Khamis, 3 Oktober 2013

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


yang bernama <b>Rasah</b> | JENDELA KAMILA

Posted: 08 Jun 2013 04:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]saya jarang benar mahu berkisah. salah satu lokasi yang bernama Rasah. yang menyimpan banyak memori dan sejarah. walaupun dilahirkan di ranah Kemaman, saya sebenarnya didewasakan di bumi Rasah. mengapa ...

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


RM900,000 kos lebar Sg. <b>Bahau</b> - Utama - Utusan Online

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

JEMPOL 19 Sept. - Kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM900,000 bagi menampung kos projek pelebaran dan mendalamkan sungai Bahau dekat sini, dalam usaha mengatasi masalah banjir di sekitar kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang, L. Manickam berkata, projek yang dijangkakan memakan masa setahun itu bertujuan mengatasi masalah banjir yang kerap melanda penduduk kawasan berhampiran.

"Projek ini meliputi kerja menaik taraf sungai Bahau sejauh tiga kilometer bermula dari Kampung Taman Jaya sehingga Taman Kaseh Putera.

"Buat masa ini, kerajaan sedang menjalankan proses pengambilan tanah daripada syarikat swasta bagi menjalankan projek tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Manickam turut memberitahu, sebanyak RM165,000 diperuntuk bagi tujuan menggantikan pembetung di sekitar Taman Bahau dekat sini, bagi mengatasi masalah limpahan air sungai di kawasan terbabit.

"Projek yang telah dimulakan sejak tiga minggu lalu ini dijangkakan siap menjelang November ini.

"Kita mendapati pembetung sebelum ini kecil dan tidak mampu menampung limpahan air terutamanya ketika hujan," katanya.

Tambahnya, keadaan sungai yang sempit serta dipenuhi sampah turut menjadi punca berlakunya banjir di taman berkenaan.

"Saya berharap apabila projek ini disiap bakal memberi keselesaan sekali gus menyelesaikan masalah penduduk sekitar.

"Selepas ini penduduk tidak lagi perlu risau sekiranya tiba musim hujan," ujarnya.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


TOK GAJAH FOREVER: Piala Malaysia: Senyum lebar <b>di Paroi</b>

Posted: 24 Aug 2013 10:11 PM PDT


Pahang terus mengukuhkan kedudukan di dalam kumpulan C apabila membenam pasukan Negeri Sembilan 5-3 pada siangan Piala Malaysia di Stadium Tunku Abdul Rahman,Paroi malam tadi.

Tiga mata yang amat berharga buat pasukan Tok Gajah dan kemenangan ini memberi moral terbaik buat pemain buat mencipta kemenangan pada perlawanan seterusnya.

Pahang dahagakan kemenangan selepas sekadar seri 1-1 pada perlawanan pertama menentang Kelantan selasa lalu ternyata garang apabila terus membuat asakan bertali arus ke kubu N.Sembilan sebaik perlawanan dimulakan.

Usaha keras anak buah Dollah Salleh berhasil apabila pemain kesayangan penyokong Pahang, Azamuddin Akil menanduk masuk bola hantaran lintang Faizol Hussien dari sebelah kiri untuk gol pertama Pahang. Namun, S.Sivanesan menyamakan kedudukan untuk N.Sembilan pada minit  ke-48.

R.Gopinathan kembali meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-51 apabila gerakan beliau dari sebelah kiri, memperdayakan dua pertahanan lawan sebelum melepaskan sepakan cantik ke hujung gawang untuk memperdayakan penjaga gol N.Sembilan, Badrulzaman Abdul Halim.

Selang beberapa minit kemudian, Gopi sekali lagi menjadi arkitek pasukan Pahang apabila hantaran rendah beliau, mudah disempurnakan oleh Matias Conti untuk gol ke 3 Pahang.

Pada minit ke-65, Gopi mendapat gol kedua beliau dalam perlawanan ini apabila menyambung gerakan Faizol dari sebelah kanan untuk Pahang selesa mendahului 4-2.

Sedang asyik Pahang menyerang, Sivanesan kembali merapatkan jurang dengan gol kedua tuan rumah pada minit 74 dan selang 2 minit kemudian, Sivanesan sekali lagi menambah gol ketiga N.Sembilan. Serang balas pantas pasukan tuan rumah memberi masalah kepada pasukan Pahang.

Namun, ia semakin membangkit semangat Tok Gajah untuk melengkapkan jaringan kelima menerusi Amirulhadi yang menendang bola masuk dari jarak dekat setelah mendapat hantaran Faizol Hussien.

Pahang utuh menahan asakkan pihak lawan hingga tiupan wisel penamat.

Tamat perlawanan, N.Sembilan 3-5 Pahang

Rumusan

Lima gol yang dijaringkan dalam perlawanan ini membuktikan barisan penyerang Pahang kembali berbisa jika dibandingkan dengan perlawanan pertama di Kuantan selasa lalu.

Alex yang kembali kesebelasan utama, banyak membantu gerakan serangan Pahang, mengucar-kacirkan pertahanan lawan  dengan larian-larian deras di tengah Padang.

Tiga gol yang dilepaskan pula boleh dikatakan berpunca dari kealpaan barisan pertahanan dan tengah apabila lambat turun ke bawah bila pihak lawan melakukan counter attack. Aspek ini perlu diperbaiki pada perlawanan seterusnya.

Pemain dalam perlawanan ini diberikan kepada Gopi dan juga Alex. Dua gol satu assist dari Gopi membantu Pahang bangkit selepas gol penyamaan N.Sembilan. Kehadiran Alex di barisan serangan membuatkan Conti lebih mudah mengancam pihak lawan.

Perlawanan Pahang seterusnya adalah menentang Terengganu di Kuantan, Selasa ini.

Hogoh Pahang Hogoh!!!
Menang tak bermegah, kalah takkan rebah!!!

Lineup Pahang vs N.Sembilan
Azhan; Poyeng, Razman, Stewart, Shahrizan, Amirulhadi(Malik), Hafiz, Faizol(Azidan), Gopi; Alex, Conti(Zaiza).

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


video kejadian <b>di</b> kg Hakka , <b>Mantin</b> ~ Gendang Perang

Posted: 01 Oct 2013 05:02 AM PDT

Video ini memaparkan kejadian tangkapan oleh Polis diRaja Malaysia terhadap penduduk Kampung Hakka di Mantin Negeri Sembilan.

Seramai kira-kira 90 orang penduduk dan aktivis berkenaan pada awalnya berhimpun di kampung tersebut untuk berunding dengan pemaju, polis dan wakil mahkamah yang tiba untuk meranapkan struktur di kampung berkenaan.

Rundingan tersebut berakhir pada jam 11.20 pagi dan pihak berkuasa meneruskan tindakan menahan individu yang cuba menyekat perobohan berkenaan.



"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Aksi Peserta &#39;Resurfacing Humans in MADA&#39; <b>di</b> Eagle Ranch Resort <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2013 03:13 AM PDT

resurf_aksi
 resurf_bincang4resurf_taklimatresurf_bincang2reserf1_berdiriresurf_bincang3resurf_groupresurf_climb1resurf_enLan

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


HEALTHY LIFE WITH COWAY: AIR <b>DI KUALA PILAH</b>....

Posted: 21 Sep 2013 08:28 PM PDT

 ISU KUALITI AIR LAGI........KUALA PILAH

 

Saturday, September 21, 2013

Tak sanggup minum air lumpur

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Gemuroh melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati apabila kualiti air yang dibekalkan bercampur lumpur, sekali gus mengganggu urusan harian mereka.


Penduduk, Kamarudin Arifin, 48, berkata, masalah berkenaan berlarutan hampir setahun itu turut menyebabkan penapis air miliknya rosak.

"Gara-gara penapis sudah rosak, saya sekeluarga terpaksa menadah air dari paip dan perlu menunggu dua jam sebelum mendapat air bersih.

"Malah, berlaku pembaziran apabila saya terpaksa membuang air yang berkeladak kerana tidak boleh digunakan dan kadang kala saya perlu menanggung bil air mencecah ratusan ringgit," katanya.

Dia mendakwa, masalah itu kemungkinan berpunca daripada saluran paip bawah tanah sedia ada yang bercampur lumpur.

"Sedia maklum, kawasan ini berbukit-bukit, jadi kedudukan paip bawah tanah tidak sekata dan ada yang melengkung. Apabila air melalui saluran paip itu, ia akan bercampur dengan lumpur yang telah mendap sekian lama. Sebab itu, masalah ini berlarutan sehingga sekarang.

"Biasanya kejadian tidaklah seteruk ini, hanya berlaku pada awal pagi, kadang kala waktu malam. Tetapi kali ini sampai beberapa kali dalam sehari, kami terima air berkeladak.

"Susahlah bila berlaku macam ini, kami juga mahu air bersih. Sekarang, kami perlu tadah dan tapis dahulu air sebelum digunakan," katanya ketika ditemui di rumahnya, dekat sini, semalam.

Sementara itu, menurut isterinya, Norazah Ramly, 41, berkata, kadang kala air yang keluar bukan sahaja berkeladak tetapi menyebabkan badan mengalami gatal-gatal.

"Selain berdepan dengan risiko penyakit kulit, kami juga khuatir ia juga akan menjejaskan kesihatan kami kerana menggunakan air ini untuk menyediakan makanan," katanya terpaksa membelanjakan wang untuk membeli air mineral sebagai minuman.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Din, 40, berkata, pada bulan Ramadan lalu, air yang keluar dari paip berwarna merah dan langsung tidak boleh digunakan.

"Memang tak tergamak hendak minum air seperti ini, jadi saya terpaksa tadah air menggunakan penapis air. Walaupun tunggu lama, tetapi saya tiada pilihan lain," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Bahagian Perkhidmatan Korporat Sains, Norzita Ismail berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif melakukan kerja-kerja scouring selama sejam untuk membersihkan aliran paip yang menghala kepada rumah pengadu.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada mendakan kerana rumah pengadu berada di penghujung bekalan air.

"Bagaimanapun, Sains telah mengambil tindakan penambahbaikan, di mana kerja-kerja pengawasan akan dibuat setiap kawasan tersebut serta membuat penambahan injap scour bagi membuang kotoran atau mendapan yang ada di dalam aliran paip," katanya. - SH

ads