut setiap tahun pada hari Isnin minggu kedua bulan Mac. Ia bermatlamatkan mahu memberi pendedahan kepada isu-isu global masa kini termasuk penglibatan antarabangsa dalam kalangan anggota negara Komanwel.

"Sambutan ini antara lain ingin menyelak dan berkongsi budaya kerja dalam sesebuah organisasi negara-negara komanwel dalam usaha membangunkan kehidupan rakyat di sesebuah negara terlibat.

"Melalui program ini juga, diharap hubungan silaturahim antara belia semua negara akan lebih utuh dan harmoni," kata Shabery ketika menyampaikan ucapan.

Tonjol budaya negara


PARA belia dari negara-negara Komanwel menganggap acara sebegini merupakan platform terbaik untuk mereka saling mengenali dan memahami lebih dekat budaya masing-masing.


Tidak hanya Dhanushka, negara-negara lain juga mahu menonjolkan kehebatan budaya masing-masing. Peserta Bangladesh misalnya mempersembahkan tarian klasiknya.

Walaupun, Shalpa Rani Pall, 28, berbadan gempal, ternyata sari biru dan merah jambu serta mimik muka manisnya, membuatkan dia menerima tepukan gemuruh daripada penonton.

Persembahan lima peserta Brunei yang memulakan agenda dengan bersilat kemudian diikuti rutin tarian, mungkin terlalu biasa ditatap dan oleh rakyat Malaysia. Namun, bagi para peserta negara lain, mata mereka tidak berkelip-kelip melihat langkah tari perlahan para penari.

Bagaimana dengan Maldives, sebuah negara yang terkenal dengan gugusan kepulauan terumbu karang dan mempunyai 1,192 kepulauan kecil?

Menurut salah seorang daripada tiga peserta wakilnya, Hassaan Husne, 20, 99.9 peratus penduduknya mengamalkan ajaran Islam, justeru tiada acara tari menari daripada mereka.

Namun, atas semangat mengetengahkan budaya masing-masing, mereka hanya bertindak memperkenalkan pakaian tradisional Maldives.

Aminath Shifeza, 30, memakai pakaian wanita tradisional dinamakan Dhivehi Libaas iaitu pakaian umpama baju kurung dan berhijab.

Sementara, si lelaki memakai sarong (atau sarung), baju T berwarna putih dan tudung kepala yang dinamakan foshaa.

Sedang asyik melihat Aminath berucap, seorang pegawai kementerian berkata, penonton tidak seharusnya terlepas menyaksikan persembahan Leepika Reddy, 19, dari India.

Gadis bertubuh kurus itu mempersembahkan tarian Manipuri yang berasal dari Manipur iaitu negeri di bahagian timur laut negara tersebut. Tarian itu, menurut rakan senegara Leepika, R. Tiripura Kumar, 26, merupakan tarian tertua di negeri berkenaan. Berdasarkan teks kuno, tarian itu melambangkan gerakan planet yang mengelilingi matahari.

"Bagi masyarakat India, tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang insan," terang Tiripura.

Khas buat rakyat Malaysia, gadis India itu membawa kelainan dalam tariannya. Leepika membawa tiga batang lilin dan peralatan tembaga untuk mencantikkan tariannya. Diiringi lagu klasik yang rancak serta dekorasi pakaian yang berwarna-warni, gadis yang mempelajari seni tari sejak kecil itu nampak lincah dan tangkas.

Sikap berhati-hatinya semasa mengendalikan lilin sewaktu menari membuatkan bidikan lensa kamera tidak putus-putus merakam pergerakannya.

Bagi peserta Malaysia, mereka sepakat menyajikan tarian tradisional. Selain bijak bermain dengan ruang pentas, mereka turut memperkenalkan permainan congkak dan galah panjang.

Mengenali Malaysia


SHABERY (tengah) menerima cenderamata selepas merasmikan Sambutan Hari Komanwel dan melancarkan Segmen Antarabangsa Hari Belia Negara baru-baru ini.


Selama lima hari di Malaysia, para peserta tidak hanya berlatih untuk membuat persembahan. Sejurus tiba di negara ini, mereka menghadiri seminar yang mengupas dengan lebih lanjut tentang tema Wanita Sebagai Ejen Perubahan.

Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri, maka setiap individu diberikan peluang untuk melontarkan hujah rasional mereka dalam nada berhemah.

Kesemua para peserta juga dibawa oleh kementerian meninjau kehebatan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya yang terkenal dengan keindahan tarikan infrastrukturnya.

Sememangnya keagungan seni bina Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin paling mencuri perhatian mereka. Mungkin kumpulan peserta India tidak menyangka bahawa binaan kubah Taj Mahal di negara mereka diadaptasi ke dalam seni reka masjid yang bergelar Masjid Besi itu.

Menyentuh bab makanan pula, Malaysia seperti biasa, sentiasa dipuji warga asing yang peka terhadap dunia kulinari. Sajian makanan Melayu yang dihidangkan sememangnya menyelerakan.

"Saya tidak biasa makan nasi namun sekali sekala mencuba, terasa mahu makan lagi," kata Hassaan yang berkemungkinan bercerita tentang masakan berupa sambal.

Ditanya adakah mereka berhasrat untuk kembali melawat Malaysia semula, jawapannya, pasti ya!.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gegak gempita karnival Belia Gemilang 1Malaysia

Posted:

Gegak gempita karnival Belia Gemilang 1Malaysia

Gegak gempita karnival Belia Gemilang 1Malaysia

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


CIPTA rekod. Hampir 1,000 pesilat dari pelbagai persatuan berkumpul dan mengadakan demonstrasi seni mempertahankan diri masing-masing.


SATU catatan sejarah sudah tercipta pada Karnival Belia Gemilang 1Malaysia yang disemarakkan di Taman Tasik Titiwangsa pada 26 hingga 27 Mac lalu.

Selama dua hari berturut-turut, di setiap penjuru kawasan riadah itu dibanjiri dengan ramai pengunjung tidak kira tua atau muda.

Keadaan ini juga mengundang kesesakan yang teruk pada bahagian jalan-jalan utama seperti di Jalan Tun Razak dan di bulatan Pahang sejak pukul 10 pagi lagi.

Mereka yang berkeluarga khususnya berpusu-pusu ke Taman Tasik Titiwangsa bagi merasakan aura kehebatan karnival berskala besar itu.

Mengikut perkiraan kasar, dianggarkan hampir 80,000 orang dari seluruh pelosok negara hadir dan lebih 100 tapak niaga laris 'disambar' para usahawan tempatan.

Sesungguhnya, ia merupakan satu rekod terbaik bagi sesebuah acara yang dianjurkan di negara ini.

Karnival ini adalah anjuran Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan. Ia mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Confederation Of Sar Ping Malaysia, Radio Malaysia Muzik FM dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Pelbagai acara menarik telah diadakan. Antaranya adalah pertandingan memasak nasi lemak, pertandingan tarian singa, pameran kucing, Raja Futsal, Megamancing Titiwangsa dan pameran kenderaan.

Malam 1,000 pendekar

Pertunjukan seni mempertahankan diri atau dinamakan Malam 1,000 Pendekar adalah acara yang menggegarkan Taman Tasik Titiwangsa pada malam Ahad lalu.

Sejak lewat petang, kelibat ratusan ahli seni bela diri sudah kelihatan. Ada yang sibuk mengenakan pakaian seragam manakala lebih ramai berkumpul untuk bersama-sama memanaskan badan.

Tujuh persatuan seni mempertahankan diri menyertai acara itu. Mereka adalah ahli-ahli tangkas dari Persatuan Seni Silat Gayung Patani, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Persatuan Wushu Kuala Lumpur dan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Dengan penuh semangat dan mencurah sepenuh jiwa dan tenaga, setiap persatuan mempamerkan aksi mempertahankan diri mengikut prinsip setiap persatuan.


Deruman bunyi enjin dan dentuman lagu daripada motosikal yang dicorakkan dengan airbrush oleh Firdaus memecah kesunyian di tapak karnival berkenaan.


Mereka diberi tempoh lapan minit bagi menunjukkan demonstrasi seni mempertahankan diri masing-masing.

Selepas itu, belia-belia itu menunjukkan kehebatan dengan menunjukkan teknik mematahkan serangan peragut.

"Idea ini saya sifatkan agak menarik kerana melalui seni mempertahan diri pun, kita dapat mewujudkan semangat perpaduan sesama kaum," kata Pengarah program karnival, Noor Izwan Abd. Malik.

Variasi pameran

Beberapa pameran turut diadakan. Antaranya pameran kereta, pameran agensi-agensi kerajaan seperti daripada Arkib Negara dan Pusat Derma Darah.

Namun, paling menarik perhatian pengunjung terutamanya kaum Hawa adalah Pameran Kucing Cantik yang dibawa oleh Kelab Kucing Malaysia.

Lebih daripada 30 ekor kucing yang merupakan baka tempatan dan antarabangsa seperti Exotic Short Hair, Parsi, Siam, Domestic Short Hair, Domestic Long Hair, Oriental dan Mainecoon dipamerkan untuk tontonan awam.

Kepada peminat haiwan peliharaan itu, mereka tidak sekadar hanya melihat dan membelai.

"Kami menawarkan kucing secara percuma untuk dijadikan anak angkat kepada mereka yang berminat," kata sukarelawan Omiey's Home, Mohd. Redzuan Ibrahim ketika ditemui Kosmo!.

Berdekatan dengan Tasik Titiwangsa pula, lautan manusia mengerumuni satu sudut. Apabila didekati, rupa-rupanya mereka sedang menonton demonstrasi motor tercantik kategori airbrush milik Firdaus Kamarudin, 25.

Firdaus mencorakkan dan mengecat motor Yamaha LC 135 dengan tema Dragon Ball Evolution.

"Saya mula berjinak-jinak dengan airbrush sejak tahun 2005, untuk tema terbaru khas untuk karnival ini, saya telah mengeluarkan wang sebanyak RM10,000," katanya yang juga merupakan seorang tentera.

Dalam pada itu juga, kehandalan Manzar Pauji, 27, dalam melukis potret berbentuk karikatur membuatkan ramai yang menunggu giliran untuk wajah mereka dipotretkan.

Harga yang ditetapkan tidaklah berapa mahal. Bagi lukisan yang berwarna cuma berharga RM20, sementara potret tanpa warna, RM10.

"Untuk menyiapkan sekeping lukisan, saya hanya ambil masa 10 minit," kata Manzar.

Mega Mancing


MANZAR tidak menang tangan melayani pengunjung yang berhasrat mempotretkan wajah mereka dengan gaya karikatur.


Mohd. Kamal Mohd. Yusof, 40, mungkin antara peserta yang paling gembira pada Karnival Belia Gemilang 1Malaysia. Keterujaannya terserlah apabila dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Mega Mancing sekali gus merangkul wang kemenangan sebanyak RM10,000.

Mohd. Kamal yang mengenepikan 100 peserta yang lain berjaya menaikkan seekor ikan rohu seberat 5.98 kilogram (kg).

Tempat kedua pula diraih oleh Mohd. Fuad Abdul Ghani, 43, yang menangkap ikan patin seberat 5.91kg dan membawa pulang hadiah RM3,000. Sementara tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd. Fauzi Ibrahim, 39, yang turut berjaya menangkap ikan patin seberat 5.72 kg.

Raja Futsal

Karnival untuk belia tidak akan lengkap tanpa pertandingan futsal. Dalam pesta masyarakat tersebut, pihak penganjur menggelar acara permainan sebagai Pertandingan Raja Futsal Titiwangsa.

Lebih daripada 20 pasukan terlibat namun tuah menyebelahi pasukan Dynasty A apabila muncul sebagai juara selepas menewaskan pasukan DRE pada perlawanan akhir dengan agregat 2-1.

Juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 beserta piala pusingan, sementara naib juara pula memenangi wang tunai RM1,000 dan medal.

Acara kemuncak kepada karnival itu ialah konsert yang dihiburkan oleh beberapa artis tempatan seperti Saleem dan Farawahida.

Melihat kepada kejayaan program berkenaan, ramai pihak melahirkan harapan agar karnival sebegitu akan memberi galakan kepada belia untuk mengembangkan bakat dan kemahiran mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Memasak dunia Ekhsan

Posted:

Memasak dunia Ekhsan

Memasak dunia Ekhsan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


EKHSAN tidak kisah jika ada yang menganggap bahawa cita-citanya untuk menjadi pengurus jaminan kualiti makanan merupakan kerjaya yang kurang popular.


SI manis, Ekhsan Hafidzah Shuhaimi, 22, cekap melayan pelanggan yang datang khas dari Turki di Restoran Apprenti, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sesekali Ekhsan datang membawa makanan ke meja media. Meskipun Ekhsan kerap dipanggil oleh pelanggan dari setiap penjuru, dia tidak melatah dan senyumannya sentiasa terukir di bibir.

"Maaf ya, kalau layanan saya kurang memuaskan, saya harap anda semua berpuas hati dengan makanan Turki yang kami sediakan," kata Ekhsan yang bertindak sebagai pelayan dan salah seorang tenaga kerja yang memasak pada Majlis Promosi Makanan Turki di UPM baru-baru ini.

Majlis itu sebenarnya merupakan salah satu keperluan kursus yang akan dinilai pada peperiksaan akhir semester Ekhsan dan 54 rakan sekuliahnya.

Ekhsan memberitahu, dia bercita-cita untuk menjadi seorang Pengurus Jaminan Kualiti Makanan di salah sebuah syarikat makanan terkemuka di Malaysia.

"Saya tahu kerjaya ini tidak popular namun saya suka bidang masakan sejak kecil," ujarnya yang meminati tokoh masakan terkenal di dunia, Wayne Gisslen.

KOSMO!: Apakah yang menyebabkan Ekhsan memilih pengajian ini?

EKHSAN: Secara jujurnya, saya memilih jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Makanan atas pengaruh keluarga. Ayah saya dulu adalah bekas pelajar UPM yang mengambil jurusan Sains dan Teknologi Makanan.

Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, saya terus terus memilih jurusan ini di UPM. Sebenarnya kerja saya bukan setakat menghidang makanan saja, bahkan seseorang pelajar perlu mahir dalam subjek Kimia dan Fizik.

Adakah Ekhsan mahir memasak dan ada pengalaman memasak dalam skala yang besar?

Dulu saya lebih banyak memerhati saja. Saya juga sering singgah ke restoran-restoran atau kedai-kedai untuk melihat perbandingan cara masakan dan seni hiasannya.

Saya pernah memasak untuk majlis hari jadi kawan saya. Kata mereka, masakan saya baik-baik saja. Terbaru, saya dijemput untuk menyediakan makanan untuk majlis meraikan para senior kami.

Adakah dengan mengambil jurusan ini akan menjadikan anda menjadi seorang chef?

Pelajar boleh memilih salah satu jurusan utama iaitu pengurusan dan servis. Saya memilih mendalami sektor servis kerana ingin terlibat dalam operasi penyediaan makanan dan minuman (F&B).

Selepas saya tamat pengajian nanti, insya-Allah saya akan bergelar pengurus jaminan kualiti (Q & A). Tanggungjawab saya meliputi pengawasan pekerja, persiapan makanan dan sanitasi, perkhidmatan pelanggan dan tugas-tugas lain.

Siapakah idola anda dalam bidang masakan dan kenapa?

Idola saya ialah Dr. Shahrim Karim. Beliau juga pensyarah saya. Dia bukan hanya mengajar bahkan membimbing kami tentang selok-belok bidang masakan. Pengalamannya merantau di seluruh dunia mendalami ilmu masakan membakar semangat saya.

Beliau juga seorang yang kreatif. Saya masih ingat pesanan beliau : 'Kita perlu membuatkan pelanggan berpuas hati dengan masakan kita dan kita perlu membuatkan pelanggan itu datang lagi'.

Di bawah seliaan Shahrim, kami telah belajar pelbagai jenis masakan. Antaranya ialah masakan Itali, Syria, Lebanon, Turki dan banyak lagi.

Meskipun masih bergelar pelajar, anda sudah pun didedahkan kepada dunia pekerjaan yang sebenar. Apakah pengalaman yang boleh dikongsikan di sebalik tugasan itu?

Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar. Lazimnya, kami akan membuat latihan seminggu lebih awal. Jadi, kebanyakan peristiwa yang kami lalui manis-manis saja. Antara yang boleh saya kongsi ialah sewaktu saya menjadi hos Program Memperkenalkan makanan Lebanon dan Syria.

Saya gembira kerana rakyat asal kedua-dua buah negara itu memuji masakan kami. Begitu juga pada majlis memperkenalkan makanan Turki baru-baru ini. Rata-rata yang ditemui berkata, mereka berpuas hati dengan makanan mahupun kepantasan kami melayan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 04 Apr 2011 03:03 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelatih jururawat ceriakan Penjenamaan Semula PICOMS

Posted:

Pelatih jururawat ceriakan Penjenamaan Semula PICOMS

Pelatih jururawat ceriakan Penjenamaan Semula PICOMS


SEBAHAGIAN daripada pelatih jururawat menunjukkan logo baru PICOMS di Kuala Lumpur baru-baru ini.


MERIAH. Lebih 1,000 pelatih jururawat Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) memeriahkan Majlis Penjenamaan Semula PICOMS di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain logo baru PICOMS, sebanyak lima kursus baru turut ditawarkan di kolej itu bermula pengambilan pelatih baru pada Julai ini.

Kursus-kursus itu ialah Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Farmasi, Diploma Fisioterapi, Diploma Sains Perubatan dan Diploma Pembantu Perubatan. Kolej tersebut masih mengekalkan kursus Diploma Kejururawatan yang ditawarkan ketika ia dikenali sebagai Kolej Kejururawatan Pusrawi sebelum ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) yang merangkap Pengerusi PICOMS, Datuk Mohd. Zubir Sheikh Saad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukit Gedung juara Boria 1Malaysia

Posted:

Bukit Gedung juara Boria 1Malaysia

Bukit Gedung juara Boria 1Malaysia


KUMPULAN Bukit Gedung yang menjuarai kategori remaja pertandingan boria di George Town baru-baru ini.



JUARA SARINGAN. Kumpulan Bukit Gedung muncul juara bagi kategori remaja peringkat saringan Festival Boria 1Malaysia di Auditorium P. Ramlee, Jalan Perak, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kumpulan yang dibarisi peserta berumur di antara 13 tahun hingga 20 tahun itu berjaya mengalahkan 10 kumpulan lain.

Berikutan kejayaan itu, mereka melayakkan diri untuk bertanding pada peringkat akhir festival berkenaan pada 29 April ini.

Kejayaan kumpulan boria tersebut amat membanggakan kerana ia baru sahaja ditubuhkan kira-kira empat bulan lalu.

Pertandingan boria tersebut dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan yang turut melibatkan kategori kanak-kanak dan terbuka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hari Terbuka PNSB disambut meriah

Posted:

Hari Terbuka PNSB disambut meriah

Hari Terbuka PNSB disambut meriah


SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai Hari Terbuka dan Program Kembara Loji di Hulu Langat baru-baru ini.



HARGAI AIR. Seramai 30 orang peserta menyertai Hari Terbuka dan Program Kembara Loji anjuran Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB) bersama anak syarikatnya, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) di Hulu Langat baru-baru ini.

Para peserta terdiri daripada wakil tiga buah universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Management and Science University (MSU) serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Kesemua mereka berpeluang untuk melawat loji pembersihan air Sungai Langat serta lawatan ke Empangan Sungai Langat untuk melihat sendiri proses rawatan air dilakukan bagi mendapatkan bekalan air bersih.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak PNSB dan Syabas sepanjang program kembara itu termasuklah pertandingan berakit sambil mengutip sampah sempena sambutan Hari Air Sedunia.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, Ismail Sani yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang berakit di Kampung Dusun Tua.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 04 Apr 2011 01:41 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Tengkolok jiwa Mohd. Yatim

Posted:

Tengkolok jiwa Mohd. Yatim

Tengkolok jiwa Mohd. Yatim

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
Gambar HALIM KHALID


Mohd. Yatim Mustaffa menunjukkan tengkolok yang telah disiapkan di rumahnya di Kampung Peremba, Tongkang Yard, Alor Star.


SEJAK zaman berzaman, bangsa Melayu mempunyai pelbagai adat dan istiadat yang kekal menjadi tradisi dan warisan turun menurun.

Walaupun menghadapi cabaran atau 'rentak' dunia baru berpaksikan teknologi, tradisi itu tetap dipertahankan.

Nyata, kecanggihan teknologi dan arus permodenan tidak mampu menyekat atau menenggelamkan terus tradisi Melayu.

Sebagai contoh, pakaian Melayu bukan sahaja diperagakan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha dan di majlis persandingan orang Melayu tetapi ia menjadi pakaian rasmi bagi adat istiadat kerajaan termasuk di istana.

Bagaimanapun, pakaian seperti baju Melayu masih banyak dan boleh ditempah atau dibeli terus dari butik-butik.

Begitu juga dengan songkok untuk hiasan kepala bagi dipadankan dengan baju Melayu.

Namun aksesori kepala tradisonal yang dipakai oleh pembesar dan pahlawan Melayu zaman dahulu iaitu tengkolok sememang semakin sukar untuk didapati. Malah untuk mencari pembuat tengkolok pun sudah sukar.

Disebabkan itu, hiasan kepala yang masih kekal di kalangan lelaki Melayu hanya songkok.

Tengkolok jika ada dan dipakai pun hanya di kalangan kerabat diraja dan para petugas istana.

Mereka yang ingin mendapatkan tengkolok biasanya akan mengunjungi kedai-kedai dan butik pengantin atau menyewanya daripada mak andam. Itu pun terhad kepada satu atau dua jenis tengkolok sahaja.

Menyedari hakikat itu, seorang pemuda, Mohd. Yatim Mustaffa, 34, dari Kampung Peremba, Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah berani menongkah arus untuk kembali ke zaman silam bagi menyahut cabaran meneruskan tradisi pembuatan tengkolok.

Minat Mohd. Yatim terhadap tengkolok, tanjak atau dastar timbul kerana keunikannya. Ia bukan sahaja berperanan sebagai penutup kepala, malah cara ikatan dan pemakaiannya melambangkan ketokohan pemakainya pada zaman dahulu.

Sehubungan itu, pemuda yang diberi nama oleh bapanya sempena tajuk sebuah filem Yatim Mustapa itu mengambil keputusan untuk terlibat secara serius dalam pembuatan tengkolok sejak dia berusia 20-an.

"Ketika itu kalau tidak silap sekitar 1997, saya aktif dalam seni silat pulut yang membuat persembahan di rumah-rumah kenduri kahwin.

"Pada masa itulah saya kena ikat tengkolok dan naluri saya tiba-tiba minat dengan tengkolok.

"Memakainya mudah, tetapi untuk membentuk kain menjadi tengkolok saya lihat memerlukan seni dan kreativiti. Dari situ saya mencuba membuatnya sendiri di rumah.

"Bagi tujuan itu, saya membeli tengkolok digelar Dendam Tak Sudah yang pada ketika itu berharga RM40 dan membuka simpulnya , kemudian mengikatnya kembali," kata Mohd. Yatim ketika ditemui di rumahnya.

Menurut Mohd. Yatim, pada mulanya ia memang sukar untuk mengikat kembali tengkolok yang telah dileraikan itu tetapi selepas beberapa kali mencuba, akhirnya dia berjaya mempelajari sedikit sebanyak teknik mengikat tengkolok.

"Selepas mengetahui teknik, ditambah kreativiti sendiri, saya berupaya untuk membuat tengkolok di samping membeli buku yang mempunyai kaitan dengan tengkolok bagi menambah pengetahuan," katanya.

Begitu pun, minat yang mendalam di samping mahu meneruskan kerja-kerja pembuatan tengkolok mendorong Mohd. Yatim menambah pengetahuannya dalam bidang diceburi apabila menyertai satu kursus berkaitan tanjak di Taman Budaya, Pumpong di sini anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Kedah.

Bapa kepada Omar Dani, 9, Rabiaton Adiwiyah, 5, Normadinah, 3, dan Normuzalifah, 1, itu bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada seorang pembuat tengkolok berpengalaman yang cukup popular dengan nama Pak Mus pada kursus selama dua hari itu.

Nasibnya juga baik kerana isteri, Mariah Shahban, 30, yang pernah mengikuti kursus teknologi fabrik dari Pusat Giat Mara mahir dalam bidang jahitan dan membantu Mohd. Yatim terutama ketika dia menerima banyak tempahan.

Malah, anaknya Omar Dani, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Perak, Alor Setar sudah menampakkan minat untuk mencuba bidang tersebut pada waktu hari kelepasan atau cuti sekolah dan segala ilmu dicurahkan untuk meneruskan kesinambungan pembuatan tengkolok.

Berkat kegigihan di samping keluarga menjadi pembakar semangat, Mohd. Yatim mula menonjolkan kepakarannya dalam membuat tengkolok sehingga dikenali di kalangan penggiat seni dan bahagian protokol istana.

Tempahan tengkolok datang mencurah-curah, malah pada sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah, Mohd. Yatim menerima tempahan 152 biji tengkolok sehingga terpaksa `bersengkang mata' selama tiga hari dua malam untuk menyiapkannya dalam tempoh diberikan.

Kini Mohd. Yatim sudah boleh membuat pelbagai jenis tengkolok mengikut variasi atau gelaran diberi oleh istana atau golongan bangsawan pada masa dahulu yang kekal sehingga sekarang.

Antara nama-nama atau gelaran tengkolok yang dibuat oleh Mohd. Yatim ialah Dendam Tak Sudah atau panggilan istana Dandan Tak Sudah, Tanjak Laksamana, Gagak Di Rimba, Ayam Teleng, Tanjak Harimau Berantai, Tunas Rebung, Naga Bora, Solek Gondang Mas, Layang Mas, Helang Menyongsong Angin, Lang Sura dan Solek Ketam Batu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usia 17 tahun, tinggi 22 inci

Posted:

Usia 17 tahun, tinggi 22 inci

Usia 17 tahun, tinggi 22 inci


Khagendra Thapa Magar memegang rekod lelaki terkecil dunia ketika ini dengan ketinggian hanya 26.4 inci.


RAKYAT Filipina, Junrey Balawing bakal menjadi bintang apabila dia dikatakan akan memegang rekod dunia sebagai manusia terkecil. Pada usia 17 tahun, tinggi Balawing hanya 22 inci. Tubuh badannya pula lebih kecil daripada bayi berusia setahun.

Apabila usianya mencecahkan 18 tahun pada 18 Jun ini, dia bakal memecahkan rekod dunia - lima inci lebih kurang dari rekod sekarang.

Remaja kerdil itu langsung tidak membesar sejak ulang tahun hari lahirnya yang pertama. Malah, dia susah untuk berjalan dan tidak boleh berdiri lama.

Tetapi Belawing teruja apabila bercakap mengenai rekod dunia yang bakal diciptanya.

Katanya: "Kalau saya lelaki terkecil di dunia ia memang sesuatu yang hebat."

Junrey tinggal bersama keluarga dan tiga orang adiknya di sebuah kampung di wilayah pedalaman Norte di Zamboanga. Tetapi adik-adiknya membesar seperti biasa

Dia tinggal bersama ibunya, Concepcion, sementara dua adik perempuannya Jaycel, 13, dan Jeanritch, six, serta adik lelaki berusia 11 tahun, Jay-art ke sekolah.

Concepcion, 35, berkata: "Setiap hari Dia (Junrey) memerlukan perhatian setiap minit. Junrey hanya boleh berjalan jika dibantu dan tidak boleh berdiri lama kerana dia akan kesakitan."

Setiap masa ibu bapanya akan mendokong jika dia mahu ke mana-mana.

Bapanya, Reynaldo, 37, seorang tukang besi jarang berada di rumah. Apabila bapanya pulang Junrey akan dibawa bersiar-siar sekitar kampung dengan memikulnya di bahu.

Concepcion sedar bahawa pertumbuhan anak itu terhenti sebelum sambutan hari lahirnya yang pertama.

Katanya: "Dia selalu sakit dan kami perasan dia tidak membesar, jadi kami bawanya berjumpa doktor. Tetapi mereka seolah-oleh terpinga-pinga."

Ketika Junrey berusia 12 tahun doktor yang sama menasihatkan supaya dia diberikan vitamin - tetapi keluarganya tidak mampu.

Di sebalik tubuhnya yang kecil, Junrey memiliki selera yang sihat. Dia mampu menghabis sebuku roti dan jagung.

Sijil kelahiran hijau dan putih yang sudah pudar membuktikan dia lahir pada 1993 di rumahnya.

Walaupun dalam keadaan sukar untuk berjalan Junrey belajar menulis dan melukis serta apabila mampu dia akan membantu keluarga dengan memberikan makanan kepada binatang peliharaan mereka.

Concepcion menambah: "Kalau boleh saya mahu bekerja ketika anak-anak berada di sekolah. Tetapi saya tidak boleh tinggalkan Junrey.

"Tetapi dia sangat suka apabila saya memberitahu dia adalah lelaki yang paling kecil di dunia. Dia akan senyum bangga."

Pada masa ini gelaran lelaki paling kecil di dunia milik rakyat Nepal, Khagendra Thapa Magar, dengan ketinggian 26.4 inci.

Khagendra mengambilalih rekod yang sebelum ini dipegang oleh Edward Nino Hernandez dari Columbia dengan ketinggain 27 inci.

Gelaran lelaki terkecil di dunia mula menjadi persaingan apabila pemegang rekod itu He Pingping dari China meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 21 tahun Mac tahun lalu.

Jurucakap Guinness World Records berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan itu apabila Junrey berusia 18 tahun iaitu usia untuk melayakkannya mendapatkan rekod tersebut.

Sementara itu pada masa ini gelaran wanita paling kecil di dunia milik Hatice Kocaman, 21, dari Turki dengan ketinggian hanya 28 inci.

Dengan ketinggian 28 inci, Stacey Herald dari Amerika Syarikat pula merupakan ibu terkecil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads