Rabu, 13 Julai 2011

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Pelancaran PUTERA MIC <b>di</b> Taman Jaya Dan Desa Puteri, <b>Jempol</b> | Dr <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2011 03:06 PM PDT

Pelancaran PUTERA MIC di Taman Jaya Dan Desa Puteri, Jempol


"Saya percaya PUTERA MIC mampu menjadi penunjang pergerakkan belia di Negeri Sembilan" kata YB Senator Dato'G.Palanivel sewaktu hadir merasmikan pembukaan dua cawangan PUTERA MIC di Kg.Taman Jaya dan Taman Desa Puteri di Jempol baru baru ini.

Beliau sebelumnya  disambut meriah oleh 300 belia yang berarak bersama beliau berjalan memasuki dewan diiringi  pertunjukkan tradisional nadaswaram,serta laungan  "Hidup MIC"…

Dalam ucapan aluan saya pada perasmian pembukaan dua cawangan PUTERA MIC di Kg.Taman Jaya dan Taman Desa Puteri di Jempol baru baru ini,saya menegaskan tentang kepentingan program program di peringkat akar umbi ( mikro komuniti ) bagi menerangkan program program kerajaan supaya semua mesej dari kerajaan sampai ke peringkat akar umbi.

                        

Ucapan Saya :

1. PUTERA MIC N.Sembilan adalah PUTERA MIC adalah yang pertama di tubuhkan di peringkat negeri (14 September 2008) dan memiliki kira kira 450 ahli yang terdiri dari golongan professional muda, namum kini ianya mulai menapak di kawasan perladangan serta  memiliki 3 ahli di Majlis Tinggi PUTERA MIC Kebangsaaan

2. PMIC NS akan menubuhkan lebih banyak cawangan cawangan di kawasan luar Bandar bagi mendapatkan memperbaiki tahap kehidupan belia di kawasan luar Bandar,terutamanya dari aspek pendidikan dan pekerjaan.

3.Menyokong pimpinan MIC dalam melaksanakan program program parti MIC

4.Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato'G.Palanivel diatas sokongan beliau kepada PMIC NS,dan kepada Dato'T.Rajagopalu ( Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan ) yang menjadi penaung PMIC NS.

5. PMIC NS akan berdiri teguh dibawah pimpinan Dato'T.Rajagopalu ( Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan )yang banyak membantu dalam membentuk PUTERA MIC N.Sembilan sejak awal.

YB Dato' G.Palanivel dalam ucapan dalam ucapan perasmian :

1.  Percaya PUTERA MIC mampu menjadi penunjang pergerakkan belia di Negeri Sembilan di bawah pimpinan Dr.S.Thinagaraj,dan suatu waktu nanti percaya Dr.S.Thinagaraj bakal menjadi pemimpin MIC yang Berjaya.

2.Bangga dengan pencapaian PMIC NS,walaupun baru berusia 3 tahun tapi telah banyak menjalankan aktivi bersifat kebajikan dan berhasil mendapatkan sokongan belia di Negeri Sembilan.

3.MIC akan sentiasa menyokong perjuangan pergerakkan belia dan pemimpin muda

4. MIC akan sentiasa menjaga kebajikan para belia luar Bandar,baik dari segi kebajikan mahupun pendidikan

5. Dato'G.Palanivel  meminta semua ahli ahli PMIC NS dapat mempersiapkan diri mereka menjadi seorang pemimpin pada masa depan.

6. PMIC NS perlu menubuhkan lebih banya cawangan bagi membawa aspirasi MIC ke peringkat akar umbi.

 Tempat : Balairaya Taman Bahau, Jempol
Kehadiran : 300 orang
Tarikh 5/4/11
VIP :       YB Senator Dato'G.Palanivel
                Dato'Jaspal Singh ( Bendahari MIC Kebangsaan )
                Dato'T.Rajagopalu Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan
                En.T.Mohan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan
                En.Ganesan JP Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan
                En.Rajendren JP Setiausaha Badan Perhubungan MIC N.Sembilan
               Hj Jaafar Bin Hj Ismail Pengerusi Persatuan Penduduk  Taman Bahau

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Bicara Seorang Pengetua: BENGKEL THINKQUEST PPD <b>TAMPIN</b>...

Posted: 27 Jun 2011 11:39 AM PDT









SEMPENA dengan bengkel ThinkQuest Peringkat PPD Tampin yang diadakan di SMK Jelai Felda pada hari ini, 27 JUN 2011, SMK Taman Tuanku Jaafar telah turut sama menyertainya dengan menghantar seramai 8 orang pelajar tingkatan 4 bersama dengan seorang guru iaitu Encik B. Morgan untuk menghadirinya. Bengkel pada hari ini telah diasmikan oleh Pn. Siti Noredah Ujang, Timbalan PPD Tampin. Bengkel ini turut disertai oleh semua sekolah menengah di PPD Tampin dan beberapa buah sekolah rendah yang telah mendaftar di dalam TinkQuest. Bengkel dijalankan oleh Encik NoorHaslin Mokmin, Jurulatih Utama ThinkQuest dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar ThinkQuest dari SMK Jelai felda.

Bagi SMK Taman Tuanku Jaafar, kita mengambil inisiatif untuk menghantar terus pelajar kita untuk belajar di SMK Jelai Felda selama 5 hari bermula pada hari ini sehingga hari jumaat nanti, Tujuan penghantaran pelajar ini adalah untuk mereka mendapatkan pengetahuan dan pengelaman secara langsung, tepat dan cepat daripada rakan-rakan mereka di SMK Jelai Felda yang telah jauh berkemahiran tinggi. Diharapkan melalui cara ini , pelajar kita ini akan lebih cepat faham dan dapat memberikan fokus dan perhatian khusus untuk melaksanakan tugasan ini.

Para pelajar ini akan tinggal dan belajar bersama-sama pelajar SMK Jelai Felda. Pada waktu pagi mereka akan belajar seperti biasa bersama pelajar-pelajar lain dan pada sebelah petang dan malam mereka akan belajar serta menyediakan projek untuk ThinkQuest dan Project Base Learning mereka. Diharapkan sekembalinya mereka ke sekolah nanti , mereka akan menjadi kelompok pertama pembimbing program ThinkQuest di sekolah kita dan bertanggungjawab menyebarkan pengetahuan dan pengalaman serta melatih barisan pelapis baru di dalam thinkQuest dan PBL. Upucara penyerahan pelajar-pelajar ini telah dilakukan oleh Tuan Pengetaua SMK Taman Tuanku Jaafar kepada Pengetua SMK Jelai Felda. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMK JelaiFelda, khususnya Tuan pengetua, Encik Kamaruzaaman yang telah sudi meerima pelajar-pelajar kita serta turut memberikan kerjasama sama guru-guru untuk memerhatikan pelajar kita semasa di sana. Terima kasih juga terutamanya kepada EncikNoorHaslin dan isteri yang sanggup bersusah payah menjayakan projek ini di samping kesudiaan Pn. Zarina untuk bermalam bersama pelajar-pelajar perempuan kita di sekolah. Turut diucapkan terima kasih kepada pelajar ThinkQuest SMK Jelai Felda yang sudi menerima, menemani dan bermalam bersamapelajar kita pada sepanjang 5 hari mereka berada di sana. Semoga jalinan kerjasama ini akan berterusan dan kita akan maju bersama di dalam dunia ICT khususnya di dalam projek ThinkQuest dan PBL ini. Sekalung tahniah juga kepada Pengetua SMK Dato Abdullah, Mejar Tahir yang sudi memberikan perkhidmatan van sekolah beliau untuk membawa pelajar kita ke Jelai felda dan mengambil mereka balik pada 31 Jun nanti..

Terima kasih juga kepad PKG Tampin, Gemas dan Gemenceh yang sudi membantu di dalam projek ini. Bagi pelajar kita ini, kita telah meletakkan sasaran mendapat kedudukan tempat ketiga sekurang-kurangnya pada tahun 2012. Insya Allah, kita pasti berjaya jika kita punyai keinginan di samping usaha yang hebat...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Pantai maksiat <b>di Port Dickson</b> | MelayuKuHebat....|Isu Terkini <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2011 03:54 AM PDT

Harian Metro 20 Jun 2011, PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

"Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.

"Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit," katanya.

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


PIDATO Bicara Rakyat 18 Jun 2011 <b>di Rembau</b> - Perjuangan adalah <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2011 01:37 AM PDT

CERAMAH PERDANA
Bersama :
YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka
Chegubard, Pengerusi SAMM
Ustaz Shamsul Firdaus Al-Hafiz, bekas Imam Masjid Saidina Omar AlKhattab, Bukit Damansara
Tarikh : 18 Jun 2011 , SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Astana Raja, Rembau, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

*ust Shamsul ialah individu yang memberikan tazkirah mengingatkan trio Dato T mengenai perbuatan salah sumpah guna Al Quran baru ini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


MISS MIRROR: Kawan I sesat <b>Di</b> Hutan <b>Jelebu</b> bersama anak-anaknya

Posted: 13 Jul 2011 04:57 AM PDT

Semalam ingat nak chat lelama dengan si Comei, tetiba dikejutkan dengan satu berita bekas classmate aku si Anep Bukan Nama Sebenar, dah semalaman tak balik-balik sejak masuk ke dalam hutan Jelebu bersama dua anaknya.
Dah macam-macam terbayang kat kepala aku ni, teringatkan kes Datuk Sos, teringatkan kata bini Anep melalui smsnya kepada kengkawan yang kata kat sana kelmarin tengah hujan lebat, takut tanah runtuh. Naik risau gak la kami kengkawannya ni kan... menunggu2 update di FB sampai dah berderet2 dah thread. Paling risau mengenangkan 2 orang anak-anaknya yg masih kecik tu la kan... bayangkanlah cemana, dah la budak lelaki kan kuat makan.. ni lagi kalau tak jumpa makanan.

"Ala tak risau la... orang kalau dah biasa masuk utan, mesti tak panic". Kata suamiku, IRP bila aku nyatakan bad news ini kepadanya.

Hutan Jelebu - ikhsan Google

terbayangkan kalau-kalau ada rimau..
Betul la bagai dikata oleh IRP, akhirnya malam tu mereka berjaya ditemui. Ok, ini I copy paste je la cerita dari bini si Anep Bukan Nama Sebenar ni... tak pandai plak aku nak mengarang ayat ala2 novelis.

"Ceritanya gini...diorang ni pi jelebu utk memantapkan lagi skill pemanduan 4X4 ni, perginya 5 kereta seramai 9 peps termasuklah anak I yg 2 org .. 7.30 pagi keluar rumah, breakfast at Batu 14 ulu langat then off they go..tada lah tapau makanan..sbb planning nak keluar lunch..tiba kat sana..dah layan trail yg seronok ni..hujan lebat..tapi sekejap jer lah..then jalan masuk yg tadi dah berubah disebabkan tebing sungai runtuh, diorang pusing lah nak cuba keluar ikut tempat lain, tapi makin lama makin menaik jalannyer, then ada lah a few accident...spt tersangkut..kena potong pokok buluh and so on.

They all decide nak overnite then keluar esok pagi sbb dah letih dan tak mkn..food mmg limited..bak kata haniff soup ada tapi sepeket..roti 2 keping...so mlm tu derang share2 lah apa yg ada..pagi bangun sambung lagi cari jln keluar yg selamat..sampailah rescue team dpt hubungi diorang2 ni..tu pon ikut petunjuk awan dan matahari sbb map tak ada..so kira masuk jln lain..tapi keluar about 7 kilos away..dlm 4.30 mcm tu selamat lah jumpa jalan keluar..nampak jer family and fren mmg sedih sgt lah..muka dah pucat coz 2 hari tak mkn..sian my boys tada tenaga dah...mkn roti canai pon lahap..ada jugak yg gigil2 mkn..but alhamdulillah..cuma luka2 ringan..tada yg serious cuma penat dan tada tenaga..skrg mereka2 ni tengah berehat di rumah..."


Alhamdulillah.. semuanya selamat akhirnya..
bayangkan kalau aku terpaksa tido dalam utan pastu jumpa bendalah ni... hee seramnyaa..
Korang pernah ada pengalaman? Sila-silalah share ye... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


sagahayat: JEJAK DARAH LANGKAT - Bahagian Akhir

Posted: 30 Jun 2011 06:26 AM PDT


Menerusi bahagian terakhir ini, akan dirumuskan segala cerita mengenai salasilah ataupun susur galur keluarga ini secara lebih terperinci dan berpandukan fakta-fakta sejarah yang benar. Garis masa peristiwa juga dibuat mengikut perkiraan berdasarkan anggaran-anggaran tertentu.

GARIS MASA PERISTIWA

1842 – Tahun anggaran Tukang Ali dilahirkan di Kampung Stabat Hinai, Langkat, Sumatera Utara.

1859 – Tahun anggaran Tukang Ali keluar merantau pada usia 17 tahun dan terus menetap di Kampung Bilah Indera Pura.

1862 – Tahun anggaran Tukang Ali berkahwin dengan seorang gadis tempatan di Kampung Bilah Indera Pura pada usia 20 tahun.

1869 – Tahun anggaran Tukang Ali mula bekerja dalam kapal api dan berlayar ke pelbagai tempat di sekitar Selat Melaka.


1870 – Tahun anggaran Tukang Ali mula menetap di Linggi dan berkahwin dengan gadis tempatan di Linggi. Ketika ini usianya dijangka 28 tahun.

1872 – Tahun anggaran Bujang, anak sulung perkahwinan kedua Tukang Ali, dilahirkan.


1877 – Tahun anggaran Aminah, anak keempat pasangan Rafeah & Silong, dilahirkan.

1892 – Tahun anggaran Aminah dan Bujang berkahwin. Aminah pada ketika ini berusia 15 tahun manakala Bujang berusia 20 tahun.

1893 – Tahun anggaran Bujang membuka tanah di Kuala Kubu bersama adiknya Sadin. Sadin dianggarkan meninggal dunia pada tahun yang sama pada usia 20 tahun.

1894 – Tahun anggaran anak sulung pasangan Bujang dan Aminah iaitu Wahab dilahirkan.

1902 – Tarikh sebenar Bujang, Aminah dan anak-anaknya berpindah dari Linggi ke Sungai Kembong.

1912 – Tahun sebenar anak kelima atau anak bongsu pasangan Aminah dan Bujang iaitu Harun dilahirkan.

1918 – Tahun sebenar Limah dilahirkan di Tebing Tinggi, Kabupaten Jambi, Sumatera.

1919 – Tahun sebenar Bujang meninggal dunia pada usia 47 tahun.

1923 – Tahun sebenar Limah berhijrah ke Malaya. Ketika ini usianya 5 tahun.

1933 – Tahun sebenar Harun dan Limah berkahwin. Harun pada ketika ini berusia 21 tahun manakala Limah berusia 15 tahun.

1935 – Tahun sebenar anak sulung pasangan Harun dan Limah, Mariam dilahirkan.

1938 – Tahun sebenar anak kedua pasangan Harun dan Limah, Zainal dilahirkan.


1942 – Tahun sebenar anak bongsu pasangan Harun dan Limah, Saodah dilahirkan.

1943 – Tahun sebenar Harun, Limah dan anak-anaknya berpindah dari Sungai Kembong ke Sungai Buah untuk meneroka tanah bercucuk tanam.

1945 – Tahun sebenar Harun meninggal dunia pada usia 33 tahun.


1948 – Tahun sebenar Aminah meninggal dunia pada usia 71 tahun.
TENTANG LANGKAT

Langkat merupakan sebuah daerah yang terletak di Sumatera Utara. Nama Langkat diambil dari nama Kesultanan Langkat yang dulu pernah ada di tempat yang kini merupakan kota kecil bernama Tanjung Pura, sekitar 20 kilometer dari Stabat.

Langkat sebelumnya merupakan bawahan pemerintahan Kesultanan Aceh sehingga awal abad ke-19. Pada saat itu raja-raja Langkat meminta perlindungan Kesultanan Siak. Tahun 1850 Aceh mendekati Raja Langkat agar kembali ke bawah pengaruhnya, namun pada 1869 Langkat menandatangani perjanjian dengan Belanda, dan Raja Langkat diakui sebagai sultan pada tahun 1877.

Amir Hamzah yang merupakan penyair terkenal merupakan kerabat diraja Langkat manakala Tengku Ampuan Rahimah yakni isteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah merupakan puteri kesultanan Langkat yang diputerikan di Istana Tanjung Pura, Langkat pada pada 4 Ogos 1927. Ayahandanya ialah Sultan Abdul Aziz Rahmat Shah ibni Sultan Abdul Jalil, Sultan Langkat yang bertakhta di Istana Tanjung Pura dari tahun 1894 sehingga 1927. Bonda Tengku Rahimah bernama Tengku Permaisuri Zaharah, anakanda Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor Kelima yang bertakhta dari 1898 hingga 1938.

TERSURAT & TERSIRAT

Tukang Ali dikatakan merajuk kerana disisihkan dalam urusan peminangan kakaknya. Namun tidak dapat dipastikan mengapa Tukang Ali begitu merajuk sehingga meninggalkan keluarganya di Langkat. Adakah kerana dia tidak menyukai tunang kakaknya ataupun dia sendiri betul-betul kecewa kerana merasakan dia layak untuk dipanggil turut serta di dalam urusan peminangan itu. Semuanya tidak dipastikan.

Melemparkan batu ke dalam sungai adalah simbolik kepada tekadnya keputusan yang telah dibuat. Begitu juga dengan sesetengah orang yang pada masa dahulu yang menakuk tangga dan tidak akan kembali selagi takukan di tangga rumahnya tumbuh kembali.

Sepertimana sumpahnya juga, Tukang Ali tidak pernah kembali semula ke Langkat sehingga akhir hayatnya. Dia meninggal dunia dan dikebumikan di Pengkalan Durian, Linggi. Melalui cerita yang disampaikan sejak turun temurun, tidak pernah disebut nama kedua-dua isteri Tukang Ali sama ada isterinya di Bilah Indera Pura ataupun di Linggi.


Sama seperti ayahnya, Tukang Ali juga mahir bertukang. Dia juga cukup cekap membuat ukiran-ukiran kayu yang sungguh mempesonakan. Dia juga dikatakan terlibat secara tidak langsung dalam usaha menjatuhkan J.W.W Birch iaitu Residen British Pertama di Perak (J.W.W Birch dilantik menjadi residen pada tahun 1874 dan mati dibunuh pada tahun 1875). Oleh sebab itu, beberapa askar British menjejak Tukang Ali dan akhirnya berjaya sampai ke rumahnya di Linggi untuk menangkapnya tetapi pada ketika itu Tukang Ali sudah pun meninggal dunia. Askar-askar British itu kemudiannya merampas beberapa ukiran kayu yang diukir oleh Tukang Ali. Dikatakan ukiran-ukiran kayu itu ada dipamerkan di salah sebuah muzium di negara ini. Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran cerita ini.

Bujang pula pernah berguru dengan Syeikh Abdul Wahab Langkat. Syeikh Abdul Wahab Langkat atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Wahab Rokan Al-Kholidi Naqsyabandi merupakan seorang wali Allah yang memiliki keramat. Beliau dilahirkan pada tahun 1811 di Negeri Tinggi, Rokan Tengah, Kabupaten Kampar, di Riau. Wali Allah ini mengajar ilmu agama di sebuah pesantren (sekolah pondok) berhampiran Istana Langkat dan meninggal dunia pada tahun 1926. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada meninggalkan 40 wasiat yang menjadi panduan hidup kepada anak-anak muridnya

Bujang akhirnya meninggal dunia di Sungai Kembong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kota di Kampung Sungai Kembong. Dianggarkan beliau meninggal dunia pada tahun 1919 ketika berusia 47 tahun.

Berlainan dengan cerita yang pernah ditulis sebelum ini, terdapat satu versi yang berbeza yang ditampilkan pada 20 Jun 2011 (versi asal pernah dicatatkan pada 3 November 2003 menerusi pengkisahan untuk buku profil Badan Kebajikan Rafeah-Silong). Menurut cerita versi terbaru itu, Tukang Ali pada mulanya berhijrah ke Melaka dan berkahwin dengan seorang gadis tempatan sebelum berpindah ke Linggi. Anak Tukang Ali iaitu Bujang berkahwin dengan Aminah iaitu anak kepada Rafeah dan Silong di Sungai Jernih, Melaka. Mohamad Shah pula dibaham harimau ketika dia dalam perjalanan pulang selepas menemani bapanya meneroka hutan. Namun versi pertama dilihat lebih logik mengikut garis masa peristiwa yang dianggarkan.

Mengikut cerita Imam Haji Abbas Dolmat (yang lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Abbas atau Tok Ngah Abbas) lagi, moyang keturunan ini iaitu Rafeah adalah daripada suku anak Melaka Limau Perut manakala suku moyang Silong tidak dapat dijelaskan. Sejak Rafeah dan Silong berpindah ke Linggi, ahli keluarganya semakin bertambah dan beranak pinak dan berpindah ke kawasan-kawasan lain seperti Sendayan, Jimah dan juga Sungai Kembong.

Ibu Limah pula iaitu Jibah Binti Mat Jip merupakan kawan baik kepada Aminah semasa di Sungai Kembong dan usia mereka hampir sebaya. Persahabatan mereka mungkin menyatukan Limah (anak Jibah) dan Harun (anak Aminah) sebagai suami isteri. Bapa Limah iaitu Mustapha merupakan seorang guru silat.

Limah sendiri pernah bercerita kepada anaknya Zainal tentang kisah ibunya, Jibah semasa berusia sekitar 7 tahun. Ketika itu Jibah menetap di Tebing Tinggi, Muara Bungo, Jambi. Suatu ketika, kampung mereka dilanda kegelapan yang luar biasa selama tujuh hari tujuh malam. Jibah yang masih kecil pada masa itu tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku memandangkan pada zaman itu tiada hubungan komunikasi sepertimana hari ini. Mengikut garis masa peristiwa, kejadian paling tepat yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu adalah peristiwa letusan Gunung Krakatau di Selat Sunda di antara pulau Jawa dan Sumatera yang berlaku pada tahun 1883.

Apapun cerita mengenai susur galur keluarga ini merupakan perkara yang sangat penting dan merupakan warisan yang tidak ternilai. Walaupun cerita-cerita ini hanyalah menerusi lisan, namun ianya masih boleh diterima pakai berdasarkan logik masa dan juga keadaan dan suasana pada zaman itu. Semoga catatan ini menjadi suatu catatan yang menjadi rujukan untuk menjejak darah Langkat. Wallahua'lam.

TAMAT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Dua Cawangan Terkini Public Gold <b>di Negeri Sembilan</b> & Melaka <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2011 04:17 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia pada semua rakyat Malaysia.Untuk makluman semua yang belum mengetahuinya , Public Gold telah membuka 2 lagi cawangan iaitu di Negeri Sembilan dan Melaka.

So bagi mereka yang berada Negeri Sembilan dan Melaka boleh menggunakan kemudahan ini bagi melicinkan lagi proses.Alamat cawangan terkini di Negeri Sembilan dan Melaka seperti dibawah :

Melaka Branch: No. 9-A, 9-B,
Jalan Melaka Baru 22,
Taman Melaka Baru,
Batu Berendam,
75350 Melaka.

Seremban Branch: 152-1 & 152-2, Block M,
Taipan Senawang,
Jalan Taman Komersil Senawang 1,
Taman Komersil Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Alamat semua cawangan Public Gold seluruh negeri boleh klik link ini.

Related posts:

  1. Cawangan dan Goldbar Public Gold Terkini Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.Sebelum saya bercerita...
  2. Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua peminat emas di Malaysia.Alhamdulillah...
  3. Join Us Kami di Emaskini Trading amat mengalu-alukan kesudian tuan / puan...
  4. Welcome – New Dealer Public Gold Rangkaian Emaskini Trading Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.Alhamdulillah beberapa hari...
  5. Kongsi Kejayaan Louis dan Kami Bersama Public Gold Pendapatan pengasas Public Gold melonjak daripada RM1000,000 kepada RM10 juta...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


INDAH RASA J.MALIM: Keretapi Oh Keretapi ....

Posted: 09 Jul 2011 04:20 AM PDT

Tidak tahulah kenapa saya begitu berminat dengan kenderaan ini ketika orang lain mencemuhnya sebagai sesuatu yang tertinggal dek zaman. Saya menganggapnya sebagai satu tinggalan sejarah yang masih terus berbakti tanpa kompromi dengan alasan kemodenan. Keretapi ialah sesuatu yang unik dan penuh dengan nilai-nilai nostalgia kepada pencintanya. Pernah seseorang berkata kepada saya bahawa jika kamu ingin melihat panorama negara yang sebenar-benarnya, maka naiklah keretapi. Sampai sekarang saya masih mengenang kata-katanya sebagai sesuatu yang amat-amat bermakna.

Cuti sekolah baru-baru ini saya ke Gemas sekali lagi bagi meneroka sepenuhnya kawasan stesen keretapi Gemas yang klasik. Ini kunjungan yang kedua dan sudah pastinya saya berharap dapat melihat sendiri keretapi berhenti. Mujur juga ada Azura dan keluarganya di Gemas. Boleh juga saya menumpang bermalam di rumahnya. 

Gemas terletak di Negeri Sembilan dan bersempadan dengan negeri Johor.

Ketika melalui pekan Gemas untuk ke stesen keratapinya, saya dapat melihat betapa pentingnya Gemas dalam lipatan sejarah perkembangan keretapi di negara kita. Pertemuan landasan keretapi antara pantai barat dan pantai timur semenanjung Malaysia berada di sini. Tidak hairanlah jika kita boleh melihat kuarters-kuarters lama pekerja KTMB serta depoh-depoh lama KTMB masih kekal utuh di sini. Walaupun sudah uzur namun saya tahu ia adalah satu catatan sejarah penting yang tidak terbeli oleh wang ringgit.

Jalan masuk ke stesen keretapi Gemas

Secara umumnya, Gemas masih mengekalkan ciri-ciri lamanya. Bangunan kedainya juga masih ada yang kekal lama. Namun begitu Gemas juga agak sibuk dengan aktiviti penduduknya yang berbilang kaum dan keturunan. Banyak peneroka FELDA di sini dan tidak hairanlah jika sepanjang perjalanan ke Gemas kita akan menyaksikan banyak pokok getah dan kelapa sawit menghiasi penglihatan kita. 

Saya ditemani oleh Azura dan dua orang anak buahnya yang lincah ketika kunjungan kali ini.  Anak buahnya yang bernama Tuah masih seperti kunjungan pertama agak lucu dan aktif. Begitu juga dengan Jiha tetap sama seperti dulu senyap dan baik. Namun saya suka akan kedua mereka ini. Sentiasa membuatkan hati saya menjadi senang dan gembira dengan telatah mereka.

Adik Tuah mengejar saya di stesen keretapi Gemas

 Seronok melayan kerenah anak-anak buah

Banyak yang sudah berubah ketika kunjungan saya kali ini. Nun di hadapan stesen keretapi lama ini, projek stesen komuter baru kelihatan semakin hampir untuk disiapkan. Tidak pula saya tahu apa nasibnya stesen lama ini sekiranya stesen baru itu siap kelak. Alhamdulillah, hajat saya dimakbulkan Allah SWT. Ketika sampai ke stesen ini, rupa-rupanya ada keretapi yang berhenti. Hairan Azura melihat saya terlompat-lompat keseronokan melihat keretapi di hadapan mata. Kedua-dua anak buahnya juga turut serta melompat-lompat bersama saya. Hahahahaha.

Platform utama stesen keretapi Gemas

 Pemandangan sekitar platform

Apa yang menarik perhatian saya di stesen ini ialah kewujudan jejambat besi yang masih utuh. Saya yakin sudah pasti ia dibina sejak zaman kolonial lagi. Ketika mula-mula menjejakkan kaki menaikinya, saya agak gementar. Ditambah pula ketika itu keretapi sedang lalu dibawahnya. Terasa bergegar juga. Adik Tuah yang sibuk berlari tadi juga menjadi takut. Lucu juga melihatnya memeluk erat tangan saya.

Jejambat lama merentasi landasan di stesen keretapi Gemas

Duduk dahulu di atas jejambat.

Adik Tuah takut dengan gegaran keretapi lalu di bawahnya.

Memang bertuah betul saya kali ini. Ketika sedang menangkap gambar-gambar keretapi berhenti, saya dipelawa oleh pemandu keretapi itu untuk naik ke atas kepala keretapi tersebut. Ini sudah dikira seperti orang mengantuk disorongkan bantal !!!! saya tidak melepaskan peluang tersebut. Jika diamati lebih dekat, banyak besi pada bahagian keretapi ini sudah uzur atas faktor masa dan zaman. Namun saya tidak dapat nafikan, ianya sebuah jentera yang amat berkuasa. 

Pemandu keretapi yang amat baik

Sempat juga saya berbual-bual sebentar dengan pemandu keretapi ini berkenaan dengan penutupan stesen keretapi Tanjong Pagar di bumi Melayu Temasik pada akhir Jun 2011. Ada nada sebak di sebalik kata-katanya. Saya sendiri juga sebak dengan penutupan stesen keretapi berkenaan. Masakan tidak ia adalah lambang kekuasaan akhir Malaysia di bumi Melayu Temasik. Selama berpuluh-puluh tahun KTMB membelah tanah bumi Melayu Temasik dengan gagahnya tanpa diusik kini ia terpaksa mengalah atas tuntutan zaman dan kehendak pemerintah. 

Di persada dunia... hehehehe

Sedia untuk berlepas

Ia menuju ke selatan membelah bumi Melayu Temasik

sebuah kenderaan yang gagah

Kebetulan sekali pada masa yang sama sebuah lagi keretapi menuju ke utara berselisih dan berhenti di stesen keretapi Gemas. Jadi sudah ada dua keretapi yang dapat saya lihat. Ia sebuah pengalaman yang begitu mengujakan. Pada masa inilah saya dapat melihat bagaimana pekerja-pekerja KTMB bertungkus lumus memastikan keretapi berkenaan dalam keadaan yang stabil dan selamat untuk ke destinasi seterusnya. Dapat dilihat kepakaran mereka mengendalikan setiap kerja. 

 Sebuah lagi keretapi menuju ke utara.

Di stesen keretapi Gemas juga kita masih boleh melihat beberapa tinggalan sejarah yang berkaitan dengan perkembangan jaringan landasan keretapi di negara kita. Selain stesen dan jejambatnya yang klasik terdapat juga beberapa perkara yang agak unik di sini. Antaranya ialah sebuah gerabak bewarna putih berbelang merah. Saya sendiri tidak tahu akan kegunaannya dan ia terletak di atas landasan yang terpisah dari landasan utama. Terdapat juga peralatan seakan-akan replika meriam di sebelahnya. Tidak tahu sama ada untuk dipamerkan atau ia suatu tinggalan dari zaman lampau. Namun pada saya ia suatu koleksi yang amat menarik dan unik.

Unik 

Papan tanda stesen keretapi Gemas juga agak menarik. Berwarna putih dengan tulisan berwarna hitam, ia seakan-akan mengembalikan kita semua ke hari-hari lama yang telah berlalu. Jika ditinjau ke stesen-stesen keretapi moden, papan tanda seperti ini sudah berganti dengan papan tanda yang jauh lebih canggih dan berwarna - warni. Papan tanda seperti ini hanya terdapat di stesen-stesen lama seperti di Gemas dan Taiping. Tidak mustahil ia akan dicabut dan digantikan dengan yang baru suatu hari nanti.

Azura dan anak-anak buahnya bergambar kenangan di papan tanda

stesen keretapi Gemas

Seronok ... itulah perkataan yang saya luahkan kepada Azura ketika kami bergerak pulang ke rumahnya. Saya tidak dapat menipu diri sendiri bahawa ini ialah pengalaman yang amat bermakna. Esok dan lusa kemodenan semakin kuat menghimpit negara kita. Sisa-sisa kenangan zaman lampau semakin terhakis. Generasi hari ini juga semakin lupa dengan sejarah lama tanah air. Ketika melihat keretapi petang menuju ke utara saya menjadi sayu sendiri. Ia bergerak perlahan-lahan dengan penuh setia. Memberi bakti kepada seluruh rakyat Malaysia dan Singapura tanpa ada perasaan jemu. Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB ), satu-satunya entiti yang terus mengekalkan tradisi nama asal negara Melayu pada namanya. Timbul juga di fikiran saya kenapa kerajaan tidak mencadangkan supaya KTMB dianugerahkan gelaran DIRAJA pada namanya ? ... apa salahnya, kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB ) adalah pencerita sebenar suka duka sejarah sistem perhubungan di Tanah Melayu.

sayup sebuah keretapi yang berjasa

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads