Sabtu, 14 April 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: TURBO INTERCOOLER

Posted: 10 Apr 2012 02:45 AM PDT

TURBO
Turbo adalah singkataan kepada turbocharger, satu kaedah untuk memaksa arus berupa gas yang terbit dari exhaust untuk memutarkan turbin dimana ia berfungsi sebagai pump untuk menolak masuk udara ke ruang pembakaran didalam enjin. Pump ini dari jenis 'centrifugal compressor' atau berbentuk sesiput dimana ia di kuasakan oleh kipas pepisau atau 'turbine' yang di pacukan oleh gas yang terbit dari 'exhaust'. Kaedah ini banyak terdapat dalam kenderaan sebagai plihan kepada pengguna atau sebagai alat tambahan selepas jualan.                                                           
                                                              Sejarah
Turbo dari perkataan Greek bermaksud berpusing dan bergaul, ia telah bermula seawal abad yang ke19 apabila Gottlied Daimler mempatenkan teknik mengunakan gear memacukan pump untuk menolak udara kedalam ruang pembakaran enjin dalam tahun 1885. Turbocharger telah direka oleh jurutera Swiss Alfred Buchi yang menerima paten dalam tahun 1905 mengunakan 'compressor' yang dipacukan oleh gas dari exhaust untuk menolak udara kedalam ruang piston didalam enjin.

Antara 'Turbochargers' dan 'Superchargers'

Kedua dua perkara diatas adalah apa yang dipanggil 'Induction system' atau sistem sediaan arus. Perbezaan antara kedua ialah 'turbochargers' di pacu mengunakan gas yang terbit dari exhaust, sedangkan 'Superchargers' dipacu mengunakan tenaga mekanikal dari enjin samaada mengunakan belt dan puli atau rantai dan sprocket atau pun gear.
INTERCOOLER
Intercooler atau nama lain 'heat exchanger'merujuk kepada  apa saja alat yang digunakan untuk menyejukan zat zat (fluid) samada cecair atau gas yang menjadi sisa terhasil semasa proses pemanasan.

Sejarah
Tidak dapat dipastikan siapa yang mula mula mengunakan kaedah ini atau siapakan yang mula mula mereka sistem ini, sistem ini  telah wujud pada sekitar 80an mungkin pada tahun 1985 atau mungkin telah wujud lebih awal dari itu, tiada fakta yang jelas.

Fungsi 'intercooler'

Intercooler dimana kebanyakannya digunakan untuk 'air comperessor, air conditioner, peti ais dan 'gas turbine'. Gas turbine sebagaimana diketahui banyak terdapat dalam bidang automative, ia digunakan sebagai sejukan udara ke udara  (air to air) atau sejukan udara ke cecair (air to liquid cooler).
   Intercooler akan di sambungkan kepada sistem tekanan sediaan atau disebut 'induction' seperti 'turbo chargers' atau ' superchargers'. 'Induction pula akan menyalurkan zat zat yang telah disejukan keadalam sistem pembakaran enjin (combustion engine) untuk menambah keberkesanan kemampuannya atau disebut 'volumetric efficiency' . Keberkesanan ini diukur pada paras pengiraan kemampuan atau disebut 'isobaric' atau pada paras kestabilan tekanan (constant pressure) semasa
penyejukan.   

Ia sebenarnya adalah untuk menyejukan sisa pembakaran yang kebiasanya dibuang melalui exhaust tetapi dikitar semula untuk mengerakan bilah bilah kipas dalam sistem turbo kemudian diberi nafas baru apabila disejukan yang akan menambahkan oksigen dengan itu dapat dimenafaatkan semula oleh sistem pembakaran diadalam injen.

 Sebahagian dari 'turbo'
Intercooler adalah salah satu bahagian dalam sistem 'Turbo' namun begitu tidak semestinya  sistem tubo itu memerlukan intercooler andainya sistem turbo itu hanyalah untuk kegunaan ringan. Sistem 'Turbo' dalam bidang automative keperluannya  adalah lebih diambil kira kerana ia termasuk dalam kegunaan berat.

Bentuk fizikal
   Bentuknya seperti 'radiator' tetapi hanya mendinginkan udara yang telah dimampatkan kedalam 'tubin' kemudian disalurkan semula kedalam ruang pembakaran didalam enjin untuk membantu pembakaran yang lebih baik. Kebiasaanya ia dipasang samaada dihadapan enjin berdekatan dengan radiator atau diatas enjin dengan bentuk seperti hidung atau disebut 'hood scoop' diatas penutup enjin.
TMIC

   Jenis 'hood scoop' atau disebut juga TMIC (top mounted intercooler) udara akan memasuki 'hood scoop' terus melalui gril ke saluran bawah penutup enjin. Kaedah ini kadangkala mengalami kepanasan disebabkan kedudukannya yang dekat dengan enjin yang panas  mencecah 4500 C hingga 10000C , ini boleh mengurangkan keberkesanan nya.

FMIC

FMIC (front mounted intercooler) dimana udara dipaksa melalui hadapan bumper, kerana ia melalui bumper yang terbuka rekaan ini jauh lebih bagus dari segi keupayaannya. Kelemahan kaedah ini ialah seluruh sistem ini terdedah kepada serangan dari serpihan sisa runtuhan atau 'debris' disebabkan kedudukannya disebelah bawah depan dan dengan keadaan bumper yang terbuka. Kadangkala lokasi pemasangan boleh di ubah kebelakang radiator bergantung kepada keadaan yang  menyebabkan   kepanasan enjin.

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Berbuka <b>di</b> Kem <b>Rasah</b> Erat Perhubungan | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2010 08:47 AM PDT

RASAH, 19 Ogos – Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Kem Angkatan Tentera Darat Malaysia di Rasah memberi peluang kepada kesemua anggota keselamatan negara itu untuk mengeratkan ikatan sesama anggota disamping beramah mesra bersama-sama Menteri Besar N.Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.

Majlis yang diadakan itu juga turut dihadiri dari pelbagai unit dan kem  di seluruh negeri antaranya dari Kem Senawang, Kem Sikamat, Kem Port Dickson dan banyak lagi.

Menurut salah seorang anggota yang hadir, Beliau yang mewakili Kem Senawang berkata, majlis berbuka sebegini sedikit sebanyak memberi peluang kepada anggota untuk bersuai kenal disamping berkongsi pengalaman masing-masing.

Sementara itu, YAB Menteri Besar N.,Sembilan mengambil peluang untuk bersama-sama menunaikan solat sunat Tarawikh bersama-sama Pegawai Tentera dan anggota yang lain.

ads