Sabtu, 12 Oktober 2013

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Politik Melayu Mantin: Rumah <b>Di Mantin</b> Pun Sudah Mahal

Posted: 22 Sep 2013 05:10 AM PDT

Nilai hartanah di Mantin sudah melambung dua ratus peratus jika dibanding dengan harga sepuluh tahun dahulu.  Hari ini haga rumah teres dua tingkat di Mantin sudah melebihi setengah juta. Rumah di Tropicana Mantin paling rendah dijual dengan harga RM 480 000. Ada yang dijual dengan harga RM 1 juta.

Projek perumahan mewah bersebelahan padang golf Staffield pula semuanya melebihi setengah juta. Projek Pelangi Height ini mebina rumah sebuah yang ekslusif. Dengan munculnya projek ini,  akan mengubah nilai kawasan perumahan elit  Bayu Lake Home . Bayu Lake Home dibina atas konsep jual tanah dan bina rumah tidak begitu laris pasarannya. Konsep jual tanah dan bina rumah tidak diminati. Samalah dengan kawasan Bandar Akademia yang tidak laris jualannya. Orang sekarang lebih berminat kepada rumah yang telah siap terbina kerana nampak jelas reka bentuk rumah itu.

Mantin bukan lagi pekan Koboi seperti dahulu. Kedudukannya sama seperti Nilai, iaitu kawasan yang bersempadan dengan negeri Selangor. Pembangunan esat di negeri Selangor telah melimpah ke Mantin.

Pekan Pajam yang dahulunya hanya penempatan orang India kini telah berkembang pesat. Pembangunan ini begitu pesat kerana wujudnya lebuhraya LEKAS yang memudahkan perjalanan dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads