Ahad, 10 Februari 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


ini blog selipar buruk: BerBBQ <b>di Port Dickson</b>

Posted: 03 Feb 2013 10:57 PM PST

Sabtu lepas ke PD, diorang plan nak BBQ plus celebrate besday Ain yang ke tettttt (26). elehh kate tettttttt? tapi maafler gambar kek lupa nak amek. ho ho ho horlicks. ni jelah berapa kerat geng-geng UPM yang ade. ada yang sibuk keje di hari Sabtu. nasibla aku n en suami weekend cuti. sampai PD dah pukul 5 lebih. Encik suami frust sebab tak dapat mandi pantai gara-gara sibuk siapkan tpt bakar ayam. jangan kata mandi, nak cecah air pun tak sempat. nampak tak sangat komited nak bakar ayam? kannnnn.
aku? tukang makan jelah. best jugak jd ibu mengandung ni. boleh excuse. heeeee mati kalau Lily Singa Jadian tu dengar. haha. haraplah dia tak baca. yang dok kipas and bakar ayam adalah Ain si besday girl and Lily Singa Jadian. dari awal sampai akhir dia je yang bakar. dua-dua single lagi. maw ka?
Kiri : Raje Nadia dan Jengka. Ombak Rindu OST. aku laki bini je yang faham. kekeke
Kanan : Ain n Lily. si tukang karut bakar

Kiri : Nida n Adli. alhamdulillah ada geng pregnant lady. hoyeahhhh.
Kanan : Kaum Adam termasuklah laki aku tu yang hensem gilossss. haha

Ayam dan Ikan Jaket. Raja Nadia : "Kenapa ikan ni tak bergerak?" instead of "kenapa takde orang gerakkan ikan ni?"

us. Kaum Adam vs Kaum Hawa

 Khemah yang dipasang adalah sekadar hiasan. syarat ber'camping' wohaa. Encik suami beli khemah ni dah lama, sejak memula kawin aritu. tapi tak penah bukak. beli n simpan. ingat besarla kan boleh baring-baring pe sume. sekali khemah kanak-kanak. adoiila. awal sangat beli ni. baju baby pun tak beli lagi tapi khemah dah siap sedia. hik3
aku yang dok tengah-tengah tu. menggemuk dengan jayanya. gud!
oklah, kenyang sangat ni makan masa lunch tadi. nak tido jap. mata pun kecik je nak menaip ni. ok bai

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Banjir: 2 maut <b>di Negeri Sembilan</b>, Terengganu

Posted: 27 Dec 2012 03:52 PM PST

KUALA LUMPUR - Dua kamatian akibat banjir dicatatkan setakat pukul 10.30 malam tadi dengan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan menjadikan mangsa korban meningkat kepada lapan orang.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), seorang maut akibat lemas di Jelebu, Negeri Sembilan dan seorang lagi di Setiu, Terengganu.

Di Terengganu, setakat petang tadi telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk malam tadi apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri

Pantai Timur itu meningkat kepada 22,609 orang berbanding 21,800 petang tadi.

Menurut portal itu, mangsa banjir di Pahang malam ini meningkat kepada 448 orang berbanding 435 petang tadi.

Mangsa banjir di Johor kini kekal seramai 13 orang.

Sementara itu di KELANTAN, keadaan banjir pada malam tadi tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 6,809 orang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu merangkumi 2,145 buah keluarga yang telah ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan.

Jumlah yang dipindahkan di Pasir Mas adalah seramai 4,265 orang, Tumpat (2,329), Kota Baharu (197) dan Pasir Puteh (18).
Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya namun ia semakin menyusut termasuk sungai-sungai utama yang lain.

Keadaan cuaca pada malam tadi adalah baik.

Dalam pada itu, di TERENGGANU, mangsa banjir meningkat kepada 15,800 orang berbanding 14,894 petang tadi. - Bernama

ads