Sabtu, 12 Oktober 2013

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Tragedi Konvoi <b>Di Seremban</b> | Angel Love Soldier

Posted: 16 Sep 2013 06:55 AM PDT

Tadi sekali lagi aku terkejut sebab selepas baca artikel yang satu tu. Boleh tengok dekat sini. aku baca lagi artikel yang ini. Kali ini kemalangan dekat Seremban pulak. Maut. Terkejutlah aku sebab Incik Boss aku duduk kat Seremban. Mana tau kot-kot dia gatal badan nak join konvo tu jugak. Msglah aku tanya keadaan. Nasib baik. Orang tua tu cakap dia tak join sebab dia tengah on the way balik ke pengkalan udara Kuantan. Kalau tak, memang keluar lagilah kata-kata nasihat aku supaya kurangkan aktiviti konvo motosikal dia tu. 
Motosikal mangsa yang terbabas
Al-Fatihah kepada mangsa yang meninggal dunia.

NGO Cina peringati pejuang Komunis dan Kuomintang <b>di Seremban</b>

Posted: 14 Aug 2013 02:25 AM PDT


Senbaik saja tentera Jepun menakluki Malaya dan Singapura, kampetai Jepun telah mengarahkan pembunuhan elemen-elemen anti Jepun di kalangan masyarakat Cina.

Puluhan ribu kaum Cina terbunuh dengan sekurang-kurang 50 ribu mati di Soo Ching Masaccre (pembunuhan beramai-ramai Soo Ching).

Kumpulan anti Jepun kaum Cina ini dibiayai oleh tentera Komunis dan Nasionalis dari China.  Baca WIkipedia SINI

Baru-baru ini, pada Ogos 11hb, satu upacara perletakan kalungan bunga di Tugu Peringatan bagi  mangsa dibawah pemerintahan Tentera Jepun di tapak perkuburan Sendayan Seremban telah blangsung. Tujuannya adalah memperingati rakyat yang terkorban semasa penaklukan Tentera Jepun pada tahun-tahun 1941 hingga 1945.


Majlis dianjur oleh Dewan Perniagaan Cina, negeri Sembilan dan disokong oleh enam buah NGO Cina Negeri Sembilan. Seramai 100 orang wakil NGO-NGO Cina Negeri Sembilan termasuk wakil rakyat Pkatan Rakyat negeri Sembilan seperti Chai Tong Chai- Adun PKR Chuah dan Chew Seh Yong- Adun DAP Bahau.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Tugu tersebut bagi kali ke 68 sebagai memperingati mangsa korban di Negeri Sembilan semasa penaklukan Tentera Jepun disamping bagi meraikan Sambutan Hari Keamanan Sedunia 815.

Sebanyak 96 buah Persatuan Cina Negeri Sembilan telah mengambil bahagian meletakan kalungan bunga. Turut sama hadir adalah wakil dari Universiti of The Ryuyus Jepun dan Persatuan Persahabatan KuoMin China. Kehadiran mereka ialah mengumpul bahan sejarah zaman penaklukan Tentera Jepun di Malaya.

Sistem pengangkutan bas awam <b>di Seremban</b> dipertingkat di bawah <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Mohamad Hasan bersama sebahagian atlet Sukma renang berirama selepas menyampaikan insentif kemenangan kepada pegawai dan atlet Sukma Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

SEREMBAN 11 Sept. - Kerajaan negeri menjangkakan dalam tempoh dua tahun akan datang, sistem pengangkutan bas awam dapat ditingkatkan selepas bandar Seremban diletakkan sebagai antara yang perlu diberi perhatian oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dengan kelulusan yang diberikan oleh SPAD itu, maka susun atur perjalanan bas bagi perkhidmatan kepada orang ramai kini dibuat kajian oleh SPAD termasuklah laluan, lorong dan jalan yang akan dilalui bas terbabit.

''Kajian telah dibuat dengan mengadakan pertemuan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk menyenaraikan laluan, lorong dan jalan yang akan dilalui bas berkenaan.

''Saya yakin ini akan dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun akan datang ini dan buat masa ini, kita tidak dapat memastikan sama ada diuruskan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. atau lesen dan permit itu diberikan kepada pengendali lama iaitu Cityliner," katanya di sini hari ini.

Mohamad bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kemenangan pegawai dan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Negeri Sembilan di Dewan NCWO dekat sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris.

Katanya, adalah tidak bijak sekiranya Rapid Bus masuk ke sini kerana akan menjejaskan sistem pengangkutan mereka, kerana telah dikendalikan oleh Cityliner di bandar ini.

Mohamad memberitahu, perkara itu akan diperhalusi dengan meminta kerajaan Pusat menimbangkan untuk memberikan subsidi sama seperti mana yang diberikan kepada Rapid Bus agar pengendali sedia ada ini juga dapat menguruskan pengangkutan bas awam dengan lebih efisien.

''Selain Seremban, antara bandar yang terlibat dengan peningkatan perkhidmatan pengangkutan bas awam ini ialah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh (Perak), Kuantan (Pahang) dan Johor Bahru (Johor). Kita berjaya memujuk Kerajaan Pusat untuk memasukkan Seremban dalam transformasi ini untuk meningkatkan perkhidmatan bas awam ini," kata Mohamad.

Beliau memberitahu, ketika ini sistem pengangkutan antara bandar dengan menggunakan perkhidmatan komuter telah dipertingkatkan selain akan ada kereta api elektrik (ETS) dengan pelaksanaan Projek Landasan Kereta Api Elektrik Berkembar Seremban-Gemas (SGEDT) yang dijangka siap penghujung tahun 2014.

''Kita berharap perkhidmatan bas awam yang efisien ini akan menjadi pelengkap kepada perkhidmatan yang besar itu (kereta api) dan meletakkan kemudahan yang baik kepada penduduk, khususnya mendiami taman perumahan untuk ke stesen dan terminal utama ini kelak," kata Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads